Ahad, 24 Mei 2015

Prakata



الرَّجْعَة
ثالثُ أيّامِ الله الكُبْرَى


Raj3ah

Hari Besar Allah Yang Ketiga 

Jawapan
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)

Disediakan
oleh
3alaa Salem

Terjemahan oleh
Aba Al-Hussaini
[Ahad 5 Sya3ban, 1436 / 24 Mei 2015]
                                       
*** Terjemahan untuk BACAAN SAHAJA Tiada Tauliah untuk ketepatan dalam terjemahan atau kandungan ***




بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam atas Muhammad dan keluarga Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi.



Prakata ..


Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata dalam menjelaskan Raj3ah: (nama Raj3ah itu, menunjukkan kepada maknanya, semoga Allah memberikan kamu kejayaan, ia adalah kembali semula iaitu pengulangan, orang yang telah mati akan kembali, satu ujian yang telah selesai akan berulang, hari yang telah berlalu akan datang lagi .......)

Tidak syak lagi bahawa riwayat-riwayat mengenai Raj3ah dan orang yang menjelaskan mengenainya dan apa yang berkaitan dengannya adalah salah satu daripada perkara-perkara besar yang tidak ada keupayaan untuk menjawabnya kecuali para Khalifah Allah, kerana merekalah yang lebih layak menjawab selengkapnya mengenai perkara-perkara besar yang berkaitan dengan Agama Allah dan alam-alam penciptaan.

Dan atas dasar inilah diriwayatkan untuk menjelaskan perkara-perkara Al-Qaim (as) ini, Dari Zararah, dia berkata:

Aku bertanya kepada Abi Abdillah (as) mengenai perkara-perkara yang besar yang berkaitan dengan Raj3ah dan yang sepertinya, beliau berkata: perkara-perkara yang kamu tanya ini masanya belum datang lagi, dan Allah Ta'ala berfirman:

﴿بَلْ كَذَّبُوا بِمَا لَمْ يُحِيطُوا بِعِلْمِهِ وَلَمَّا يَأْتِهِمْ تَأْوِيلُهُ﴾
"Bahkan yang sebenarnya, mereka mendustakan apa yang mereka belum mengetahuinya dengan sempurna padahal belum datang kepada mereka penjelasannya.) [1].
         
Dan mengenai riwayat ini, Al-Syed Ahmad Al-Hassan telah ditanya: Apakah Al-Qaim (as) yang khusus akan menjelaskannya?

Jadi dia (as) menjawab: (ya).

Dan patutkah bagi para ulama selepas ini menjawab hanya cukup dengan berkata [saya tidak tahu] mengenai perkara yang berkaitan dengan Raj3ah, Tetapi malangnya mereka menyia-nyiakan penerangan yang dikhususkan kepada Al-Qaim, maka apa yang terjadi di antara mereka.

Dan kerana Alam Raj3ah adalah alam lain menurut riwayat Aali Muhammad (as), dan ia mempunyai peraturan dan sistem (Nidzam) tersendiri, sehingga tidak benar – dalam masalah ini - apa yang disebut dalam beberapa riwayat mengenai Raj3ah difahami mengikut makna fahaman umum dalam Alam Jasmani ini, dan mungkin kejahilan mengenai hakikat ini telah menyebabkan ramai para ulama jauh menyimpang ketika memperkatakan Al-Raj3ah.


Tetapi sebahagian daripada mereka pergi terlalu jauh dengan kejahilan mereka untuk membuat kesimpulan dari pemahaman mereka yang salah mengenai Raj3ah dan meletakkan alasan untuk menafikan Imamah 12 washiy--washiy dari Aali Muhammad (12 Mahdi-mahdi), walaupun ianya disebut dalam wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatannya.
Dalam usaha untuk membongkar sebahagian yang tersembunyi disebalik perkara yang besar ini, Ini adalah ringkasan yang merangkumi sepanjang Imam Ahmad Al-Hassan menjawab soalan-soalan yang telah dihadapkan kepadanya, yang berkaitan dengan Alam Al-Raj3ah dan sebahagian perkara khusus mengenainya, yang merupakan satu lagi bukti tambahan kepada kebenaran dan keutamaannya.

Sebahagian daripada jawapan diambil dari kitab-kitab yang diterbitkan seperti Al-Mutasyabihat, Al-Tauhid, Al-Jawab Al-Munir dan Ma3a Abdus Soleh, dan beberapa buah kitab lain - kebanyakannya - adalah himpunan jawapan-jawapan terhadap soalan-soalan yang datang dari masyarakat seluruhnya.

Dengan ini, saya dengan penuh yakin mengharap Allah SWT mengampunkan dosa dan memaafkan kelemahan saya dengan kemuliaan Imam yang tidak diketahui (majhul) nasibnya ini, dan saya akhiri untuk saya dan kepada semua orang yang beriman bahawa dia adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang"..

والحمد لله رب العالمين. 
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Jumaat 13 Syawal 1433.H

3alaa




✡✡✡✡✡


____________________
1. Mukhtasar Bashair Al-Darajat: ms 24.




✡<< ✡✡✡ seterusnya >>✡

Tiada ulasan: