Selasa, 19 Mei 2015

Cara Berbai3ah





Cara Berbai3ah


Cara-cara untuk berbai'ah kepada Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (as).

Ianya cukup dengan lafaz sekadar di dalam hati dengan mengucapkan kalimah:


.1.       اَشْهَدُ أن لا اله إلا الله
Asyhadu An La Ilaha Ilallah
Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah

2.       اَشْهَدُ اَنّ مُحَمّدًا الرّسولُ الله
Asyhadu Anna Muhammada r-Rasulullah
Aku bersaksi bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah

3.       اَشْهَدُ اَنّ عَليّا وّ الْاَئِمَةٍ مّنْ وُلْدِهِ حُجَجُ الله
Asyhadu Anna 3aliyyan Wal Aimmata Min Wuldihi Hujajullah
Aku bersaksi bahawa Ali dan para Imam dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah

4.       اَشْهَدُ اَنّ الْمَهْدی وَ الْمَهْديّينَ مِنْ وُلْدِهِ حُجَجُ الله
Asyhadu Anna Al Mahdi Wal Mahdiyyin Min Wuldihi Hujajullah
Aku bersaksi bahawa Al Mahdi dan Mahdi-Mahdi dari anak-anaknya adalah Hujjah Allah

Kemudian Mandi (Ghusl) Taubat dengan niat

نًوَيْتُ غَسْلِ التَّوْبَةَ قُرْبَةَ إِلَى الله
"Nawaitu Ghusl At Taubah Qurbatan Ilallah."
Aku berniat mandi Taubat untuk mendekatkan diri kepada Allah

Cara-cara Ghusl Taubah adalah sama sepertimana Ghusl Al-Janabah (mandi wajib selepas junub)


Kemudian sujud syukur kepada Allah SWT. Cukup sekadar membaca

الحمد لله "Al-Hamdu Lillah" atau

شُكْرًا  لله "Syukran Lillah"

sebanyak 3 kali semasa sujud


Sekian.

Contoh selawat

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا

Allahumm shalli 3ala Muhammad Wa Aali Muhammad Al-Aimmah Wal-Mahdiyin Wa Sallim Tasliiman Katsira
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

اَللّهُمَّ كُنْ لِوَلِيِّكَ الْحُجَّةِ بْنِ الْحَسَنِ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلى آبائِهِ و ولدهی احمد الحسن في هذِهِ السّاعَةِ وَفي كُلِّ ساعَةٍ وَلِيّاً ‏وَحافِظاً وَقائِداً وَناصِراً وَدَليلاً وَعَيْناً حَتّى تُسْكِنَهُ أَرْضَكَ طَوْعاً وَتُمَتِّعَهُ فيها طَويلاً

Ya Allah jadikanlah bagi Waliy Mu Al-Hujjah bin Al-Hassan selawat Mu ke atasnya dan ke atas bapa-bapanya dan anak-anaknya Ahmad Al-Hassan pada saat ini dan pada setiap saat dan sebagai Waliy, penjaga, ketua, penolong, penunjuk dan pembantu sehingga Engkau tempatkannya di bumi Mu secara sukarela dan kenikmatan yang berpanjangan di dalamnya.




Ansar Allah dan Bai3ah

Jadilah Kamu Ansar Allah

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ  ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ *يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ *وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّـهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ *يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّـهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّـهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّـهِ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? * (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. * Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keuntungan yang besar. * Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. * Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu ansar Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah ansar Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. [Al-Shaaf 61:14] 


Bai3atu Lillah – للَّـهُ البيعة

﴿لَّقَدْ رَضِيَ اللَّـهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا﴾

Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berbai’ah (berjanji setia) kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan pembukaan (kemenangan) yang dekat (waktunya). [Al-Fath 48:18] 

﴿إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّـهَ يَدُ اللَّـهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚفَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّـهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا﴾

Sesungguhnya orang-orang yang membai’ah kamu, mereka hanyasanya membai’ah Allah; Tangan Allah atas tangan mereka. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakannya maka bahaya tidak menyempurnakannya hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka akan diberi kepadanya pahala yang besar. [Al-Fath 48:10]


Mukminah Yang Berbai3ah

﴿يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَىٰ أَن لَّا يُشْرِكْنَ بِاللَّـهِ شَيْئًا وَلَا يَسْرِقْنَ وَلَا يَزْنِينَ وَلَا يَقْتُلْنَ أَوْلَادَهُنَّ وَلَا يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلَا يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ ۙفَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang untuk mem-bai’ah-mu, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah bai'ah mereka dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Mumtahinnah 60:12] 


Allah Membeli Dari Orang-Orang Mukmin

﴿إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚيُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ﴾


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar. (At Taubah 9:111)




Tiada ulasan: