Selasa, 5 Mei 2015

Bagaimana Iman Itu Menjadi Tetap..

Hentian Kelima:


Berkenaan dengan nasihat dan kata-katanya kepada orang ramai.


"Kata-kata kamu adalah cahaya", adalah ungkapan terkenal Imam Al-Hadi (as) di dalam Al-Ziyarah Al-Jami3ah Al-Syarifah, (Ziarah masyarakat yang mulia) dan bagaimana perkataan Keluarga Muhammad Penghulu (Pemimpin) Penciptaan (as) menyifatkannya kepada pengikut mereka dan Syiah mereka. Imam Al-Redha (as) juga memperkatakan bahawa:

(Semoga Allah memberi rahmat kepada hamba yang menghidupkan urusan kami, maka aku berkata kepadanya: Dan bagaimana akan menghidupkan urusan tuan? Jadi beliau (as) berkata: Kamu belajar ilmu kami dan mengajarkannya kepada manusia, kerana jika manusia tahu kebaikan perkataan kami, mereka akan mengikuti kami) [147]

Dan kerana sentiasa menjadi harapan kami daripada-Nya SWT supaya menjadikan untuk kami tali penghubung Keluarga Muhammad (as) kepada manusia, yang akan memperkenalkan antara masayarakat umum sebahagian kebaikan kata-kata Abdus Soleh (as), dan semua perkataannya adalah baik. Dan saya memohon ampun kepada Allah Azza Wa Jalla atas kelemahan saya.



✡✡✡✡✡

________________________
[147] '3uyun Akhbar Al-Redha (as): Jilid 2 halaman 275.


Bagaimana Iman Itu Menjadi Tetap..



Pada suatu hari saya telah meminta nasihat daripada Abdus Soleh (as):
Maka saya telah berkata: Manusia itu adalah bukti atau hujah ke atas dirinya sendiri, terlalu sedikit kesabaran, dadaku menjadi sempit (sesak nafasku) dengan pantas, terlalu banyak mengomel atau merungut. Apakah nasihat dan kata-kata tuan dalam mengubati perjalanan hidupku ini?

Maka dia (as) berkata:

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, bahawa sesungguhnya bilangan kamu bukanlah sedikit, kamu saling mengukuhkan antara satu sama lain serta saling bantu-membantu antara satu sama lain. Jika sekiranya terdapat sebarang kekurangan di pihak saudara kamu, maka aku bermohon kepada Allah agar kamu dan mereka diberikan keikhlasan serta taufik di dalam beramal di jalan Allah.

Ingatlah hal keadaan orang-orang yang mendahului kamu dari kalangan nabi-nabi dan washiy-washiy serta sedikitnya orang yang membantu mereka. Mereka telah merintis jalan buat kamu, berapa kalikah dan setiap kali itu juga jawapan kamu terhadap orang-orang yang menzalimi diri-diri mereka adalah dengan mengambil contoh daripada para Anbiya dan Aushiyak serta keadaan mereka. Mereka telah merintis jalan buat kamu dan telah banyak meringankan kepayahan kamu, tetapi dengan kesusahan dan penderitaan mereka.

Justeru saya berkata: Salam (Kesejahteraan) Allah ke atas mereka semua, dan semoga Allah memberikan taufik (kemenangan) buat kami untuk berjalan di atas petunjuk mereka dan berkhidmat pada para HujajNya ke atas makhluk ciptaanNya.

Lalu dia (as) bertanya:

Bila pula para Hujaj Allah mencari pembantu?

Maka saya menjawab: saya memohon maaf Tuan. Saya telah menjadi tidak tahu apa yang saya ucapkan di dalam doa tersebut, maafkanlah kata-kata saya terhadap tuan dan kesalahan itu tidak pernah berpisah denganku.

Kemudian dia (as), berkata:

(Kamu dituntut untuk membuat pengakuan dan pilihan yang betul di antara "Aku........ Dia (Ana)... (Huwa)". Ketikamana berlaku pilihan yang betul dan seseorang manusia mukmin terselamat daripada Keakuan (Al-Ana), maka terlaksanalah atau tetaplah buatnya apa yang telah didatangkan oleh Nabi-nabi dan Aushiak (as))


Maka saya bertanya: Bagaimanakah ia boleh menjadi tetap di dalam hati, adakah cara tertentu?

Maka Imam (as) menjawab:

Makrifat (pengetahuan).

Saya bertanya lagi: Seseorang itu mengetahui sesuatu tetapi dengan cepat pula dia melupakannya. Lalu kesannya hilang dan menyebabkan dia membuat kesilapan yang baru.

Lantas dia (as) menjawab:

Makrifat yang hakiki adalah hakikat makhluk yang tidak lupa dan tidak hilang itulah iman yang tetap.

Saya bertanya lagi: Apakah dia jalan yang menjadikan makrifat dan keimanan seseorang itu benar-benar hakiki dan tetap, tidak hilang?

Dia (as) menjawab:

Apabila dia sendiri menjadi makrifat yang dibakar dengan api dan menjadi api. Adapun amalan yang membawa kepada ini adalah:

Pertama: Melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah ke atasnya dan setiap apa yang ditunjuk olehNya, berakhlak dengan akhlak yang diredhai Allah dan menjauhkan diri daripada setiap akhlak yang dimurkai oleh Allah, setelah itu tidak menuntut syurga dan tidak minta dijauhkan dari neraka dan tidak, dan tidak... tidak yang serupa. Malah cukup sekadar berdiri tegak di pintu Allah dan beramal dengan apa yang dikehendakiNya dan setelah itu mengetahui yang berikut: Bahawa sesungguhnya sekiranya dia berkata sembuhkan aku, kurniakan aku, rezekikan aku, perbuatlah sebegini untukku, maka dia dalam setiap doa-doanya ini sedang berkata "Aku – Ana."

Dituntut ke atasnya untuk bersifat dengan sifat berpada (Qana3ah) sepenuhnya, bahawa cukup sekadar dia berdiri tegak di pintu Allah dan Allah memperlakukan dia sebagai kurniaan ke atasnya. Jikalau Allah SWT memperlakukannya sejak dari penciptaan dunia sehingga ke hari kiamat dan setelah itu memasukkannya ke dalam api neraka, maka ia adalah kebaikan buatnya. Bagaimana ianya tidak menjadi suatu kebaikan? Sedangkan dia menjadikan aku dari tiada, dan setelah itu memuliakanku dengan memperlakukan aku untuk menjadi seketul batu yang dilemparkannya ke mana yang Dia suka. Keutamaan apakah yang lebih hebat dari ini, malah jika Dia memasukkan aku ke dalam neraka secara kekal selepas semua ini, maka ia adalah kebaikan buatku kerana Dia telah memberikanku kebaikan pada masa lalu dan pada masa akan datang. Aku berhak mendapat yang lebih teruk daripada neraka kerana aku lebih memandang pada diriku.

Setiap manusia dituntut supaya sentiasa kekal berdiri tegak di pintu Allah, mengharapkan supaya dia diberi keutamaan dan dipelakukan oleh Allah. Dituntut juga supaya tidak menjadikan amalan seseorang itu kepada Allah berdasarkan harga atau balasan iaitu tidak perlu menuntut sebarang harga atau balasan atas amal perbuatannya. Adakah seseorang itu dianggap sebagai baik, jika dia meminta harga atau balasan terhadap khidmat kecil yang diberikannya kepada seorang manusia budiman, sedangkan dia telah dilengkapinya dengan rumah, kewangan, pekerjaan dan semua yang dihajati di dalam hidupnya pada masa lalu tanpa sebarang balasan?!

Maka bagaimana pula Allah SWT yang memperlakukan kamu untuk kemuliaan kamu?? Sedangkan amal kamu bersamaNya adalah memuliakan kamu dan kebaikan adalah peluang (nasib) kamu, maka bagaimana kamu boleh menuntut balasan atas hal yang demikian?!


✡✡✡✡✡



Tiada ulasan: