Bagaimana Para Ulama Syiah Memahami Al-Raj3ah?
Para ulama Syiah melihat Raj3ah adalah: kembali hidup
di dunia ini selepas kematian.
Sheikh Al-Mufid berkata: (kata-kata mengenai Raj3ah:
dan saya katakan: Bahawa Allah SWT mengembalikan kaum (orang-orang) dari kematian
ke dunia dalam imej (gambaran) mereka, Bahawa sebahagian daripada mereka akan dimuliakan,
sebahagian daripada mereka dihinakan dan digantikan orang benar daripada kaum batil
dan yang mereka dizalimi atas orang-orang yang zalim, dan itu adalah semasa
kebangkitan Al-Mahdi dari Aali Muhammad (as) [4]
Dan Al-Hurr Al-Amily berkata: (ketahuilah Al-Raj3ah di
sini adalah kehidupan selepas kematian dan sebelum hari Kiamat, dan ini adalah
asal dari maksudnya, dan para ulama telah menyatakannya dengan jelas ..) [5].
Jelas di sini bahawa mereka melihat Al-Raj3ah sebagai suatu
tempoh masa yang tabiatnya mengikut Alam Jasmani tempat kita tinggal ini, dan mereka
mengesahkanya dengan kebanyakannya menyatakan keadaan pemikiran mereka yang
digunakan untuk membuktikan Al-Raj3ah itu, dan di sini diterangkan sebahagian
darinya:
Pertama: Mereka yang mengatakan bahawa Al-Raj3ah
adalah sejenis pengembalian jasmani, jadi mereka menggunakan bukti yang sama
untuk pengembalian di akhirat.
Al-Syed Al-Murtadha berkata di dalam berhujah mengenai
Al-Raj3ah: (..tiada siapa yang menolak kesahihan Raj3ah (yang kembali) selepas
kematian melainkan orang-orang yang menyimpang dari kata-kata ahli Tauhid,
kerana Allah SWT berkuasa membawa permata kembali selepas ketiadaannya, dan
jika Dia berkuasa melakukan hal tersebut memungkinkan pula mewujudkannya akan
berlaku apabila Dia berkehendak) [6]
Kedua: Bahawa hujah mereka adalah
kebangkitan semula beberapa kaum atau peribadi pada umat-umat kepada kehidupan di
dunia ini selepas kematian mereka, dan sebagai contohnya mereka menyebut kehidupan
semula Uzair selepas kematiannya, atau kebangkitan Isa selepas kewafatnnya (diangkat),
dan kebangkitan Ashhab Al-Kahf, atau satu kaum dari Bani Israel, dan sebagainya.
Syeikh Al-Mudzafar berkata: (Bahawa beriman dengan Al-Raj3ah
tidak bercanggah dengan akidah Tauhid, dan tidak bercanggah dengan akidah
kenabian, tetapi ia mengesahkan kesahihan kedua-dua akidah itu. Al-Raj3ah adalah
bukti muktamad bahawa kekuasaan hanya bagi Allah SWT, seperti hari kebangkitan dan
kiamat, dan ia adalah salah satu perkara yang luar biasa yang layak dipanggil mukjizat
untuk Nabi Muhammad dan Aali Bait baginda (as), dan ia jenis mukjizat
menghidupkan semula orang mati yang telah diberikan kepada Al-Masih (as) tetapi
yang hendak disampaikan di sini adalah mereka selepas itu menjadi orang-orang
yang mati mereput..) [7].
Syeikh Al-Tabrasi berkata: (bahawa berita itu telah
mendedahkan tentang Imam-Imam pembimbing (Al-Hadi) dari Aali Muhammad kerana Allah
SWT akan mengembalikan pada masa bangkitnya Al-Qaim (as) orang-orang yang
terdahulu yang telah mati dari Auliaknya dan (pengikut) Syi’ahnya untuk
memenangi ganjaran pahala dengan menolong dan membantu beliau, dan bergembira
dengan kemunculan negaranya, dan juga untuk mengembalikan musuh-musuhnya
sehingga ia dapat membalas bela ke atas mereka dan mereka akan mendapat hukuman
yang sepatutnya di dunia ini dengan dibunuh oleh tangan-tangan Syiahnya dengan penghinaan
dan rasa malu dengan apa yang mereka saksikan dari ketinggian kalimahNya, dan
tidak ada keraguan bagi orang berakal bahawa kuasa Allah Ta'ala ini tidak
mustahil atas diriNya, dan Allah telah berbuat demikian pada umat yang lalu dan
Al-Qur'an ada menyebutnya di beberapa tempat seperti kisah Uzair dan lain-lain,
dan telah disahkan dari nabi bahawa baginda (S) bersabda: "Akan berlaku pada
umatku dalam segala yang menimpa Bani Israil setapak demi setapah dan
langkah demi langkah sehingga seorang dari mereka masuk ke lubang biawak
nescaya kamu pun memasukinya" [8]
Ketiga: Mereka menghubungkan Al-Raj3ah dengan
masa kemunculan Imam Al-Mahdi (as), seperti yang kita telah dengar sebahagian
kecil dari Syeikh Al-Thabrasi.
Syeikh Al-Mufid berkata: (Telah datang perkhabaran yang
menyebut tanda-tanda bagi zaman kemunculan Al-Qaim Al-Mahdi (as) dan
peristiwa-peristiwa yang akan berlaku sebelum kemunculannya sebagai tanda-tanda
dan dalil-dalil, dan salah satu darinya ialah keluarnya Al-Sufyani...
sehinggalah sampai kepada kata: ...dan orang-orang mati akan bangkit dari kubur
sehingga mereka kembali ke dunia, dan mereka akan mengenali antara satu sama
lain dan mereka akan menziarah antara satu sama lain.. sehinggalah sampai
kepada kata: ...maka mereka tahu akan kehadirannya di Mekah, dan mereka pergi
kepadanya untuk menolongnya.) [9]
Keempat: Akan ditunjukkan kepada mereka sebahagian
ayat-ayat kekhalifahan dan pemberian kuasa di bumi ini selepas penindasan terhadap
nabi dan para Imam semasa hidup di dunia ini selepas kematian mereka,
contohnya:
Dia SWT berfirman:
﴿وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ
اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ
الْوَارِثِينَ﴾
((Dan Kami hendak memberi
karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan
mereka Imam-imam dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi,)) [10]
Al-Hurr Al-3amily berkata tentang ayat ini selepas
menyebut kesepakatan Syiah mengenai kedatangan semula (Raj3ah) Nabi dan para
Imam (as): (... dan ini dijelaskan dari kata ganti jamak di dalam ayat dan
perkataan Al-Thabrasi, dan pada menyebutkan kekhalifahan dan pemberian kuasa, berakhirnya
ketakutan, dan ibadah (pemnymbahan), dan apa yang diketahui tentang keharusan bertaqiyah,
dan kalau kita menggugurkannya hanya pada semasa kemunculan Imam Mahdi (as)
maka ia adalah kewajipan untuk semua orang mengikut tafsiran yang diterima dan
jauhi dari yang diperlukan dan yang tiada kaitan ..) [11]
Allah SWT berfirman:
﴿وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ
الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ
لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ
أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ
بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
((Dan Allah telah berjanji
kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang
saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan
sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk
mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam
ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada
mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir
sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.)) [12]
Al-Hurr Al-3amily berkata: (dan yang ini lebih jelas
daripada yang sebelumnya, kerana ia menjelaskan bahawa orang-orang yang bersama
masyarakat menyebut dan menjadikan mereka Imam-imam yang mewarisi, dan mereka
berkuasa di muka bumi dan memberi amaran terhadap musuh-musuh mereka, semua ini
adalah selepas mereka tertindas di bumi,dan adakah gambaran ini yang menegaskan
Al-Raj3ah) [13]
Apa yang kami telah sebutkan ini sudah cukup untuk
membuktikan apa yang kita katakan tentang mereka.
Para ulama ini apabila mentafsirkan Al-Raj3ah dan riwayat-riwayat,
mereka mentafsirkannya sebagaimana sebahagian daripada Alam Jasmani ini, yang
lain telah mentafsirkan riwayat-riwayat mengenai Al-Raj3ah dengan cara lain di
mana tiada Al-Raj3ah yang ditujukan (dirujuk) kepada peribadi tertentu, ataupun
merujuk kepada Daulah Al-Haq (Negara Kebenaran) .
Syed Al-Murtadha telah menyebutkan ucapan mereka, maka
dia berkata: (Ada pula yang menafsirkan Al-Raj3ah sebagai sahabat kita seperti
yang maknanya dirujuk kepada Daulah Al-Amr wa Al-Nahy (Negara Pelaksana Hukum
perintah dan larangan), tanpa merujuk kepada peribadi dan kebangkitan semula orang
yang mati, maka orang-orang Syiah tidak dapat menyokong Al-Raj3ah itu, dan
menjelaskan kemungkinannya, dan bahawa ia bercanggah dengan tanggung jawab,
mereka bergantung kepada tafsiran ini dengan perkhabaran yang menyebutkan tentang
Al-Raj3ah) [14].
Bahkan ada yang menyimpang jauh dengan mengatakan
bahawa Al-Raj3ah bukahlah sebuah negara yang dipertanggung-jawabkan (Dar Taklif)
diberikan kepada semua orang-orang yang kembali (Al-Raji3in):
Al-3alamah Al-Majlisi berkata: (..apabila muncul masa Al-Raj3ah
ia bukanlah zaman tanggung-jawab sahaja, tetapi di antara dunia dan akhirat, dinisbahkan
kepada seluruh penduduk negara yang dipertanggung-jawabkan (Dar Taklif) dan kepada
masyarakat Negara Hukum (Dar Jazak)) [15].
Ini adalah kekeliruan dalam memahami Al-Raj3ah dan
riwayat-riwayatnya, Syeikh Al-Mufid mengkhususkannya dengan berkata: (Imamiyah
telah sepakat mengenai kembali (Raj3ah) ramai orang yang mati akan kembali ke
dunia nyata sebelum hari Kiamat, walaupun mereka mempunyai pemahaman yang
berbeza mengenai Al-Raj3ah) [16].
Dan atas dasar ini kata-kata mereka berbeza dalam
menjelaskan iktikad Al-Raj3ah:
Selepas itu Syeikh Al-Shaduq melengkapkan: (dan dia
adalah seorang ulamak terdahulu) dengan mengatakan: (bahawa iktikad Al-Raj3ah
kita ini adalah ia iktikad Haq) [17].
Sheikh Al-Mudzafar (dan dia adalah seorang ulamak mutakhir)
melihat bahawa Al-Raj3ah bukan sebahagian daripada asas iktikad yang wajib berpegang
dengannya, dan dia berkata: (Al-Raj3ah bukan sebahagian daripada asas (Al-Ushul)
yang diwajibkan beriktikad dengannya dan berpegang dengannya, tetapi iktikad kami
padanya adalah mengikut kepada kata-kata Al-Atsar (shabat) yang sahih yang
diriwayatkan oleh Ahl Al-Bayt (as) orang-orang yang agamanya dipelihara (maksum)
dari kedustaan, dan ia adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang dikhabarkan mengenainya
dan kejadiannya tidak dapat dielakkan) [18].
Dan sebahagian daripada mereka mengakui bahawa
pengetahuan terperinci Al-Raj3ah, cara dan susunan ilmunya ditugaskan pada Para
Khalifah Allah:
Syed Abdullah Syibr mengatakan: (Diwajibkan beriman
dengan asas Al-Raj3ah keseluruhannya, dan bahawa sebahagian dari orang-orang
mukmin dan sebahagian dari orang-orang akan kembali ke dunia, Dan mempercayai
pada perinciannya dan hadits-hadits tentang kedatangan (Raj3ah) Amirul Mukminin
dan Al-Hussein (as) adalah rmaksud yang mutawatir, dan bagi para Imam yang lain
ia hampir kepada tawatur (mutawatir), dan cara bagaimana mereka kembali adakah
mengikut susunan atau tidak, semua ini adalah dalam ilmu Allah SWT dan pada Auliak-Nya)
[19].
Dan akhirnya diharapkan perbahasaan mengenai [Al-Raj3ah]
merupakan sebahagian daripada asas-asas Mazhab, dan bukannya sebahagian dari asas-asas
Agama!!
✡✡✡✡✡
________________________
[4] - Awa'il Al-Maqalaat:
ms 78.
[5] - Al-Iqadz Min
Al-Hijna Bi-Al-Burhan 3ala Al-Raj3ah. ms 61
[6] - Rasa'il Al-Syarif
Al-Murtadha: Jilid 3 ms 135.
[7] - a'qaaid
al-Imamiya ms 109.
[8] - Tafsir Majma
'al-bayan: vol 7 ms 366.
[9] - Al-Irshad: Jilid
2 ms 368-370
[10] - Al-Qashash
28:5.
[11] - Al-Aiqadz Min
Al-Huj3ah Bi Al-Burhan '3ala Al-Ra3'ah: ms 67.
[12] - Al-Nur 24:55.
[12] - Al-Nur 24:55.
[13] - Al-Aiqadz Min
Al-Huj3ah Bi Al-Burhan '3ala Al-Ra3'ah: ms 93.
[14] - Rasail Al-Syarif
Al-Murtadha: Jilid 1 ms 126.
[15] - Bihar Al-Anwar:
Jilid 25 ms 109.
[16] - Awa'il Al-maqalaat:
ms 46
[17] - Al-I3tiqadaat
Fi Din Al-Imamiyah: ms 60
[18] - 3aqaaid Al-Imamiyah:
ms 113
[19] - Haq Al-Yaqin:
Jilid 2 ms 35.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan