Jumaat, 1 Mei 2015

"Aku Lebih Baik Daripadanya"...Masalah Orang Yang Sering Ingkar.

"Aku Lebih Baik Daripadanya"...Masalah Orang Yang Sering Ingkar.



Abdul Soleh (as) berkata dalam hal ini:

Mengapa orang-orang yang sering ingkar lebih ramai bilangannya? Adakah permasalahannya pada khalifah-khalifah Allah atau pada manusia? Apakah dia masalah manusia? Apabila anda mengetahui sebab kegagalan di dalam ujian pertama (di Alam Al-Zhar), nescaya kamu mampu menjawab soalan ini.

Dengan menunjukkan (menzahirkan) "Ana - Aku", oleh manusia (makhluk) dengan cara yang jelas di mana dia akan dihukum.

Maknanya, bahawa manusia ini sentiasa bersembunyi [dalam dirinya] dalam menghadap Tuhannya dengan "Ana - Aku", apabila kini Dia menzahirkan (tajallikan) diri pada seorang Khalifah, sehingga orang ini berkata: "Aku lebih baik daripadanya (Aku lebih baik daripada Khalifah Allah ini) ", tetapi dia tidak cukup berani untuk mengatakannya di hadapan Allah Al-Qahhar, tetapi [sebenarnya] dia sentiasa mengatakannya sepanjang masa bahawa penglihatannya khusus kepada dirinya sendiri. Mereka adalah orang-orang yang tidak boleh melihat tangan mereka sendiri, mereka dibutakan oleh "Al-Ana - Keakuan", maka semua perkara pada mereka adalah untuk kepentingan dan kemudahan diri mereka sendiri dan menjauhkan apa yang terang-terang menentang mereka.

Sekarang Yang menciptakan mereka menyatakan (tajallikan) pada mereka pada KhalifahNya untuk menzahirkan secara terbuka (khalayak ramai) apa yang tersembunyi di dalam diri mereka yang berpenyakit (kejahatan), dari keingkarannya terhadap Allah SWT dan nikmat-nikmat-Nya.
                                         
Dalam usaha untuk menjadikan gambaran yang lebih dekat untuk anda dalam contoh yang lebih nyata (Madiy):

Keadaan mereka adalah seperti orang yang menumpukan penglihatannya pada dirinya dan dia menghadap Tuhannya tanpa mengucapkan atau tanpa mengatakan: "Aku lebih baik daripada Yang telah menciptakan aku", atau "diri aku adalah lebih penting padaku daripada Yang menciptakan aku," tetapi keadaan dan penglihatannya yang ditujukan pada dirinya sendiri mengatakan bahawa: Sekarang Dia yang telah menciptakan dirinya mengujinya dengan yang menjadi contohNya – secara zahirnya - seorang manusia, maka kemudian beliau segera mengucapkan apa yang dia tersembunyi di dalam dirinya maka dia berkata secara kuat tanpa rasa malu: "Ana - Aku lebih baik daripadanya")





✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: