Seruan (dakwah) Al-Yamani (as) dan Wakil-wakil
Saluran Semasa
Khamis Apr 23, 2015 13:54
Seruan
(dakwah) dan panji-panji Al-Yamani (as) dan wakil saluran semasa
Pada tahun 1999 seruan (dakwah) Ahmad Al-Hasan Al-Yamani
(as) bermula di Najaf, Iraq. Seruan (dakwah) berkembang dengan kesabaran dan
kerja keras mereka yang awal beriman dalam menyebarkan pengetahuan dan pembuktian
kebenaran Ahmad Al-Hasan (as) supaya manusia dapat masuk (ikut) agama sebenar
dan menyokong Imam Zaman.
Mereka pengikut yang menghadapi banyak
penganiayaan dari pengikut para ulamak Hauzah Syiah, termasuk dipenjara, diseksa
dan dijatuhkan hukuman mati secara tidak adil kerana iman mereka. Para sahabat terdekat
Al-Yamani yang menyokongnya melalui semua kesukaran ini dan ia berterusan dalam
menyebarkan risalah kepada dunia dengan memberikan dakwah, menulis buku dan
menyediakan laman web dan bilik-bilik bual bicara (chatrooms) khusus untuk seruan
(dakwah).
Ahmad Al-Hasan (as) telah berkali-kali menyanjung
dan memuji kerja keras sahabat-sahabat rapat ini yang sangat tekun dan setia.
Selepas tindakan keras pihak berkuasa yang setia kepada ulama Syiah
memerintahkan penangkapan Al-Yamani (as), beliau tidak lagi ditemui di khalayak
ramai seperti yang dilaluinya, sama seperti apa yang telah berlaku dengan seruan
(dakwah) Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebelumnya sehingga Tuhan mengizinkan kebatilan
dikalahkan dan kebenaran dimenenagkan.
Dengan itu dia hanya tetap berhubung dengan pengikut-pengikut
melalui sahabat yang paling rapat dan paling dipercayai. Sahabat-sahabat ini mempunyai
iman yang teguh yang tidak membenarkan sebarang kesilapan dalam kerja-kerja
mereka dalam menghantar perhubungan terus daripada Imam (as) melalui laman web
rasmi. Ahmad Al-Hasan (as) juga mempunyai halaman Facebook di mana beliau
secara peribadi menulis nasihat dan maklumat terbaru kepada pengikutnya.
Selain itu Ahmad Al-Hasan (as) telah mengadakan
pejabat pengurusan di Najaf, yang secara rasmi mewakili beliau dan diketuai
oleh sahabat yang terpercaya di bawah seliaannya. Ini semua adalah saluran
rasmi dakwah dan risalah yang diurus seliai daripada Ahmad Al-Hasan (as).
Sesiapa yang menuduh sahabat-sahabat terpercaya ini yang ditugaskan dan diselia
oleh Ahmad Al-Hasan (as), telah benar-benar menolak dan tidak beriman dengan Al-Yamani
(as) kerana mereka mengingkari kata-kata dan tindakannya (as) yang melantik wakil-wakil
ini dan telah menolak kebenaran orang-orang yang bekerja keras.
Jika sesiapa mempunyai apa-apa masalah dan
kritikan mereka hendaklah menyatakannya agar pejabat atau wakil-wakil lain
boleh membuat perbaikan (memperbetulkannya). Tetapi yang sebenarnya mereka sama
sekali tidak menemukan kesalahan dan hanya membuat tuduhan-tuduhan yang tidak
berasas. Oleh itu, saya memohon kepada Allah SWT memberi kegagalan kepada
sesiapa yang memulakan sisihan (serpihan) panji hitam dan mereka yang
bertungkus-lumus menyebarkan kesesatan kerana kebencian dan iri hati terhadap sahabat-sahabat
setia ini yang tidak menunjukkan sebarang kesilapan dalam tugas-tugas mereka.
Adapun orang-orang yang mengikuti kerana kekeliruan semoga Allah SWT menunjukkan
kesesatan mereka supaya mereka boleh bertaubat dan meninggalkannya.
Akhir sekali saya tidak bersetuju sama sekali
menamakan dan memalukan orang lain. Ya, ia adalah cadangan yang baik supaya meyenaraikan
nama-nama pengikut panji hitam supaya kita tahu dengan siapa kita
berurusan, tetapi memalukan mereka tidak membantu apa-apa, terutamanya jika
mereka tidak benar-benar menyebarkannya tetapi tetapi hanya keliru dan cuba
memahami hujah-hujah. Sebaliknya kita perlu meyenaraikan dan
"menunjukkan" kepada mereka yang menyebarkan dan yang enggan
mendengar keterangan-keterangan (bukti), tetapi tinggalkan mereka yang tidak menyebarkan
sisihan (serpihan) secara umum terutamanya jika mereka telah bertaubat - tiada
siapa perlu mengejar (menghalau) orang-orang yang bertaubat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan