Mungkin Peringkat Awal Bagi Mukmin Adalah Dengan Berdoa, Dan Mencukupi Baginya Berdiri
Di Pintu Allah Berharap
Satu hari saya telah sampaikan kepada Abdus
Soleh (as) sebuah rukya (mimpi) yang membuatkan saya sedih [131] dan
saya berkata di penghujungnya: ... Dan Allah lebih mengetahui kepedihan saya
sekarang.
Jadi dia (a.s) berkata:
(Janganlah kamu sedih, saya akan
memberitahu kamu sesuatu sekarang: Tidakkah Allah SWT berfirman:.. " ادعوني
- Serulah Aku!" Peringkat awal seorang manusia mungkin dalam
berdoa, bagi orang yang mengenal hakikat, mereka tidak boleh mengatakan:
Berikanlah padaku, sembuhkanlah aku, jadikanlah ini bagiku, aku mahu ini, aku
tidak mahu perkara ini...... tidak boleh baginya semua itu kecuali berdiri di
pintu Allah berharap bahawa Allah mempunyai keutamaan ke atasnya dan apa yang
dikehendaki-Nya SWT. Sehingga apabila kita akan sentiasa melihat kepada diri
kita sendiri.
Demi Allah, jika Dia SWT memperlakukan
aku dari permulaan masa sehingga penghujungnya kemudian dIa masukkan aku ke
dalam neraka, itu adalah baik padaku. Dan apakah kebaikan yang lebih agung dari
Dia memperlakukan aku walaupun untuk beberapa ketika. Kita sepatutnya tidak
peduli melainkan satu perkara, ia adalah untuk menghapuskan dari halaman kita
yang hitam, "Al-Ana - Keakuan" ini yang hampir tidak pernah berpisah
dari kita).
Kemudian saya bertanya kepadanya (as) dan
berkata: Saya telah merenungkan kata-kata tuan sebelumnya, tentang manusia
berdiri di pintu Allah penuh harapan, jadi bolehkan tuan mengenalkan pada saya
tentang doa Al-Thahirin (mereka yang disucikan), dan Allah SWT berfirman kepada
Musa (as): Serulah Aku (walaupun) untuk tali kasut kamu! [132], apa
yang dimaksudkan dengannya?
Jadi dia (as) menjawab:
(Jika kamu minta untuk diri kamu sendiri,
maka ada dua perkara di sini: Pertama, Bahawa kamu katakan dalam setiap
permintaan "Ana - Aku" dan memandang pada diri kamu. Kedua, kamu
katakan dalam setiap permintaan "Aku tahu, Aku faham, Aku tahu kebaikannya
(mushlihah)", yang bererti bahawa kamu adalah orang yang tersanjung, kamu
telah menyanjung bahawa kebaikan pada yang dicapai, dan kemudian baru kamu
minta dari Allah supaya menunaikan apa yang kamu sanjung.
Maknanya secara ringkas: Apa yang kamu
katakan kepada Allah SWT: "Aku lebih kenal daripada Engkau tentang
kebaikan, dan Aku lebih tahu daripada Engkau;" adalah kamu telah
menentukan dan kamu hanya memohon kepadaNya supaya menunaikannya. Kamu katakan
kepada-Nya lakukanlah ini untukku, makna, kamu telah menyanjung bahawa "itu
dan ini" adalah Al-Haq (kebenaran) dan padanya ada kebaikan
(mushlihah) di dunia dan di akhirat.
Tetapi dalam Allah (swt) berkata kepada
hamba-Nya:
﴿وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا﴾
"Dan katakanlah, Ya Tuhanku
tambahkanlah ilmuku!",
di sini ia menyanjung kebaikan
(mushlihah)? Allah. Mengapa kamu meminta? Kerana Dia menyuruh kamu meminta.
Setelah semua keadaan, ia bukanlah perkataan sebaliknya ia adalah perbuatan
(amalan). Maknanya, kita memahaminya apabila kita berada di dalamnya, bukan di
luar apa yang kita cakapkan mengenainya.)
✡✡✡✡✡
______________________________
[131] - ini ringkasannya: Seorang ansar
menceritakan kepadaku rukyanya, dia berkata: (Dia dan barisan penulis dan ansar
lain berpergian menjelang Ziarah Imam Hussein (as), dan ia adalah makam yang
jelas kelihatan dan kami berjalan di padang pasir dan terdapat bersama kami
orang-orang perempuan, naik mengikuti kami. Orang perempuan itu berkata: ikut
jalan ini, saya berkata: Tidak, makam dari sini jalannya, dan kami ikut jalan
yang betul ke makam Al-Hussein (as) sehinggalah kami sampai di suatu tempat
untuk berehat dan tiba-tiba terpaksa memanjat tembok (dinding) yang tinggi dari
semua arah, dan tidak ada seorang pun yang dapat keluar, melainkan yang dibawa
oleh salah seorang daripada lima orang ansar penting (utama). Diringkaskan
cerita, dengan menunggang basikal yang dibawa keluar dari atas kereta yang satu
atas yang lain untuk mencapai basikal untuk ke kemuncak ke suatu tempat, dan kemudian
boleh dibuka pintu tembok dan bergembira semua mereka dari dalam rumah.
Pencerita rukya mengatakan tentang dirinya: saya pula di belakang tembok itu,
dan saya menjangkakan ada lima orang ansar, usaha daripada tiga orang saudara
(ansar) tidak berjaya, kemudian datang giliran kamu, kamu naik peringkat
pertama dengan baik dan kekal ke peringkat terakhir, peringkat yang paling
sukar kerana ia lencongan jenis tertentu sehingga selesai basikal itu sampai ke
tempatnya, saya berkata kepada kamu: Di mana kita? tetapi kamu berkata: Saya tidak
tahu, maka kamu tidak berjaya, kemudian Saudara kelima mencuba berjaya dan
sampai ke tempat yang dijadualkan, dan dinding pun terbuka. Segala puji bagi
Allah Tuhan sekelian alam) Rukya tamat, dan terdapat juga peristiwa-peristiwa
yang lain
[132] Diriwayatkan dalam sebuah hadits Qudsi
yang bermaksud: (Wahai anak Imran, serulah (mintalah) pada Ku untuk tali
kasutmu, makanan, haiwan, garam dan tepung kamu).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan