Sabtu, 23 Mei 2015

Realiti Hari ini

Realiti Hari ini
       

Perselisihan dan perpecahan umat manusia berlaku di sepanjang zaman. Mari kita lihat realitinya hari ini.

Dari lebih kurang 7 ribu juta (billion) penduduk dunia hanya 3.71 ribu juta sahaja yang beragama dengan agama Samawi (Ilahi) atau 53% dari penduduk dunia. Orang-orang Kristian 2.1 ribu juta orang, orang-orang Islam 1.6 ribu juta orang dan orang-orang Yahudi hanya 10 juta orang dan manusia lain selebihnya 47% menganut berbagai jenis agama atau tidak beragama.

Walau bagaimana pun kebanyakan negara-nagara di dunia ini walaupun penduduknya menganut agama tertentu, pemerintahnya berfahaman sekular dengan mengendalikan urusan kehidupan di dunia secara terpisah daripada agama, ia tidak ada hubungan dengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat. Perpisahan ini tidak kira sama ada di bidang ekonomi, politik, pendidikan, pentadbiran, kebudayaan, perhubungan dan lain-lain lagi. Dengan kata-kata yang lain, faham sekular itu ialah faham keduniaan semata-mata. la tidak ada sangkut paut dengan Akhirat.

Ertinya, bagi orang yang berfaham sekular, hidup di dunia ini hanya habis di dunia. Kalau untung pun hanya berlaku di dunia. Kalau rugi pun hanya berlaku di dunia. Sama ada susah atau senang, hanya di dunia. la tidak akan dipersoalkan lagi di Akhirat. Dosa dan pahala tidak masuk kira di sini kerana kehidupan itu hanya di dunia semata-mata.

Bagi agama samawi terutamanya orang-orang Yahudi dan Kristian telah diratah oleh fahaman sekular hingga tidak bersisa lagi. Yang tinggal adalah harapan akan munculinya Nabi Ilya (Elia) (as) bagi orang-orang Yahudi dan Jesus Kristus (Isa Al-Masih) (as) bagi orang-orang Kristian yang akan menyelamatkan mereka dari penindasan Taghut penzalim dan kerosakan agama meraka..
                                                
Bagi umat Islam yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah agama mereka hanya tinggal amalan Syari’ah Khususiyah tanpa Khalifah Allah (Imam lantikan Allah) dan Akidah tinggalan ulamak zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyah, dengan berbagai aliran. Ia antara haq dan batil. Bagi umat Islam Syi’ah dalam menunggu munculnya Imam Mahdi (as) telah ada Wilayah Faqih, Marji’eiyah mendahului Wilayah Imam-Imam Ahl Al-Bait Rasulullah tak ubah seperti saudara umat Islam yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah. Berttaklid kepada Wilayah Faqih, berubah kepada Syi’ah Marji’eiyah. Tetapi masih ada umat Islam yang berjalan menyungsung arus kedua saudara mereka Syi’ei dan Sunni. Ia antara haq dan batil!!??


Iltizam dengan Islam


1.   Negara Arab Saudi (Milik anak-anak Muhammad ibn So3ud (ALSaudiyah)) bermazhab  serpihan Al_Sunnah (mazhab Muhammad ibn Abdul Wahab – Wahabi) dengan slogan Salafi, mengurus Haramain tetapi malangnya berkiblatkan Amerika. Mereka sangat memusuhi Ahl Bait Rasulullah. Rabitah Alam Al-Islami membelanjakan jutaan Dolar Amerika untuk menyebar faham mereka ke serata dunia di Negara-negara Umat Islam.
2.   PAergerakan-pergerakan Islam Antarabangsa yang ingin mengembalikan Khalifah Allah di bumi seperti Hizbu Tahrir, atau seperti pergerakan Al-Ahbash yang ingin memperteguh fahaman Mazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah dan berbagai pergerakan antarabangsa yang lain.
3.   Parti-parti politik di setiap Negara umat Islam dengan tekad menubuhkan Negara Islam sehingga ada yang Berjaya memerintah walaupun kemudiannya jatuh kembali.
4.   Tidak kurang yang Islam mereka berjubahkan kesufian atau apa-apa budaya Islam dalam mendekatikan diri kepada Allah.
5.   Selebihnya (atau kesemuanya) adalah Negara-negara umat Islam yang diperintah oleh kerajaan Sekular yang pro Amerika dan Barat, mengamalkan demokrasi pilihan raya untuk melantik pemerintah mereka.

