1) Al-Raj3ah
Hari Dari Hari-hari Allah:
Inilah yang dijelaskan Syed Ahmad Al-Hassan (as),
seperti katanya dalam mentafsirkan firman-Nya SWT:
﴿إِنَّهَا لَإِحْدَى الْكُبَرِ﴾
Sesungguhnya ia adalah salah
satu yang amat besar? [Al-Muddtsir 74:35] [24]
dengan
yang berikut:
[Ia
adalah hari Kiamat Kecil. Iaitu tiga Kejutan (Waqi3ah) Iliahiyah yang Besar:
Hari Kiamat Kecil, Al-Raj3ah dan hari Kiamat Besar.] [25] .
Beliau juga mengatakan: [.. hari-hari Allah dekat di
sisi Allah dan kepada Auliak Allah, dan jauh dari orang-orang kafir
﴿إِنَّهُمْ يَرَوْنَهُ بَعِيدًا* وَنَرَاهُ قَرِيبًا﴾
Sesungguhnya mereka
memandangnya itu jauh. * Sedangkan Kami memandangnya dekat. [Al-Ma3arij
70:6-7],
Dan ini adalah apa yang telah diriwayatkan dari Aali
Muhammad (as):
Dari
Matsna Al-Hanaath, dari Ja'far bin Muhammad, dari bapanya (as), beliau berkata:
(Hari-hari Allah Azza Wa Jalla ada 3 hari: hari bangkit Al-Qaim, hari Kejutan
(Al-Karrah), dan hari kiamat) [27] .
Dan dari soalan: adakah bermanfaat riwayat yang dalam
mengkhususkan Al-Raj3ah (Al-Karrah) alam aras tinggi?
Beliau
(as) menjawab: [Ya, ia adalah jelas bahawa mereka telah menerangkan setiap
peristiwa dalam satu hari iaitu dalam tempoh masa dan alam yang berbeza, hari
Al-Qaim ini diketahui berada dalam kehidupan Jasmani yang kita hidup di
dalamnya dan ia adalah asasnya, dan hari kiamat dikenali sebagai alam akhirat
bukan alam Jasmani, tinggal hari Al-Raj3ah, sudah pasti ia adalah alam lain
atau jika tidak, ia tidak akan berarti menjadi sebagai suatu hari iaitu waktu
yang bebas berbanding kehidupan jasmani dan kiamat, dan bukanlah salah satu
dari keduanya].
Al-Raj3ah
khususnya adalah hari yang lain selepas kematian dan sebelum kiamat yang juga
disahkan riwayat yang lain, dan ini adalah satu contoh untuknya:
Dari Muhammad bin Salam dari Abi Ja'far (as) dalam
firman Allah:
﴿قَالُوا رَبَّنَا أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ
وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلْ إِلَىٰ خُرُوجٍ
مِّن سَبِيلٍ﴾
((Mereka menjawab: "Ya
Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua
kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi
kami) untuk keluar?")) [28],
dia berkata: (ini adalah
khusus untuk orang-orang dalam Al-Raj3ah selepas mati, dan menuju ke hari
kiamat, maka jauh bagi orang yang melakukan kezaliman) [29] .
Dari Hamad, dari Abi Abdillah (as), beliau
berkata: (Apa yang orang katakan
tentang ayat ini:
﴿وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ
فَوْجًا﴾
((Dan pada hari Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segerombolan
besar)) [30], saya berkata: mereka mengatakan ia adalah hari Kiamat.
Beliau berkata:. Ia bukan sebagaimana yang mereka katakan, Bahawa ia adalah Al-Raj3ah,
Allah akan mengumpulkan pada hari Kiamat dari tiap-tiap umat segerombolan besar
dan meninggalkan yang lain?! Adapun ayat hari Kiamat:
﴿وَيَوْمَ نُسَيِّرُ الْجِبَالَ وَتَرَى الْأَرْضَ
بَارِزَةً وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا﴾
((Dan (ingatlah) akan hari
Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan dapat melihat bumi itu datar dan
Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak kami tinggalkan seorangpun dari
mereka.)) [31] ...) [32].
✡✡✡✡✡
__________________________
[24] - Al-Mudathir 74:35.
[25] - Al-Mutasyabihat: Jilid 4 Soalan. 144.
[26] - Jawab al-Munir: Jilid 2 Soalan 59.
[27] - Ma'ani al-akhbar lil-Syeikh al-sadooq: ms 366.
[28] - Ghafir 40:11.
[29] - Mukhtasar basa’ir al-darajat: pg 194-195.
[30] - Al-Naml 27:83.
[31] - Al-Kahfi 18:47.
[32] - Mukhtashar Bashair Al-Darajat: ms 41-42.
[29] - Mukhtasar basa’ir al-darajat: pg 194-195.
[30] - Al-Naml 27:83.
[31] - Al-Kahfi 18:47.
[32] - Mukhtashar Bashair Al-Darajat: ms 41-42.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan