Jumaat, 1 Mei 2015

Keberanian Orang-Orang Yang Menentang Terhadap Ibu Dan Bapanya (as)

Keberanian Orang-Orang Yang Menentang Terhadap Ibu Dan Bapanya (as)


Keberanian orang-orang yang menentang tidak terhad kepada Hujaj Allah Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) sahaja, sebaliknya, tetapi mereka telah melakukan kejahatan-kejahatan yang paling jahat dari penciptaan (makhluk) dan pengikut mereka mula jatuh ke dalam lembah maksiat, dan perkataan mereka sampai ke rumah-rumah tempat diperdengarkan (nama) Allah ditinggikan dan disebut namaNya SWT di dalamnya.


Terutamanya keberanian orang-orang yang menentang terhadap ibu dan bapanya yang disucikan (Al-Thahirin), Abdus Soleh (as) berkata:

(Ia hanya menyakitkan saya apabila kadang-kadang mereka melampaui batas terhadap ayah dan ibu saya. Demi Allah, berhubung dengan bapa saya, sejak saya mula mengenali dunia ini sehingga dia (rahimahu Allah) meninggal dunia, saya tidak pernah dapati dia meninggikan suaranya kepada seseorang pun, dan dia seorang hamba yang mulia, dan berakhlak terpuji. Semua orang yang mengenalinya menyaksikan hal tersebut. Sehingga demi Allah saya tidak pernah melihat seseorang yang sama akhlaknya kecuali apa yang saya telah baca tentang akhlak Muhammad dan Aali Muhammad (as), Nabi-nabi dan Aushiak.

Bertahun-tahun yang lalu, pada zaman taghut penzalim, saya ingat bahawa saya telah melakukan kerja-kerja Umm Daud, dan saya berjaya dengan tujuan melepaskan banduan yang berada di penjara taghut penzalim Saddam, dan pada 15 haribulan Rajab saya berada di makam Imam Ali (as) membaca Al-Quran sehingga matahari terbenam (maghrib), dan saya pulang ke rumah dengan keletihan kerana berpuasa dan berjalan, jadi saya tidur selepas solat, dan saya telah khususkan pahala amalan untuk bapa saya sewaktu saya berada di makam Imam Ali, dan saya telah bermohon kepada Allah untuk memaklumkan kepada saya jika ada apa-apa yang saya boleh lakukan untuk melepaskan daripada bapa saya apa-apa tanggungjawab [yang belum dipenuhinya]. Dan apabila saya tidur pada waktu malam, saya melihat suatu rukya: Saya melihat bahawa Imam Mahdi (as) duduk di tempat yang suci dan saya duduk bersebelahan dengan beliau, dan Malaikat (bermaqam) besar datang, dan saya tahu bahawa Malaikat ini adalah Jibrail (as), dan dia berkata kepada saya: ayahmu kirim salam kepada mu dan dia dalam perjalanan ke syurga. Dan saya melihat bapa saya terbang di suatu tempat yang indah menuju ke syurga. Akhir rukya.
             
Dan yang menjadi buah-mulut dari orang-orang yang mengutuk bapa saya, saya tidak tahu mengapa? Sekurang-kurangnya biarkanlah dia dan hormatilah dia, kerana dia telah meninggal dunia sebelum seruan (dakwah) ini, tidakkah mereka pernah untuk pertimbangkan bahawa kita berada dalam agama dengan sama dengan mereka sebelum seruan (dakwah) ini?

Dan ibu saya oleh mereka yang keji memanggil dengan nama gelaran yang buruk, sedang mereka tidak mengenalinya, demi Allah, sejak saya mengenal dunia ini, saya telah melihat beliau berpuasa tiga bulan berturut-turut iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadan setiap tahun. Dan seringka kali saya akan membangunkan dia untuk Shalat Al-Lail (Solat Malam) saya dapati dia berjaga dan bersolat mendahului saya, dan dia adalah seorang wanita tua yang umurnya mencecah lapan puluh tahun. Tetapi orang-orang yang hina memanggil namanya dangan gelaran yang menyakitkan hati. Saya memohon maaf, saya mungkin telah menyakiti anda, semoga Allah memberikan anda kejayaan.)

                  


✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: