Ahad, 31 Mei 2015

Kenyataan Pada 2015 May 23



** NOTA *** terjemahan ini tidak rasmi dan mengandungi banyak kesilapan di dalamnya, dan yang disiarkan di sini kerana para ansar Insya Allah pada masa yang amat penting. Dan Insya Allah ia akan ditukar dengan terjemahan rasmi apabila ia dilakukan.

           

﴿أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ * الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيراً وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ * الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ﴾ 

Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dizalimi. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu,* (iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, * (iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. [Al-Hajj 22:39-41].

Pada suatu masa dahulu sebelum Wahabi mengambil kuasa ke atas beberapa kawasan di Iraq, mereka dikenali sebagai organisasi Da'ish (ISIS), saya telah menjelaskan bahawa ia akan berlaku

Saya telah menulis pada 16 Disember 2012, di laman yang diberkati ini:

(Pada peristiwa peperangan Siffin, pintu masuk tahanan dari Aali Muhammad ke Syria dan apa yang berlaku hari ini di Syria, saya ulangi seruan dakwah saya sekali lagi dan mengarahkannya kepada umat Islam di mana saja mereka berada terutamanya di Iraq, untuk menyertai panji-panji kebenaran Al-Mahdi untuk berhadapan dengan Al-Qaeda, pembunuh-pembunuh itu dan golongan Sufyani itu hari ini berkumpul di Syria dengan sokongan kerajaan Amerika dan tentera suruhan mereka yang menganggap Iraq langkah mereka seterusnya).

Dan selepas apa yang berlaku di Iraq banyak soalan dibangkitkan dari tentera dan pegawai ketenteraan Iraq tentang orang-orang yang beriman dengan Dakwah (seruan) Al-Mahdi, dan bertanya tentang tugas mereka, dan saya menjelaskan kepada mereka kemudiannya bahawa tugas mereka adalah untuk menentang dan mempertahankan dari mereka para penjenayah daripada menguasai tanah-tanah Iraq dan tempat-tempat suci, dan ramai pihak tentera dan pegawai-pegawai telah mati syahid dalam mempertahankan tanah air mereka dan tempat-tempat suci.

Dan pihak ansar juga mempertahankan daerah Balad dan daerah Tal Afar sebelum ia jatuh, dan di Najaf, ansar berkata kepada kerajaan tempatan bahawa mereka bersedia untuk mempertahankan Najaf dan mereka juga memberitahu saya mengenainya. Bagi Karbala, kerajaan tempatan yang memerintah Karbala menutup huseiniah (masjid) Ansar Imam Al-Mahdi seperti yang dikhabarkan orang mukmin kepada saya, dan alasan orang mukmin di Karbala adalah memberitahu mereka itu bahawa mereka (ansar) bersedia untuk mempertahankan Karbala dan berkorban untuk tujuan itu. Jadi kerajaan atau pihak tersebut yang mentadbir Karbala menutup Huseiniyah Ansar Imam Al-Mahdi di Karbala, dan malangnya inilah keadaan Iraq secara umum, di mana ia diperintah mengikut logik pihak-pihak tertentu atau sesiapa yang mengambil alih kuasa melakukannya. Jadi orang-orang yang memerintah Iraq tidak mempunyai undang-undang yang mengawal mereka atau atau bahawa mereka mengandalkan kepada undang-undang yang ketika itu mereka sendiri telah meletakkannya.
.
Bertindak semborono (secara rawak) dan berikir secara pihak-pihak tertentu itu yang menyifatkan pemerintah Iraq sama ada di peringkat pusat atau peringkat daerah sejak kemasukan Amerika sehingga hari ini, adalah salah satu daripada sebab-sebab utama di sebalik kejatuhan Tal Afar dan tempat-tempat lain di Iraq.

Di sini saya tidak mahu mengkritik sesiapa, kerana keadaan ini sangat berbahaya dan membenarkan terlalu banyak cakap-cakap, tetapi ia perlukan kita dan yang lain berkorban untuk melindungi tempat-tempat suci dan tanah Iraq dan saya sebutkan dan saya nyatakan secara ringkas atas sebab berikut:

Apa yang ingin saya katakan hari ini, dan yang ingin saya buktikan, ialah: Keadaan ini sangat berbahaya selepas banyak organisasi Wahabi (pengganas) mengambil alih Iraq dan memusnahkan Syria dan menuju ke arah Baghdad, dan masa yang tidak menyebelahi Baghdad atau Karbala atau Najaf atau yang lain; itulah sebabnya kami bersedia untuk untuk membentuk angkatan pertempuran untuk melindungi tanah Iraq dan tempat-tempat suci, jadi jika kerajaan Iraq bersedia untuk bekerjasama dengan Ansar Imam Al-Mahdi untuk mempertahankan tanah Iraq dan tempat-tempat suci, maka biarkanlah Perdana Menteri Iraq atau orang yang mewakilinya secara rasmi, atau kementerian pertahanan atau seseorang yang mewakilinya secara rasmi, atau menteri atau orang yang mewakilinya secara rasmi menghubungi pejabat rasmi di Najaf untuk menyelaras dan membentuk angkatan pertempuran dengan melengkapkan dan menyediakan mereka untuk mempertahankan tanah pedalaman Iraq dan tempat-tempat suci itu.’
               
Ya Allah saksikanlah bahawa kami menyampaikan dan kami telah mewujudkan hujah yang lengkap dan jelas.


Tiada ulasan: