Bagaimana Allah Menjadikan Hujahnya Ibrahim
(as) Dikenali..
Saya mengadu kepada Abdus Soleh (as) atas
keberanian orang-orang yang menentang pada para Hujaj Allah, dan pada Qa'im
Keluarga Muhammad (as) secara khusus, jadi saya berkata: Adapun orang-orang
yang menentang, mereka telah banyak merendah-rendahkan tuan [dengan cara yang
tidak baik]. Semoga Allah menjadikan kita perisai untuk tuan dengan hak Fatimah
(as).
Jadi dia (as) menjawab:
(Mereka sangat berani malah tidak takut kepada
Allah, pada hal mereka hidup di atas Bumi-Nya, dan Dialah yang memegang ruang
yang mengelilinginya, Dia boleh mengirim padanya sesuatu yang akan membinasakan
mereka dalam sekelip mata.
Allah SWT tidak memerintah Ibrahim (as) meskipun
untuk memperkenalkan dirinya kepada orang-orang yang diserunya lebih daripada
dia sebagai penyeru kebenaran,
﴿وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ
رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ﴾
{[Kami diperintahkan Ibrahim], "Dan serulah
kepada manusia untuk berhaji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan
berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru
yang jauh,} [124]
Hanya seru kepada mereka, untuk mengenali
kamu dan bahawa (nanti) kamu akan binasa, Ini sepatutnya yang mereka usahakan
dan tidak perlu apa-apa dalil untuk menunjukkan mereka kepadanya; kerana kamu adalah
Rasul Tuhan mereka, yang menciptakan mereka, Patutkah seorang manusia membuang Tuhannya
yang telah menciptakannya dan tidak boleh menghubungi-Nya dan bertanya kepada-Nya?!
Masalah mereka adalah bahawa mereka telah
membuang Tuhan mereka yang menciptakan mereka, dan kemudian mereka mahu
Rasul-rasul Allah, supaya memaksa (menarik) mereka beriman, dengan kuasa luar
biasa yang dizahirkannya supaya mendapati keunggulan Para Rasul, dan kelemahan dan
ketidakupayaan mereka untuk menghadapi mereka.
Jadi di manakah kedudukan iman seperti
ini?! Dan di manakah Tuhan mereka yang telah berfirman tentang diri-Nya SWT bahawa
Dia lebih dekat daripada urat lehernya? Ya, mereka telah hilang (buang) hubungan
mereka kepada Tuhan mereka, kemudian mereka tidak dihukum, tetapi diutus kepada
mereka sesuatu yang dapat memberi bimbingan melalui keterangan-keterangan
(Al-Ayaat). Bagaimana berani mereka terhadap Allah!!
Demi Allah, saya merasa malu pada Tuhan
apa yang dimiliki oleh orang-orang seperti mereka, dan mereka menghadapi Allah SWT
dengan kesombongan dan kekejian yang tiada bandingnya, walaupun semua yang ada di
dalamnya adalah kejahatan dan kezaliman.
Bilakah manusia akan merasa malu dari
menghadap Kemuliaan TuhanNya dengan keburukan, kejahatan dan penipuan? Dan Dia
berkata-kata dengan keluhan tentang mereka seolah-olah Dia memerlukan mereka
walaupun segala kekejian mereka dalam menghadapi-Nya dan Dia adalah Pencipta mereka
﴿يَا حَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِ
مَا يَأْتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلاَّ كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِؤُون﴾
{Alangkah besarnya penyesalan terhadap
hamba-hamba itu, tiada datang seorang rasulpun kepada mereka melainkan mereka
selalu memperolok-olokkannya.!} [125]
✡✡✡✡✡
___________________
[124] - Al-Hajj 22:27
[125] - Yasin 36:30
Tiada ulasan:
Catat Ulasan