Itu dari satu sudut dan mungkin ada banyak peepecahan lagi jika ...


Masyarakat Islam Sunni dan Syi’ei


Bagi umat Islam yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah sumber ilmu Akidah dan Syariah mereka adalah sumber tinggalan ulamak zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyah, dengan berbagai aliran. Khalifah-khalifah atau pemerintah-pemerintah ini kebanyakannya memerintah umat Islam di bawah lantikan mereka sendiri dan menguasai Ulamak dan umat Islam (Sunni dan Syi’ei)

Negara umat Islam semakin berpecah kerana perebutan kuasa sehinggalah banyak negara umat Islam samada sunnah atau syi’ah yang rakyatnya campuran antara Sunni dan Syi’ei mengikut keadaan semasa. Mereka tetap berpecah kepada mazhab atau aliran yang lebih kecil.

Umat Islam yang bermazhab Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah menunggu Imam Mahdi, anak Fathimah binti Muhammad (Ahl Al-Bait) bernama Muhammad atau Ahmad bin Abdullah yang akan keluar di akhir zaman sebagai Khalifah Allah yang akan memerintah dunia dan memenuhinya dengan keadilan dan kemakmuran setelah (sebelumnya) dipenuhi dengan kerosakan dan kezaliman.

Bagi umat Islam Syiah Agama mereka merujuk kepada para Imam yang maksum (as) selepas Nabi (S). Bermula dari Imam Ali dan Al-Hasan, dan kemudian di bawah Imam Al-Hussain yang sentiasa diburu dan dimusuhi pemerintah semasa sehingga 9 Imam-imam anak-anak Al-Hussain (as) dan yang terakhir adalah Imam Muhammad bin AL-Hassan ‘Askari (Al-Mahdi). Imam Mahdi ini diangkat (dighaibkan) Allah SWT seperti Allah mengangkat Nabi Isa , Nabi Elia (Iliya) dan Khidir (as)

Semasa berlakunya Ghaibah Kecil (sughra) mereka telah merujuk kepada wakil (safir) Imam (as), dan ketikamana berlakunya Ghaybah Utama (Kubra) mereka telah merujuk kepada ahli-ahli Feqah (ulama) yang meriwayatkan daripada Maksumin (as).

Namun setelah berlalunya masa sebahagian ulama Syiah mula merujuk kepada kaedah-kaedah rasional yang dimulakan penulisannya oleh ulama Ahlus Sunnah. Dikatakan bahawa orang pertama yang menulis (sejak abad ke 20 Masehi (1900an) ) berkenaan kaedah-kaedah rasional di kalangan Syiah adalah Al-Allamah Al-Hilli, bilamana dia membuat ringkasan salah satu kitab Ahlus Sunnah di bidang Usul Fiqh. Seterusnya menyebabkan berlaku perbezaan pendapat yang besar di kalangan ulama Syiah selepas itu, iaitu samada cukup dengan hukum-hukum Muhkamat di sisi Al Quran dan hadits-hadits yang diriwayatkan daripada maksumin (as) dalam mengeluarkan hukum Syariat atau diharuskan menggunakan dalil akal dan sebahagian yang lain pula menambahkan “Ijmak”.
                                                                
a)  Ijtihad oleh Hakimiyah Al-Nas bukan syariat Allah, contoh betul dapat 2 pahala, jika salah dapat satu pahala – menggalakkan kefasikan. Atau Pemimpin umat dipilih oleh manusia.
b)  Bagi orang Syiah setelah berlalu Ghaibah yang panjang (255 H – 1337 H (869M-1919 M)) dari Akhbari (berpandu-bertaqlid hanya dari yang bersumber pada tsaqalain) bertukar kepada aliran Ushuli yang mencipta aliran wilayatu Faqih yang berfatwa/berijtihad dan tidak hanya bertaqlid pada Ar-Rasul dan Ahlul bait lagi dan mewujudkan Wilayah Al-Faqih atau Marji3iyah. Itulah kebanyakan Syiah yang ada pada hari ini.
                                  
Taqlid dan Ijtihad

Ijtihad adalah kefahaman (faqih) terhadap Agama Allah dari segi Syariah dan Akidah. Ijtihad (Mujtahid Mutlaq) hanya diberikan pada Khalifah Allah kerana mereka menerima pimpinan (hidayah) Allah sebagai Hujjah Allah yang dilantik Allah di bumiNya. Bukan dilantik oleh manusia. Mereka adalah (‘Itrahku - Ahl AL-Baitku) seperti kata Rasulullah (S), adalah pemegang Tali Allah yang merentang dari langit dan ke bumi yang tidak berpisah sehingga di Al-Haudh.

Bertaqlid hanya dari yang bersumber pada Khalifah Allah – bukan yang telah dipinda atau dicipta oleh sesiapa pun. Orang beriman kepada al-‘amilin bukan gair ul-‘amilin – Konsep sami’na wa atha’na (Kami dengar dan kami taat).

Umat Islam yang bermazhab Syi’ah Imamiyah (Syi’ah Itsna ‘Asyara atau Jaafari) ini mengakui bahawa Khalifah Allah adalah Khalifah Rasulullah yang dilantik Rasulullah melalui wasiat baginda kepada Ali bin Abi Talib dan sebelas anak-anaknya. Imam ke 12 adalah Imam Muhammad  Al-Hasan Askari menjadi Imam Zaman atau Khalifah Allah (Khalifah Rasulullah) dengan dua keghaiban.

Keghaiban Sughra (Kecil) sejak berumur 5 tahun (255 H ketika wafat Imam Al-Hasan Askari) dengan 4 wakil (naib) dan
Keghaiban Kubra (325H) sehinggalah keluar di akhir zaman. Umat Islam Syiah Ahl Al-Bait hanyalah berpandukan ulamak yang hanya bertaklid kepada Imam-imam 12 iaitu berpandukan Al-Quran dan Hadits-hadits  Rasulullah dan Imam-imam 12, ini juga menunggu keluarnya Imam Mahdi (as) dari ghaibnya seperti Khidir (as), Ilya (as) dan Isa (as).

Ringkasnya

Kerosakan Agama sudah sampai ke tahap memenuhi bumi. Sejahat-jahat makhluk di bawah lindungan langit adalah Fuqahak, yang sepatutnya memahami Agama mengikut Tauhid dan Risalah Nubuwah tetapi kosong tiada akhlak Ilahiyah tetapi berakhlak dengan akhlak duniawi ala syaitaniy.

Dunia dikuasai oleh taghut penzalim, dajjal terbesar binaan Iblis, menekan, menghimpit dan memaksa umat manusia mengutamakan Aku dirinya sendiri sehingga jauh dari Dia Pemilik segalanya SWT.

Masa-masa Adam (as) telah berlalu. Dia Khalifah Allah Pertama dan Hujjah  Allah contoh yang patut dibaca (Al-Quran) manusia untuk mengenal para utusanNya (Rasul). Utusan-utusan Agung (Uulu Al-3adzmi) Nuh, Ibrahim, Musa, Isa (as) dan Muhammad penutupnya (Khataman Nabiyin) telah diutusNya. Islam bawaan Nabi penutup telah lengkap dan di akui lengkap oleh Rabb Al-Jalil setelah Nabi penutup mengumumkan Pengganti baginda (Khalifah Al-Rasul) di Perairan Al-Ghadir. “Jika Aku Maula-mu, (sambil menagangkat tangan penggantinya) ini adalah Maula kamu sesudah ku” iaitu Ali bin Abi Talid (as)

Mereka yang ada agenda sendiri telah membuat tekad. Sebaik sahaja mangkat Sang Nabi penutup itu, belum pun sempat disemadi, olah mereka yang sangat rapat dengan baginda, mereka yang sangat taat, mereka yang ada di kiri dan kanan di hadapan dan berlakang malah yang mengelilingi baginda mula beraksi. Tanpa mempedulikan wasiat, Tanpa mempedulikan amanat, Tanpa mempedulikan semuanya. Takkan yang tak bertaring akan bangkit, takkan yang sedang mengurus jasad mulia untuk di semadi sempat bertindak...

Bertukarlah pemegang dustur ummah (Al-Quran), tali yang merentangi langi dan bumi dari wakilNya, KhalifahNya, HujjahNya yang disebut lebih 20 dekad kepada pemilik agenda, terus memakai jubah Pengganti Utusan Allah. Kemudian menunjukkan belangnya memperkukuh kedudukannya. Rupanya ia ulangan yang telah biasa dan selalu berlaku sejak Nabi Pertama, Khalifah Pertama dilantik Sang Yang Mencipta, kata lainNya:

 (Ingatlah) ketika Aku Bicara pada malaikat-malaikat, “Aku akan cipta seorang Pengganti di Tanah Rendah (Bumi)” Mereka menyanggah, “Mengapa Engkau akan cipta di atasnya yang merosak dan menumpahkan darah, pada hal kami menyanjung, memuji dan mensucikan Engkau?” KataNya, “Aku lebih tahu, apa yang tidak kamu tahu!”

Mujurlah makhluk-makhluk tinggi (malaikat-malaikat) itu, menarik balik kata mereka dan akur sujud pada Khalifah Pertama kecuali Iblis. Dia (Iblis) dijatuh hukum, tapi diberi tangguh ke suatu hari yang ditentukan.

Perlantikan Khalifah Al-Rasul Muhammad (S) tersebut bukan kehendak baginda, tetapi kehendak Allah, semua umat Islam tahu, semua Muhajir tahu, semua Ansar tahu, tetapi mereka ikut kata hati, dan keinginan hati atau berkias dalam hati, Aku lebih baik dari yang dilantik itu. Seperti dahulu (Khalifah Pertama) ada yang sujud (patuh) dan ada yang tidak. Kalau Iblis berjanji menghuru-harkan iman, yang ini merampas hak Khalifah.

Mulalah babak-babak baru dari menyerah (Islam) kepada nifaq (Munafik), dari iman kepada ingkar.... Ia berlalu lebih dua dekad pula ... Setelah tiada pilihan Pengganti sebenar Ali bin Abi Talid (as) diikat Setia (dibai’ah). Tapi malangnya kali ini ia diperangi. Kalau 3 pengganti Al-Rasul sebelum dibunuh yang ini diperangi. Lebih 20 000 umat Islam mati.

Umat Islam telah terbiasa dengan bid’ah (mengubah amalan Rasulullah). Khalifah lantikan Allah melalui wasiat Rasulullah ini (Ali bin Abi Talib) cuba mengajak kembali balik kepada Sunnah Al-Rasul ia jadi mustahil!!??

Jika Imam Ali (as) cuba melarang sembahyang Tawarikh berjamaah dan menyuruh tentera sembahyang sendiri-sendiri di rumah, kerana itu sunnah Al-Rasul, nescaya tenteranya lari meninggalkannya. Ia diubah oleh Khalifah Kedua, yang malah menyebut ketika melihat sembahyang Tawarikh berjamaah di masjid, “Inilah bid’ah yang paling indah!!”

Itulah yang berlaku, dan ia berterusan, perang berlaku lagi (Siffin) 30 000 pula umat Islam terkorban ........ Al-Hassan menjadi Khalifah lantikan Allah melalui wasiat Rasulullah kedua .... sayangkan Agama Allah menyerahkan kepimanan kepada Muawiyah... begitu liku-liku khalifah Allah yang dijalani oleh ‘Itrah Ahl Bait Rasulullah. Imam Ali dikutuk di mimbar Jumaat puluhan tahun, mana mungkin ada yang mengasihi ‘Itrah, Ahl Bait Rasulullah!?

Ada pengikut-pengikut ‘Itrah Ahl Bait Rasulullah – Syi’ah Ali. Berjalan menyunsung arus kehidupan pengikut-pengikut Para sahabat Rasulullah, yang mendabik dada sebagai golongan yang berpegang sunnah Rasulullah beramai-ramai (Al-Sunnah dan Al-Jamaah).

Syi’ah Ali sesat dan batil, kerana percaya Ali Khalifah Rasulullah??!
Syi’ah Ali sesat dan batil, kerana percaya Itrah Ahl Bait Khalifah Rasulullah??!
Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah benar dan berada dijalan yang lurus kerana ia memegang Sunnah Rasulullah dan Sunnah Para Sahabat Rasulullah??!

Kini berita Besar datang lagi. Seorang yang mendakwa dia membawa wasiat Rasulullah.
Seorang yang mendakwa dia dari Itrah Ahl Bait Rasulullah.
Seorang yang mendakwa dari keturunan Ali dan Fatimah.

Ujilah dia, benarkah dia dilantik oleh Rasulullah melalui wasiat baginda?
Ujilah dia, adakah dia mempunyai Ilmu dan Hikmah??
Ujilah dia, adakah dia menyeru kepada Bai’atu Lillah???
       
Biarlah manusia sedar, dan janganlah sampai

يَوْمَ  تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا *
وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

Pada hari muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul.* Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Kami telah mematuhi (ajaran) ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan Kami dari jalan Yang benar. (Al Ahzab 33:66-67)
:
Inilah akhir zaman,

Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya, dan Ahmad di dalam Musnadnya, dari Abi Qalabah, dari Tsaubaan bersabda: Rasulullah (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam):

وإذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي

(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi).


Wal-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin.

Tiada ulasan: