Isnin, 4 Mei 2015

Hentian Keempat: Mengenai perdebatan dan Penyelidikan

Hentian Keempat: Mengenai perdebatan dan Penyelidikan




Ahl Al-Bayt (as) amat menitikberatkan soal pendidikan sebahagian syiah mereka untuk berdebat dan berhujah dengan pihak yang bertentangan, di antara mereka adalah Hisyam bin Al Hakam, Mukmin Al-Thaq dan banyak lagi.

Mereka yang mengkaji nasihat-nasihat ini yang disebutkan oleh Abdus Soleh (as) kepada ansar-ansarnya akan mendapati bahawa manhaj Ilahi yang dibawa olehnya adalah sangat jelas. Beliau menunjukkan kepada orang-orang mukmin dalam pelbagai sudut, antaranya sudut akhlak, sudut ilmu pengetahuan dan juga yang berkaitan dengan penjelasan hujah kepada orang lain serta berbagai-bagai lagi.

Oleh itu, Abdus Soleh di dalam kata-katanya telah menyentuh secara khusus akan perkara penting ini:


✡✡✡✡✡


Sebahagian Pesanan Imam Ahmad Al Hassan (as) Khusus Berkaitan Perdebatan...



Telah berkata Al-Syed Ahmad Al Hassan (as):

Aku ingin berpesan dengan kalian bersangkutan debat atau dialog bersama dengan pihak lawan supaya kalian tidak menolak permintaan mereka; kerana melaluinya dakwah ini akan sampai kepada bilangan seramai mungkin. Aku berharap agar kalian saling bergaul dengan manusia dan tetamu-tetamu kalian secara berakhlak khususnya mereka yang mendatangi kalian secara berakhlak hatta dari kelompok Wahabi sekalipun. Kalian tidak mengetahui barangkali Allah mencetuskan satu-satu perkara selepas itu. Batapa kalian tidak mengetahui siapa yang telah Allah tuliskan buatnya hidayah dan siapa yang telah Allah tuliskan ke atasnya kesesatan.

Aku juga berharap agar kalian dapat membuatkan debat kalian teratur dan bersiap sedia dengannya. tetapkan tajuk-tajuk perbincangan dan setelah itu membuat persediaan dengan lengkap. Persiapkanlah sumber-sumber rujukan dan hadis-hadis yang kalian perlukan beserta rujukannya.)

Saya bertanya (as) khusus tentang debat pertama yang dicadangkan antara ansar Imam Mahdi (a.s) dan kelompok Wahabi,

Dia (as) telah berkata:

(Adalah lebih utama debat pertama ini berkisar tentang Khilafah Allah di atas muka bumiNya dan mencadangkan kepada mereka tajuk "Peraturan mengenal Hujjah" berdasarkan 2 dalil ini:

Pertama akal: Bahawa Dia SWT secara mutlak adalah Maha Bijaksana dan tidak akan berlawanan dengan kebijaksanaan. Oleh itu, Dia mestilah menentukan yang paling berilmu (A3lam) dan mengarahkan supaya mengikutiNya, berikan contoh kapal atau kilang untuk penjelasan lanjut.[138]

Kedua: Ayat-ayat Al Quran yang berkisar tentang khalifah pertama.

Sebelum memulakan perdebatan, mereka mestilah memperuntukkan masa kepada kalian untuk menerangkan tentang dakwah walaupun ringkas. Wajib menumpukan kepada Wasiat Rasul (S) berdasarkan dalil ayat Al Quran. [139] bahawa dituntut meninggalkan wasiat, kerana meraka adalah Sunni dan bukan Syiah, yang tidak menerima riwayat-riwayat di dalam kitab-kitab Syiah. Namun apabila hanya ada satu riwayat wasiat yang menetapkan bahawa Rasulullah Muhammad (S) tidak berlawanan dengan hukum Al Quran, maka ia wajib diterima kerana mengingkarinya bermakna mengatakan bahawa Rasulullah (S) berlawanan dengan Al Quran. Dijauhkan baginda dari perbuatan sedemikian.

Pastinya mereka akan berkata sepertimana berikut kepada kalian: Bahawa mereka tidak termasuk dalam wasiat tersebut dan Rasulullah (S) telah mewasiatkan mereka sebegini, contoh: Keluarkanlah orang-orang Musyrikin [140]. Maka kalian keluarkanlah nas daripada kitab-kitab Sunni dan kalian akan dapati bahawa baginda telah mewasiatkan mereka 3 perkara sebelum mereka keluar, tetapi mereka menyebutnya dua daripadanya dan yang ketiganya perawi berkata: saya terlupa akannya. Ianya adalah Wilayah Ali (as) dan kekhilafahannya kepada Rasulullah (S). Tatkala mereka menolak penulisan (wasiat) yang menjadi hidayah mereka sehingga ke hari kiamat, maka baginda telah mewasiatkan mereka secara lisan dan langsung tentang hidayah mereka.

Walaubagaimanapun, sesungguhnya wasiat lazimnya adalah secara bertulis dan perlukan kesaksian ke atasnnya supaya tidak luput hak-haknya. Ketikamana sebahagian mereka menolaknya, aku amat yakin bahawa Rasulullah (S) telah menuliskan wasiat tersebut tanpa mereka, kepada orang yang patut menerimanya. Ianya telah dipindahkan oleh Ahl Al-Bait (as) daripada Ali bin Abi Talib (as) kepada Imam Sadiq (as) dan diriwayatkan di dalam kitab-kitab Syiah [141]).

Walaupun begitu, aku berharap agar kalian mengganda usaha kalian sendiri dan tidak pergi kepada mereka dengan tangan kosong tanpa dalil-dalil yang cukup. Kajilah setiap sesuatu dan datangkan mereka hadis-hadis beserta sumber-sumbernya. Lihat kembali riwayat-riwayat Sunni khususnya apa yang telah kalian sia-siakan dalam kehidupan kalian yang telah lalu, yang barangkali kalian menyangkakan ianya tidak penting. Sekarang, kalian hapuskan sikap yang demikian itu dengan merujuk kepada riwayat-riwayat dan dalil-dalil daripada kitab-kitab Sunni dan Syiah.

Aku amat berharap siapa jua yang terlibat dalam perdebatan dengan Sunni agar celik dan melihat semula apa jua yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka. Sentiasalah kalian memberi perhatian di dalam perdebatan bahawa pendebat akan cuba melarikan diri sekiranya dia merasa terhimpit dalam satu-satu perkara. Maka hendaklah kalian menumpukan kepada setiap tumpuan (point) sehingga ianya selesai sempurna. Atau sekiranya dia hendak berpindah topik, maka kalian katakanlah kepadanya dan terangkanlah di khalayak umum bahawa point ini diajukan untuk kebaikan kita semua dan saya kekal dalam hujah ini. Dengan melarikan diri dan berpindah tajuk, nyata tidak dapat membebaskannya daripada beriltizam dengan apa yang telah kita tetapkan dan apa yang telah kita hujahkan ke atasnya.

Jangan jadikan matlamat kalian hanya untuk kemenangan dalam perdebatan, tetapi jadikanlah matlamat kalian adalah untuk menerangkan kebenaran kepada orang ramai. Buatlah perancangan untuk menerangkan kebenaran kepada orang ramai dengan sebaik-baik jalan. Kalian perhatikanlah baik-baik siapa yang kalian lontarkan perbahasan, sekiranya mereka adalah Sunni maka pembentangannya adalah berbeza kerana mereka tidak berpegang kepada kitab-kitab Syiah. Sekiranya kalian ada apa-apa persoalan maka aku bersedia berkhidmat untuk kalian.

Begitu juga di dalam perdebatan dengan mereka, hendaklah kalian menumpukan kepada mengkritik keraguan-keraguan ke atas dalil yang dibentangkan, iaitu sebagai contoh: kamu berkata kepada mereka inilah dia bukti dari kitab-kitab kamu bahawa Umar telah merempuh rumah Al-Zahra' (as) dan telah membakar pintu rumahnya. Mereka akan berkata kepada kamu: Bagaimana dan di mana pula keberanian Ali bin Abi Talib, Bagaimana dia boleh redha membiarkan Al-Zahra' (as) dipukul dan patah tulang rusuknya?

Di sini kalian tumpukan perhatian pada apa yang mereka lakukan?

Pertama: Mereka tidak membalas dalil dengan dalil yang memungkirinya, oleh itu, dalil tersebut adalah tetap dan secara asasnya mereka memperakui perkara tersebut kerana mereka terus membawakan keraguan-keraguan ke atasnya dan bukan membalasnya dengan dalil yang berlawanan. Iaitu sekiranya mereka mempunyai dalil untuk memungkirinya, sudah tentu mereka membentangkannya. Oleh kerana mereka tidak membentangkan dalil membalasnya, maka bermakna mereka menerima dalil tersebut dan memperakuinya. Mereka berada pada marhalah mengangkat kesamaran (syubhat) pada dalil dengan melontarkan keraguan-keraguan ke atasnya.

Perhatikan di sini kalian telah menyempitkan mereka sesempitnya, kerana apabila mereka melontarkan keraguan-keraguan bermakna mereka telah memperakui dalil dan mereka telah kehilangan hujah balas. Ini juga bermakna mereka berada di marhalah mencerahkan lagi dalil dan mengangkat kesamaran (syubhat) darinya.

Kedua: Apa yang telah aku khabarkan kepada kamu iaitu membalas keraguan-keraguan dengan perumpamaan, kerana kebanyakan manusia memahami perumpamaan yang paling dekat dengan mereka dan juga kerana perbandingan memudahkan pemahaman mereka. Maka keraguan-keraguan tersebut (tindakan Umar merempuh rumah Ai-Zahra' dan Imam Ali a.s tidak berbuat apa-apa) hendaklah dibalas sebegini: iaitu Sumaiyah ibu kepada Ammar, sekiranya keraguan-keraguan tersebut dibenarkan ke atas Ali (as) maka ia harus juga dibenarkan kepada Rasulullah (S). Sepertimana yang dia maklumi Sumaiyah telah dibunuh dan dia juga maklum bahawa Sumaiyah adalah dari kalangan ahli syurga, serta Rasulullah (S) [142]  telah menyaksikan pembunuhan Sumaiyah. Maka tiada bezanya di sisi Rasulullah (S) antara isterinya, anak perempuannya atau mana-mana muslimah lainnya kerana baginda adalah bapa kepada umat ini. Kesemuanya adalah sama sahaja disisinya.

Adapun bagi membalas keraguan berkenaan Rasulullah (S) dan Ali (as), mereka adalah hamba-hamba yang beramal dengan perintah Allah dan bukan seperti manusia kebanyakan yang berkehendakkan kemenangan untuk diri mereka sendiri.

Contoh yang lain: Asiah isteri Firaun, bukankah dia adalah kalangan sebaik-baik wanita syurga? [143] Kenapa Musa (as) meninggalkannya untuk diazab oleh Firaun dan tenteranya...dan seterusnya.

Yang penting gambaran umum (mesej) telah pun disampaikan, selalunya orang yang telah ditetapkan hujah ke atasnya akan cuba melepaskan diri dengan melontarkan keraguan ke atas dalil. Aku dapati salah seorang dari mereka sebagai contoh berkata: Sekiranya matahari adalah Muhammad,[144] maka bagaimana Ibrahim berkata: sesungguhnya dia tidak suka kepada yang terbenam hilang, iaitu dia tidak sukakan Muhammad (S)?

Ini yang paling buruk pernah aku dengar, dia telah menafsirkan matahari adalah matahari ini (yang kita lihat). Maka soalan yang sama jika dipulangkan kepada dirinya berdasarkan tafsirannya sendiri, bagaimana dia boleh berkata Ibrahim (as) tidak menyukai matahari, apakah dosa matahari, apakah yang tidak baik padanya sehingga Ibrahim (as) tidak sukakannya? Jika diajukan soalan kepada dirinya sendiri, pasti dia akan menjawab bahawa dia (Ibrahim (as)) tidak suka menganggapnya sebagai Rabb dan Ilah yang mutlak, kerana sebelum dia berkata aku tidak suka, dia telah berkata: Ini Rabbku. Oleh itu, yang tidak disukai oleh Ibrahim (as) bukanlah yang diisyaratkan kepadanya, tetapi pengiktibaran yang diktibarkannya iaitu keadaannya sebagai Rabb yang mutlak.

Namun mereka telah dibutakan dengan hasad dengki sehinggakan mereka menjadi hampir-hampir tidak berakal, lalu meragukan perkara-perkara yang jawapannya adalah terang sekiranya dipulangkan kembali ke atas diri mereka sendiri.

Jadikan juga matlamat kalian bukan sahaja untuk Sunni tetapi juga untuk Syiah kerana ramai daripada Syiah yang akan berminat mendengar perdebatan. Aku berharap agar kalian membuat persediaan yang sempurna untuk berdebat. Mula-mula perkukuhkanlah peraturan, iaitu peraturan mengenal Hujjah dan berpeganglah dengannya. Kedua, wasiat bertepatan dengan hukum Al-Quran dan tidak terdapat selain wasiat ini, yang mana ianya telah dipindahkan oleh Ahl Al-Bait (as) daripada bapa mereka Rasulullah (S).



✡✡✡✡✡


___________________
[138] - lihat: Peraturan Mengenal hukum hujjah, terdapat kedua-dua contoh kapal kilang.
[139] – Ia adalah Firman Allah Taala:
(كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْراً الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالأقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقّاً عَلَى الْمُتَّقِينَ)
(Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan kebaikan, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.) Al Baqarah 2:180
[140] – (Bihar Al Anwar, jilid 30, halaman 530 – *rujukan Syiah, Shahih Bukhari, jilid 4, halaman 31. Ini adalah nas hadis di sisi Al Bukhari:
 قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ يَوْمُ الْخَمِيسِ وَمَا يَوْمُ الْخَمِيسِ اشْتَدَّ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعُهُ فَقَالَ ائْتُونِي أَكْتُبْ لَكُمْ كِتَابًا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ أَبَدًا فَتَنَازَعُوا وَلَا يَنْبَغِي عِنْدَ نَبِيٍّ تَنَازُعٌ فَقَالُوا مَا شَأْنُهُ أَهَجَرَ اسْتَفْهِمُوهُ فَذَهَبُوا يَرُدُّونَ عَلَيْهِ فَقَالَ دَعُونِي فَالَّذِي أَنَا فِيهِ خَيْرٌ مِمَّا تَدْعُونِي إِلَيْهِ وَأَوْصَاهُمْ بِثَلَاثٍ قَالَ أَخْرِجُوا الْمُشْرِكِينَ مِنْ جَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَأَجِيزُوا الْوَفْدَ بِنَحْوِ مَا كُنْتُ أُجِيزُهُمْ وَسَكَتَ عَنْ الثَّالِثَةِ أَوْ قَالَ فَنَسِيتُهَا
Telah diceritakan kepada kami oleh Ibnu 'Uyaynah, daripada Sulayman Al Ahwal, daripada Said bin Jubair, daripada Ibnu Abbas (Radiyallahu anhuma), bahawa dia berkata: Hari Khamis! Aduhai hari Khamis! Sakit Rasulullah menjadi berat, lalu baginda bersabda: “Kemarilah supaya dapat aku tuliskan kalian sesuatu yang kalian tidak akan menjadi sesat sesudah aku.” Mereka berselisih pendapat. Pada hal tidak patut mereka berselisih di hadapan Rasulullah s.a.w. Mereka bertanya bagaimana keadaan baginda, adakah baginda telah meracau? Baginda bersabda: “Tinggalkan saya sendirian. Keadaan saya lebih baik dari apa yang kamu kata kepada saya.” Dan baginda mewasiatkan mereka tiga perkara: keluarkan orang musyrikin dari Jazirah Arab, berikanlah hadiah kepada delegasi sebagaimana aku berikan dan beliau tidak menyebutkan yang ketiga atau dia berkata, saya terlupa akannya.)
[141] - sila rujuk: Ghaiba Al-Thusi, halaman 150, halaman 111. Mukhtashar Bashair Al-Darajaat: 159. Bihar Al Anwar, jilid 36, halaman 621
[142] - di mana (s) baginda bersabda: (Bersabar Keluarga Yasir kerana kamu dijanjikan dengan Syurga) Bihar Al Anwar, jilid 18 halaman 210 - (Rujukan Syiah), Kanz Al-3amal: jilid 11 halaman 728 - (Rujukan Sunnah)..
[143] – Daripada Nabi (S): Penghulu-penghulu wanita syurga adalah empat orang: Maryam binti Imran, Fatimah binti Muhammad, Khadijah binti Khuwailid dan Asiah binti Mazahim isteri Firaun. Kasyful Ghummah: jilid 2, halaman 77.
[144] - Matahari ditafsirkan pada Rasulullah (S).  Ia telah diriwayatkan dalam banyak riwayat-riwayat dari Ahlul Bayt (as). Sebahagian darinya adalah: Dari Abi Bashir, dari Abi Abdillah (as), katanya: Aku bertanya kepadanya mengenai firman Allah
(والشمس وضحاها)
{Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang},
maka beliau (as) berkata: (Matahari adalah Rasulullah (S), dengannya Allah menjelaskan kepada manusia agama mereka ..) - Bihar Al-Anwar jilid 24 halaman 70.
Juga terdapat riwayat lain dari Ibnu Abbas bahawa beliau berkata: Rasulullah (S) bersabda: (Aku pada kamu umpama matahari, dan Ali umpama bulan, jika matahari menghilang maka gunakan bulan sebagai panduan) - Bihar Al-Anwar jilid 24 halaman 76
[145] - Lihat: Bihar Al-Anwar jilid 28 halaman 303, dan banyak sumber-sumber lain, dan kemarahan Fatimah terhadap mereka berdua dan didapati pada kedua-dua daripada mereka: Sahih Bukhari: jilid 4 halaman 41, Imamah wa Al-Siasah: jilid 1 halaman, dan lain-lain..


Tiada ulasan: