15 05 2015
KHUTBAH PERTAMA
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
* الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ
لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ
عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،
وصلى
الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد
ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان
عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا
اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ،
Wahai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam
Mahdi
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama
sekelian
Satu
hari Syeikh Abu Hassan (penulis buku Ma3a Abdus Soleh) telah menyampaikan kepada Imam
Ahmad Al-Hassan (as) sebuah rukya (mimpi) yang membuatkan dis sedih. dan dia
berkata di penghujung mimpinnya: ... Dan Allah lebih mengetahui kepedihan saya
sekarang.
Jadi
Imam (a.s) berkata:
(Janganlah
kamu sedih, saya akan memberitahu kamu sesuatu sekarang: Tidakkah Allah SWT
berfirman:..
" ادْعُونِي - Ud3uuni – Berdoalah
pada-Ku!"
Di
mana ayat penuhnya:
﴿وَقَالَ
رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ
عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ ﴾
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan
Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadah
pada-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".[Surah Ghafir 40: Ayat 60]
Peringkat awal bagi seseorang
manusia mungkin adalah berdoa, bagi orang yang mengenal hakikat, mereka tidak
boleh mengatakan kepada Allah dalam berdoa kata-kata seperti:
Berikanlah padaku, sembuhkanlah aku, jadikanlah
ini bagiku, aku mahu ini, aku tidak mahu perkara ini......
Tidak boleh baginya kata-kata seperti itu,
kecuali dia berdiri di pintu Allah, berdiri bertawajjuh menghadap Allah dan
berharap bahawa Allah lebih utama ke atas dirinya dan apa yang dikehendaki
Allah SWT atas dirinya. Sehingga kita akan sentiasa melihat kepada diri kita
sendiri.
Demi
Allah, jika Dia SWT memperlakukan aku dari permulaan masa (aku dijadikan) sehinggalah
penghujungnya, kemudian dIa masukkan aku ke dalam neraka, itu adalah baik
padaku. Dan apakah kebaikan yang lebih agung dari Dia SWT memperlakukan aku, walaupun untuk beberapa ketika. Kita sepatutnya
tidak peduli melainkan satu perkara, ia adalah untuk menghapuskan dari halaman diri
kita yang hitam, "Al-Ana - Keakuan" ini yang hampir tidak pernah
berpisah dari kita).
Kemudian
Syeikh Abu Hassan bertanya kepada Imam (as) dan
berkata:
Saya
telah merenungkan kata-kata tuan sebelumnya, tentang manusia berdiri di
pintu Allah penuh harapan, jadi bolehkan tuan mengenalkan pada saya tentang
doa Al-Thahirin (Ahl Al-Bait yang disucikan), dan ketika Allah SWT berfirman
kepada Musa (as): Berdoalah kepada-Ku (walaupun) untuk tali kasut kamu! [132],
apakah yang dimaksudkan dengannya?
Jadi
Imam (as) menjawab:
(Jika
kamu minta untuk diri kamu sendiri, maka ada dua perkara di sini: ‘
Pertama,
Bahawa kamu katakan dalam setiap permintaan kamu "Ana - Aku" dan
memandang pada diri kamu.
Kedua,
kamu katakan dalam setiap permintaan "Aku tahu, Aku faham, Aku tahu
kebaikannya (mushlihah)", yang bererti bahawa kamu adalah orang yang
tersanjung, kamu telah menyanjung bahawa kebaikan pada apa yang kamu capai, dan
kemudian baru kamu minta dari Allah supaya menunaikan apa yang kamu sanjungkan
itu.
Maknanya
secara ringkas: Apa yang kamu katakan kepada Allah SWT: "Aku lebih kenal
daripada Engkau tentang kebaikan, dan Aku lebih tahu daripada Engkau;" itu
semua adalah kamu telah menentukan dan kamu hanya memohon kepadaNya supaya
menunaikannya. Kamu katakan kepada-Nya lakukanlah ini untukku, makna, kamu
telah menyanjung bahawa "itu dan ini" adalah Al-Haq
(kebenaran) dan padanya ada kebaikan (mushlihah) di dunia dan di akhirat.
Tetapi
dalam Allah (swt) mengajarkan kepada hamba-Nya:
﴿وَقُل
رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا﴾
"Dan katakanlah, Ya Tuhanku
tambahkanlah ilmuku!",
Di sini
ia menyanjung kebaikan Allah?
Mengapa kamu meminta? Kerana Dia menyuruh kamu meminta. Setelah semua keadaan
(yang berlaku), ia bukanlah perkataan sebaliknya ia adalah perbuatan (amalan).
Maknanya, kita memahaminya apabila kita berada di dalamnya (sedang
mengamalkannya), bukan di luar apa yang kita cakapkan mengenainya.)
Allah memperlihat kepada
ansar tersebut di dalam rukya mimpinya, sehinngga ia bersedih atas bayangan
mimpinya dari Allah itu. Maka dia berada di dalamnya kepedihan
berdasarkan amalanya. Maka dinasihat untuk berdoa dan mengadu di hadapan pintu
Allah Azza Wa Jalla dan bagaiman harus ia menyampaikan permintaannya.!!
اللّهُمّ
أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ
الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ،: وَلِمُحَمّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً
كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما
صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ
وَ اغْفِرْ
لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ*
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ
* وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ).
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا
جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١﴾ وَرَأَيْتَ
النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢﴾
فَسَبِّحْ
بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا﴿٣﴾
KHUTBAH KEDUA
بِسْمِ
اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ
اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ
وَلَدًا* وَّ
اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ
الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ
الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا * اُوْصِيْكُمْ
عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ *
وصلى
الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Wahai
hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta
saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara
semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum
hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita;
tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.
Wahai
ansar Allah,
Wahai
ansar Imam Mahdi
Wahai
ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
Imam
Ahmad Al-Hassan (as) berkata:
Nabi Isa (as) berkata: "Anak
Adam tidak hidup dengan makanan sahaja, tetapi mereka hidup dengan Kalimah
Allah." Dan saya, Abdullah (Hamba Allah), katakan kepada kamu: Dengan
makanan anak Adam mati, dan dengan Kalimah Allah mereka hidup.
Tetapi,
dengan izin Allah, apakah penjelasan kata-kata beliau (as) mengenai makanan
yang menjadikan anak Adam mati. kita mungkin akan ditanya apa yang dimaksudkan
dengan makanan yang menjadikan anak Adam mati.
Imam Ahmad Al-Hassan
(as) telah menjawab:
(Ya
(sememangnya) makanan adalah apa yang memenuhi keinginan dan selera manusia,
dengan itu mulut perlukan makanan, bahagian-bahagian peribadi (aurat) perlukan
makanan, mata perlukan makanan, dan telinga perlukan makanan. Dan makanan ini
mempunyai had-had dan peraturan.
Makanan
halal untuk kekuatan (tenaga) supaya manusia boleh menjadi kuat dan bertenaga untuk taat kepada Allah, ini akan
menghidupkan manusia, kerana ia adalah satu sebab untuk kehidupan rohnya,
dengan mengingati bahawa ia dikuatkan dengan makanan ini. Dan memenuhi
keinginan peribadi (aurat) dengan cara Halal juga seperti itu. Dan makanan
berkhasiat untuk mata supaya suka melihat Al-Quran dan pada Hujjah Allah atau
bahkan mencari (cara) untuk menamatkan musuh-musuh Allah dan iktibar-iktibar
(pengajaran) meneladani kehidupan manusia. Dan juga makanan berkhasiat untuk
telinga seperti mendengarkan Al-Quran, ini memberi kehidupan kepada manusia.
Tetapi
jika manusia makan tanpa mengira berapa banyak ia makan atau apa yang dia makan
atau jenis makanan yang dia makan, atau jika dia memenuhi keinginan peribadinya
dengan apa jua yang dia mahu juga tanpa memberi perhatian kepada apa atau di
mana atau bila atau dengan siapa. Jika dia melihat kepada apa sahaja yang dia
mahu dan kepada sesiapa yang dia mahu tanpa memberi perhatian kepada apa yang
dikehendaki Allah, dan juga jika dia mendengar apa sahaja yang dia mahu, maka
manusia ini akan memusnahkan dirinya dengan makanan ini yang dia berikan kepada
mulut, bahagian peribadi, mata dan telinganya. Jadi makanan, tanpa memberi
perhatian kepada Allah SWT, akan membunuh manusia dan menyebabkan kemusnahan
seorang insan. Jadi dengan makanan anak Adam mati).
اِنَّ
اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ
اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ *وَ
عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ
مُحَمَّدٍ* وَّ
عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا *وَ
الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ
الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ *وَ مُحَمَّدِ بْنِ
عَلِيٍّ *وَ
جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ *وَ
عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ
عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ
الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ
بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي
اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ
الْمَهْدِيُّ *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ
أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً
لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ
أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
اللّهُمَّ
أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ
انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ
وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ
الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ
مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ،
وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ
والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير
العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ
أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ﴿١﴾ مَلِكِ
النَّاسِ ﴿٢﴾ إِلَـٰهِ
النَّاسِ ﴿٣﴾مِن
شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ﴿٤﴾ الَّذِي
يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ﴿٥﴾ مِنَ
الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ﴿٦﴾
Tiada ulasan:
Catat Ulasan