Selasa, 5 Mei 2015

Kata-Kata (as) Yang Sukar Diletakkan Tajuk Yang Sesuai...

Kata-Kata (as) Yang Sukar Diletakkan Tajuk Yang Sesuai...




Barangkali berkata kepada Imam kamu dan Hujjah Allah atas makhlukNya "Tuan dan Maula ku" adalah sesuatu yang paling rendah (kecil) dalam menjaga hak-hak mencontohi mereka, semoga roh-roh kita menjadi tebusan mereka. Seseorang insan itu juga amat memberi perhatian yang tinggi ketika berbicara dengan Imamnya adalah amat penting, beginilah kefahamanku yang serba kekurangan. Tetapi pastinya yang demikian itu wajiblah terbit dari hati manusia dan rohnya, bukan menjadi kebiasaan untuk mengambil perhatian secara luaran tetapi tidak bertepatan dengan batinnya yang tidak diketahuinya melainkan Allah dan Hujjah-hujjahNya. Ya Allah aku mohon keampunan dengan hak Fatimah (as).


Bagi Abdus Soleh (a.) kata-kata yang bermakna buat mereka yang bersama-sama dengannya dalam memikul beban dakwah, ketikamana dia berkata:

Aku bukanlah layak buat seseorang memujiku dan aku tidak redha seorang pun memujiku. Kami tidak datang untuk mengasaskan kezaliman. Aku berharap kalian bercakap denganku sebagai salah seorang dari kalian, bahkan aku menganggap diriku sebagai yang serba kekurangan di sisi kalian. Anggaplah aku sebagai temanmu dan bagiku kemuliaan itu agar ansar menerimaku sebagai teman mereka.

Setelah itu saya bertanyakan beliau tentang nasihat, maka dia (as) menjawab:

Jelaskanlah kepada umat manusia jalan Islam yang sebenar, jangan tinggalkan satu jalan pun yang mungkin mereka beramal dengannya kerana di situlah letaknya kelapangan kamu. Sesungguhnya Iblis (laknahu Allah) ketika dia mengetahui pengakhirannya adalah pada hari yang dimaklumkan dan mengetahui hari tersebut adalah binaan yang mesti disempurnakan untuk dia datang pada hari yang dimaklumkan ini. Maka dia telah bekerja sejak hari pertama dia dikeluarkan daripada mentaati Allah supaya tidak disempurnakan binaan ini.

Tidakkah kamu pernah mendengar firmanNya:

﴿ثُمَّ لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ﴾

Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. [154]

Inilah musuh kalian yang tidak pernah mensia-siakan usaha untuk menyesatkan umat manusia, maka bagaimana pula kita harus mensia-siakan usaha untuk menunjukkan hidayah buat mereka?!

Adakah kamu mendengar apa yang dikatakan oleh Iblis (laknahu Allah) bahawa dia akan mendatangi dari setiap penjuru untuk menyesatkan umat manusia? Sekiranya dia tidak dapat memanfaatkan apa yang ada di antara tangan-tangan mereka, maka dia tidak akan berpatah balik dan tidak akan sekali-kali menerima kekalahan dalam pertempuran. Bahkan dia akan mencuba sekali lagi dari belakang mereka dan sekiranya dia tidak dapat menyesatkan mereka juga, dia tidak akan sesekali berpatah balik dan menerima kekalahan peperangan itu. Bahkan dia akan mendatangi mereka dari kanan mereka pula. Beginilah musuh kalian yang bersama dengan kebatilan dan mempertahankan kebatilan, tetapi dia tetap bertempur dengan ganas untuk menyesatkan umat manusia dan menghalang mereka dari berjalan kepada Allah, kerana dia mengetahui bahawa ini akan menghalang kesempurnaan binaan dan menangguhkan hari yang ditetapkan, yang menjadi pengakhirannya.

Maka saya bertanya: Adakah tuan dan mereka yang bersama tuan berkeadaan baik? Maka (as) menjawab:

Al-Hamdu Lillah dalam segala hal, kebaikan bersamaku keseluruhannya, pada Allah Subhanahu wa Taala, aku bermohon kepadaNya supaya aku bersamaNya sepertimana Dia bersama denganku, maka aku menerima ihsanNya dengan penuh kesyukuran dan aku tidak menjadi dari kalangan orang-orang yang rugi.

Lalu aku berkata: Adakah saya berhak bertanya tentang keadaan saya atau sesungguhnya saya telah mengambil waktumu, wahai cahaya mataku?

Maka dia (as) menjawab:

Aku adalah khadam tetapi aku suka untuk berkata: Sesungguhnya Amirul Mukminin Ali (as) yang Abdus Soleh telah bercakap dengannya, berkata "Kamu telah mendahului dengan pendahuluan yang jauh dan meletihkan orang yang datang selepas kamu" [155]. Sekiranya Ali yang semoga rohku menjadi tebusannya, bertanyakan Rasulullah berkenaan pengakhiran dirinya samada selamat pada hari pembalasan, maka siapakah kita dan bagaimanakah pula keadaan kita?!

Aku menggigit jari kekesalan atas apa yang telah dicuaikan pada sisi Allah dan merasa yakin atas kekesalannya, aku mengatakan lebih-lebih lagi buat anak-anak Adam supaya sentiasa menggigit jari kekesalan selama-lamanya ketikamana mengetahui bahawa pada hari kiamat nanti tidak akan ada seorang pun yang mampu sujud sehinggalah Muhammad (S) bersujud dan memuji Allah.

Apakah yang menghalang kita dari sujud sehingga Muhammad (S) bersujud dan memuji Allah, jika bukan kerana kita adalah orang-orang yang kekurangan, bersalah, berbuat dosa dan melihat kepada diri kita sendiri? Adakah kesalahan-kesalahan ini melayakkan kecintaan (Dia) Subhanahu wa Taala terhadap kita?! Adakah dengan berpalingnya kita daripadaNya, keingkaran terhadapNya dan penumpuan kita terhadap diri sendiri melayakkan kita dibalas dengan ihsan dan kurniaanNya?!




✡✡✡✡✡


_________________
[154] - Al A3raaf 7:17
[155] Bihar Al Anwar, jilid 97, halaman 323


Tiada ulasan: