2 Al-Raj3ah Adalah Ujian Lain:
Selepas menjelaskan bahawa Al-Raj3ah adalah hari
ketiga dari hari-hari (besar) Allah, maka ia adalah alam yang lain dan ujian
yang lain yang diperjuangkan oleh sebahagian penciptaan (makhluk) yang
benar-benar beriman atau yang benar-benar kufur.
Dari Mufadhdhal, dari Abi Abdillah (as) dia berkata:
﴿وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ
فَوْجًا﴾
((Dan pada hari Kami kumpulkan dari tiap-tiap
umat segerombolan besar)) [33]
beliau berkata: (Tidak ada seorang mukmin yang
terbunuh melainkan dia akan kembali selepas mati, dan tiada siapa yang akan
kembali melainkan orang-orang yang benar-benar beriman atau orang-orang yang
benar-benar kufur) [34]
Ia adalah satu atam dengan peraturannya yang khusus:
Imam Shadiq (as) berkata: selepas menyebut kematian
Iblis di tangan Rasulullah (S) dalam Al-Raj3ah: (..Dan pada masa itu Allah SWT
akan disembah dan tiada yang disekutukan denganNya, dan Amir Al-Mukminin (as)
akan memerintah selama 44,000 tahun, sehingga orang dari pengikut Ali (as)
melahirkan 1000 lelaki dari sulbinya, dan pada masa itu dua taman akan wujud di
Masjid Kufah dan apa yang ada di sekitarnya, dengan kehendak Allah) [35]
Adalah jelas bahawa melahirkan 1000 anak-anak lelaki
dengan seorang lelaki tanpa wanita adalah suatu perkara yang tidak boleh
menjadi kebiasan (adat) dalam alam Jasmani dengan peraturan yang ditetapkan di
dalamnya [36]. Dan juga tempoh masa yang disebut
dalam riwayat mengenai pemerintahan Khalifah Allah di Al-Raj3ah yang
menunjukkan kepada kita sekali lagi bahawa Al-Raj3ah adalah alam yang lain
dengan peraturan tertentu dan tersendiri, yang berbeza daripada peraturan di
alam dunia ini.
Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata:
[Dunia Al-Raj3ah adalah alam
lain daripada tempat kita hidup ini, dan ini adalah jelas dalam
riwayat-riwayat, contohnya: riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa ia adalah
alam lain yang tidak selaras dengan sifat-sifat Alam Al-Raj3ah dengan alam dunia
ini tempat manusia hidup untuk jangka masa yang panjang atau akan beranak cucu,
dan juga disebut dalam al-Quran mengenai Al-Raj3ah dan juga ia adalah kehidupan
selepas kematian, jadi bagaimana pula halnya apabila orang melihat terdapat
orang-orang yang keluar dari kubur-kubur di hadapan mata mereka dalam jumlah
yang besar, sekiranya ada ujian mengapa pula sebahagian manusia masih
menderhaka?!].
Dan beliau (as) juga berkata:
[Saya akan menarik perhatian
kalian kepada satu masalah dalam Al-Raj3ah, bagi orang yang bijak apabila
datang riwayat mengenai Al-Raj3ah dan bagaimana keadaan kehidupan di sana, dan
berapa ramai anak-anak yang akan diperolehi oleh setiap orang... dan lain-lain,
ia akan ditadbir sebagai alam yang lain, kerana akal sememangnya tidak dapat
menerima ia berlaku dalam dunia ini dengan batas-batasnya, pemahaman ini tidak
dapat diterima di sisi orang-orang yang berakal tetapi apa yang akan kita
lakukan dengan orang-orang yang hampir tidak memahami perbicaraan!!].
Dalam menjelaskan pemahaman rendah dan lemah
orang-orang seperti ini mengenai riwayat-riwayat yang diamalkan oleh sebahagian
orang yang mendakwa mempunyai pengetahuan sama ada ia adalah mengenai Al-Raj3ah
atau iktikad-iktikad lain, beliau (as) berkata:
[Sebagai contoh kefahaman
terawal bagi riwayat-riwayat kita lihat sebahagian mereka dalam menggambarkan peribadi
Dajjal, walaupun jangkauan langkah keldainya adalah sangat jauh dan antara
kedua telinga keldai itu jaraknya 40 atau 70 hasta pada sebahagian riwayat lain,
dan walaupun dia mempunyai gunung makanan dan gunung api seperti yang
dinyatakan dalam riwayat-riwayat, bagaimanakah telinga keldai panjangnya
sehingga 30 hasta atau jarak antara kedua telinganya 40 hasta?! Dan bagaimana
pula dengan gunung api dan gunung makanan?! Adakah diterima akal atau manusia
biasa dengan riwayat ini sepertimana dinyatakan dan bukankah ia termasuk
simboli (kiasan) atau kod (lambang)?!! Dengan tafsiran naif (lurus) mereka
bagi-hadits-hadits, mereka membuat manusia hidup dalam khayal dan ilusi yang
jauh dari kenyataan.
Sebagai contoh: menurut
pemahaman orang-orang naif (lurus) ini terhadap riwayat-riwayat, para sahabat
Al-Mahdi akan didapati hilang daripada tempat tidur mereka dan semuanya akan
berjumpa (berkumpul) di Makkah begitu sahaja tanpa apa-apa pendahuluan berlaku,
seolah-olah ia seperti kartun untuk kanak-kanak, ia berlaku begitu sahaja tanpa
persediaan kepercayaan akidah, dan tanpa Al-Mahdi melengkapkan mereka dengan
pengetahuan, cara dimana mereka gambarkan kepada manusia ini iaitu dalam
semalaman para sahabat Mahdi akan terbang di udara dan akan berada di Ka’bah
dengan hanya Al-Mahdi dan bersamanya 313 sahabatnya. Mereka dapati diri mereka
di Mekah dikelilingi oleh 100,000 orang Wahabi.
Fahaman ini lebih dekat
kepada kebodohan, dan dengan cara ini mereka mengheret manusia dan menghalang
mereka daripada memberikan kemenangan (pertolongan) kepada Al-Mahdi dengan
hujjah bahawa dia akan muncul dengan 313 sahabatnya di Mekah dan mereka akan
menang, dan semua orang menunggu kemunculan dan kemenangannya dan tidak berbuat
suatu apa pun!!
Baiklah, bagaimana dia
mengalahkan dan menang ke atas lebih 100,000 golongsn Wahabi jika mereka
memeranginya di Mekah?! Bagaimana dia akan mengambil alih kuasa mengawal Hijaz
(Semenanjung Arab)?! Dengan hanya beberapa ratus orang, atau dengan mukjizat
untuk memusnahkan manusia sahaja? Jadi tiada dakwah bagi Al-Mahdi dan Allah SWT
sendiri akan memusnahkan manusia dan memberi kemenangan atas mereka dengan
mukjizat dan mejadikan mereka beriman secara paksa dan masalah selesai!!
Pemahaman naif (lurus)
daripada masalah kepercayaan akidah sama ada ia dikaitkan dengan Al-Mahdi (as)
atau Al-Raj3ah, menunjukkan kebodohan orang yang menerima pakainya dan
mendedahkan betapa lemahnya kesedaran mereka, dan ini perlu dijelaskan supaya
orang-orang yang mendengar mengetahui tahu tahap pemikiran dan pengetahuan
mereka dan tidak tertipu dengan mereka].
Ini, mungkin kerana terdapat riwayat-riwayat
mutasyabihat (kiasan) dan tampaknya secara zahir bahawa Al-Raj3ah adalah
sebahagian daripada Alam Jasmani ini, dan sebagai contoh: Syeikh Al-Shaduq
(rahimahu Allah) meriwayatkan Al-Ma'mun Al-Abbasi menyoal Imam Al-Redha (as)
dalam riwayat yang panjang, ia berkata:
(... dan Al-Ma'mun berkata:
Wahai Aba Al-Hasan, apa yang kamu katakan tentang Al-Raj3ah? Al-Redha (as)
berkata: Bahawa ia adalah benar dan telah berlaku pada umat-umat masa lalu dan
Al-Quran menyebut mengenainya dan Rasulullah (S) telah bersabda bahawa umat ini
akan melakukan segala apa yang dilakukan umat-umat masa lalu setapak demi
setapak sejari demi sejari
..) [37] .
Dan Sayed Ahmad Al-Hassan (S) telah ditanya mengenai
hadits ini: Mengenai Raj3ah manakah yang dicakapkan oleh Imam Al-Redha (as) di
sini?
Lalu dia (as) menjawab:
[Al-Raj3ah secara umumnya
sama ada ia adalah dunia yang lain seperti yang kita katakan, atau jika tidak
ia seperti yang didakwa oleh mereka yang membantah. Maka pada akhirnya ia
adalah kehidupan semula selepas mati seperti yang kamu tahu, maka oleh kerana
itu kita boleh sahkan dengan memberikan contoh kepada apa yang berlaku mengenai
kehidupan beberapa orang yang mati pada masa lalu; kerana ia adalah kejadian
yang diperakui oleh orang yang membantah untuk mengatakan Al-Raj3ah.
Al-Ma'mun adalah pembantah,
oleh itu apa yang kamu boleh gunakan sebagai hujjah terhadapnya? Bukankah
dengan apa yang diperakuinya? Al-Ma'mun adalah pembantah Al-Redha (as) dan oleh
itu Imam berhujah terhadapnya dengan apa yang mereka sendiri katakan tentang
kehidupan semula beberapa orang yang sudah mati selepas kematian mereka pada
umat masa lalu].
✡✡✡✡✡
_________________________
[33] - Al-Naml 27:83.
[34] - Tafsir Al-Qumi: Jilid 2 ms 131, Bihar Al-Anwar: Jilid 53 ms 53.
[35] - Mukhtashar Bashair Al-Darajat: ms 48
[36] - Mukhtasar basa'ir al-darajat: ms 27.
[37] - Adalah tidak mustahil bagi akal dan walaupun ia tidak diterima bagi adat
(kebiasaan), dan ia adalah jelas dari riwayat yang ia menggambarkan peristiwa
ini berlaku secara normal dan secara semula jadi dan tidak ajaib dan luar
biasa, ia digambarkan seorang lelaki dari Syiah Ali (as), dan ia adalah jelas
bahawa perkara ini tidak sesuai dalam dunia kita ini (Alam Jasmani), tetapi ia
termasuk mukjizat yang luar biasa.
[38] - 3uyun Akhbar Al-Redha (as): jilid 1 ms 218.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan