Ahad, 3 Mei 2015

Bagaimana Auliak [Allah] memaksa diri mereka kepada apa yang dikehendakiNya Allah?

Bagaimana Auliak [Allah] memaksa diri mereka kepada apa yang dikehendakiNya Allah?



Satu hari saya bertanya Abdus Soleh (as), dan saya berkata: Bagaimana Auliak [Allah] memaksa diri mereka mentaati kepada apa yang diredhaii Allah sahaja?

Jadi dia (as) menjawab:

(Dengan Allah.

﴿وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾

 {"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."} [137]

Jika kamu meminta, apa yang diminta Al-Hussein (as):
"ماذا فقد من وجدك"
"Dan dia yang tidak menemui (mengenali) Engkau, apa yang dia dapatkan?" Permintaan yang berkaitan dengan-Nya SWT sepanjang masa, kerana jika seseorang mencintai sesuatu, penglihatannya akan lemah. Jika kamu dapat berhubung dengan-Nya dan mencintai-Nya sepanjang masa kamu tidak akan melihat selain dariNya, dan kamu tidak akan kenal selain dariNya, sebaliknya, kamu akan melihat Dia dalam segala-galanya, dan kamu akan melihat segala-galanya dengan Dia SWT. "Dia yang tidak menemui (mengenali) Engkau, apa yang dia dapati. Dan yang telah mendapat Engkau, Apa yang dia tidak temui (kenali)"

Ya, orang yang telah menemui Allah, dan orang yang telah mengenal Allah, tidak kurang apa-apa, dan tidak pernah kehilangan apa-apa, kerana dia telah mengetahui bahawa Allah adalah segala-galanya. Dan orang yang telah kehilangan Allah, dan orang yang benar-benar jahil tentang Allah, tidak dapat apa-apa, dan hilang segala-galanya, jadi tidak akan berhenti (berakhir) kemiskinannya; [walaupun] diisi seluruh alam rendah (Al-Kurah Al-Ardhiah) dan apa yang ada di dalamnya, kerana dia telah menjadi kemiskinan itu sendiri.

Dan kamu dapati bahawa setiap insan, sesuai (mengikut) kejahilannya pada Allah, dia dapat merasakan kadar yang sama kemiskinannya dan tetap kekurangan, yang mana dia tidak dapat mengakhirinya - mengikut kejahilannya pada Allah – sama dengan bahan benda, yang pada hakikatnya adalah seperti air garam; yang akan bertambah rasa dahaga orang-orang yang meminumnya dan tidak akan hilang dahaganya selamanya.

Kekayaan hanya pada Allah, dari Allah, dan sesiapa yang berpaling dari Allah, tidak akan dapat kekayaan yang hakiki dan akan kekal mengejar bayang-bayang (fatamorgana), sehingga dia musnah di tengah-tengah padang pasir.

Makrifah adalah segala-galanya, kerana itu Muhammad (S) bersabda kepada Ali (as): "Wahai Ali sesungguhnya satu jam berfikir adalah lebih baik daripada beribadah seribu tahun")

Lalu saya berkata: Saya meminta apa yang boleh mengangkat (menghilangkan) kelemahan saya walaupun saya jahil. Semoga Allah memelihara tuan dan menolong tuan dan membantu atas orang-orang yang seperti saya. Jika batu melihat kata-kata tuan ia akan menjadi lunak dan mengerti, tetapi tidak ada daya dan tidak upaya melainkan dengan Allah.

Jadi dia (as) berkata:

(Kamu, insya Allah, adalah lebih baik daripada saya. Sebaliknya, saya memohon kepada Allah untuk merahmati saya oleh pilihan kamu di sisi-Nya, kerana kamu telah menyokong kebenaran, mendengar kata-kata Allah, kamu taat kepada Allah dan beramal dengan apa yang diperintahkan Allah SWT kepadamu. Tetapi saya, telah dikehendaki Allah dan menjadikan saya jalan agar Dia menyampaikan kepada kamu risalah-Nya, dan saya tidak melihat diri saya lebih baik daripada yang lebih suci yang taat kepada Allah dan membenarkan kata-kata-Nya. Semoga Allah memberikan kamu semua kejayaan dan semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan)




✡✡✡✡✡


___________________

[137] - Yusuf 12:53

Tiada ulasan: