Menguji Hujjah Allah Dengan Yang Lain
Dari Dalil-Dalil
Yamani Aali Muhammad, Al-Syed Ahmad Al-Hassan
(as) berkata, dia telah menerangkan keadaannya di dalam menyampaikan riwayat Bapa-bapanya
Al-Thahirin:
(Demi Allah! Rasulullah (S) dan bapa-bapaku
para Imam (as) tidak meninggalkan sesuatu pada urusanku kecuali penjelasan mereka,
kerana mereka telah menerangkan sifatku dengan tepat, mereka telah memberi nama
padaku dan menerangkan kediamanku. Tidak ada lagi yang tertinggal mengenaiku,
tiada keraguan mengenai keadaanku, selepas penjelasan ini. Dan urusanku adalah
lebih jelas dari matahari di tengah hari. Dan sesungguhnya aku yang pertama dari
Mahdi-mahdi dan Al-Yamani yang dijanjikan) [122]
Dan dia telah datang - Semoga Rohku menjadi
tebusannya - seperti mana mereka, (shalawatu Allah 3laihim Ajma3in), telah
jelaskan. Dan di hadapan sekumpulan tanda-tanda dan keterangan-keterangannya
yang datang sebagai hujjahnya. Ia memberitahu kita dengan membawa dalil-dalil
dakwah yang diberkati ini, yang ditulis oleh Abdus Soleh (as) dengan tangannya
yang mulia atau dari usaha gigih ansar kanan beliau yang telah menulis puluhan
buku dan penyelidikan yang menerangkan kebenaran; untuk memberitahu kita apa
yang dia dapati dengan menghuraikannya, apakah tindakan untuk mencapai keterangannya
yang mulia yang dinyatakannya.
Dan sememangnya sesiapa mendakwa bergabung
dengan mereka – shalawatu Rabbi 3alaihim - akan bertambah keyakinannya, untuk sesiapa yang mengikuti seorang darinya
akan mencintainya, dan jika dia mencintainya maka ia harus mengikuti apa yang dikatakannya.
Jika tidak, tiada yang kekal mengikutinya sama seperti hanya mengikut pada nama
sahaja, dan itu tidak mengenyangkan dan tidak menghilang kelaparannya seperti
yang telah diterangkan.
Sekarang apakah yang akan dikatakan oleh orang
yang mendakwa mengikuti (Syi’ah) Aali Muhammad (as) selepas datangnya Ahmad
Al-Hassan seperti yang mereka katakan? Adakah mereka tidak diwajibkan untuk
taat dan beriman kepadanya selepas Aali Muhammad (as) mengesahkan beliau, bahkan,
mereka telah menjelaskan segala apa yang berkaitan dengan urusannya sebelum
ketibaannya beratus-ratus tahun dahulu. Dan dia betul-betul telah datang seperti
yang mereka telah jelaskan!!
Ya. Ia sememangnya wajib. Tetapi kenyataannya
hari ini adalah sebaliknya, hanya sedikit yang beriman kepadanya, ia seperti
garam dalam makanan atau Kuhl (celak) di mata, atau jarang-jarang berlaku malah
kadang-kdang berlaku (beriman), seperti yang dijelaskan Al-Thaharun (Keluarga
Suci). Dan Allah telah mengesahkan kata-kata Al-Thahirin (as) ketika
orang-orang yang mendakwa mempunyai pengetahuan dari kalangan alim ulama
(fuqaha’) akhir zaman dan pengikut-pengikut mereka yang mendustakannya tanpa
apa-apa dalil dan menuduh dan mengejek (menghina) beliau, bahkan menyerang dengan
mengeluarkan fatwa untuk membunuh beliau dan ansar (penyokong) beliau, sama
seperti nenek moyang mereka, yang menentang para khalifah Allah. Bahkan lagi,
[ulama] mula mencadangkan cara-cara yang dikenal pasti untuk menentang seruan
kebenaran itu, dan dengan itu mereka juga mengingatkan kita kepada kebiasaan (sunnah)
orang-orang sebelum mereka.
Ada di antara mereka ingin mengenal Al-Qa'im dengan
Ilmu Ushul, dan kedua pindah ke warna janggut, sama ada hitam atau putih, dan
ketiga pula menyembunyikan sesuatu di dalam hatinya yang hitam. Dan yang
keempat dan yang kelima, ...begitu dan begini sudah tentu, ini adalah perkataan
fuqaha’ dan ulama’ mereka, dan saya tidak bercakap tentang pengikut mereka yang
jahil. Saya tidak mengerti! Mengapa mereka ingin mengenal Al-Qa'im dengan
perkara-perkara seperti itu, pada hal ada puluhan, bahkan beratus-ratus riwayat
yang telah diriwayatkan mengenai Al-Qa'im dan cara untuk mengenalinya dan
tanda-tanda kezuhurannya dan ... dan ... dan ... yang berkaitan dengannya. Bukankah
semua ini perlu mereka pertimbangkan jika mereka ingin mengenalinya sesuai
dengan apa yang mereka cadangkan?!
Walau apa pun, perkara ini tidak diselidik
secara khusus untuk menjelaskan keadaan para ulama
jahat dan dan betapa besar kejahatan mereka ke
atas keluarga Muhammad (as) pada hari ini, tetapi ia adalah untuk menjelaskan
kata-kata da3i (pendakwah) Allah yang diikat dengan dalil-dalil kebenaran. Oleh
itu, saya akan menyebut soalan mengenainya dan akan dijawab oleh beliau (Abdus
Soleh (as)). Dan saya memohon maaf kepada Allah dan kepada Muhammad dan
keluarganya dan dia semoga roh saya menjadi tebusan bagi apa yang saya lakukan.
Dan saya meminta daripada saudara-saudara yang mulia untuk melihat dan
memahami, bagi orang mukmin itu tidak akan dipatuk dari lubang yang sama dua
kali.
Pada suatu hari saya bertanya Abdus Soleh (as),
dan saya katakan: Terdapai satu maklumat dari satu kumpulan di salah sebuah
tempat, salah seorang saudara-saudara kita (ansar) menemui beliau dan
mencadangkan perkara ini (Al-Yamani) kepadanya, tetapi dia berkeras [dan
berkata dia akan percaya jika] "Sahabat kamu (Al-Yamani) menjawab dua
soalan yang tidak diketahui jawapannya melainkan Allah". Dan saya
memohon maaf, dari tuan, kerana menyampaikannya.
Jadi dia (as) menjawab:
(Ada banyak dalil-dalil yang mencukupi.
Saya tidak mempunyai apa-apa lagi untuk mereka dan tiada barkah dan tiada
karamah. Sesiapa yang mahu beriman, dan dia berdosa maka beristigfarlah mudah-mudahan
Allah menerimanya.
Saya meminta dari anda untuk mengendalikan
tanggungjawab apabila menyampaikan (dakwah). Maksud saya, saya tidak faham mengapa
begini! Adakah anda orang-orang yang beriman! Adakah anda memahami iman? Adakah
anda tahu tentang apa yang anda sampaikan? Adakah anda tahu tentang sesuatu yang
anda sampaikan? Bukankah ini sepatut berakhir, sekurang-kurangnya dari anda?
Adakah mungkin sehingga hari ini saya diminta untuk memberikan satu ayat untuk
setiap individu, dan daripada anda atau anda adalah orang-orang yang
menyampaikannya kepada saya?!
Maknanya, jika perkara itu adalah seperti
permintaan orang-orang jahil - dan ia minta supaya didatangkan kepada mereka
mukjizat bagi setiap seorang untuk menarik (memaksanya) beriman – Kalau begitu
sekurang-kurangnya saya [patut] pergi dan menarik Presiden China atau Presiden Amerika,
mengapa saya akan menarik orang-orang jahil ini? Adakan kerana lima atau enam orang
yang mengikutinya seperti yang didakwa? Mengapa sehingga saya perlu memaksa pemimpin
negara dan pemerintah mereka dan mereka adalah negara-negara yang kurang maju
dari segi fizikal?
Saya minta dari anda, bahawa mulai hari
ini, anda perlu tegas dengan mereka - saya maksudkan ansar - ansar yang telah sampaikan
perkara ini kepada anda. Jika anda diberi kesempatan untuk kembali untuk
meminta jadi mintalah, maka anda perlu membuat mereka tahu apa yang dimaksudkan
dengan permintaan ini. Apakah faedah semua yang saya kata dan tuliskan jika
anda akan datang dan menyampaikan perkara ini kepada saya?
Subhana Allah! (Maha Suci Allah) Saya
akan ceritakan pada anda suatu mimpi (rukya) yang saya lihat dua hari lepas,
dan ia adalah berkaitan dengan apa yang telah disampaikan kepada saya beberapa
ketika yang lalu. Saya melihat diri saya di suatu tempat, saya dalam kesakitan,
dan saya menjerit “3ammah!" (Mak Cik) dan saya mengulanginya dengan suara
yang kuat, dan ia seolah-olah saya memanggil Al-Saidah Zainab (as), ibu musibah-musibah
(Umm Al-Mashaib), maka saya mengadu kepadanya. Kemudian saya mula menjerit:
"3ammah Zainab!" dan saya mengulanginya beberapa kali. Sehingga saya
sampai ke makam yang sangat besar, maka saya meletakkan pipi saya pada makam
sambil mengadu kepadanya dan menangis. Saya berkata kepadanya: Ya 3ammah! Puan disyaki
Wahai ibu musibah-musibah (Umm Al-Mashaib), tetapi apa yang berlaku dengan saya
membuatkan saya datang kepadamu supaya boleh mengadu kepada Puan. Lalu saya
melihat selepas semua ini, ia berakhir dan hasilnya kemudian dilapangkan Allah.)
Lalu aku berkata: Ampunkanlah saya dengan hak 3ammah
Tuan yang disucikan (Al-Thahirah), semoga Allah menolong tuan dan melapangkan
tuan, maka matilah saya - dan tuan lebih
mengetahui – betapa hinanya saya daripada menjadi sebab untuk kesakitan tuan.
Jadi dia (a.s) berkata:
(Tidak, tidak sama sekali, saya khadam
kamu, Allah bersaksi bahawa saya kasihkan kamu. Ia hanyalah kehendak Allah ia
adalah perkara-perkara yang berjalan dalam laluannya [sendiri]. Saya memohon
maaf kepada kamu jika saya menyebabkan kamu pedih atau pilu hati.
Saya memohon kepada Allah supaya Dia
memberikan kamu kejayaan dan meneguhkan kamu dan menolong kamu. Dan ketahuilah
bahawa menyeleweng dari kebenaran bermula dengan hanya satu langkah, mungkin
orang yang mengambil langkah ini mendapat alasan yang dia akan menggunakannya di
hadapan prinsip, akhlak dan agama Ilahi, tetapi pada akhirnya dia akan
mendapati dirinya dipisahkan dari Agama dan dipisahkan dari Al-Hussein (as),
dan tiada apa yang diambil (dipegang) daripada Al-Hussein (as) melainkan yang zahit
(lahir). Allah telah memberitahukan orang yang telah mengambil langkah ini, dan
anda telah melihat di mana mereka telah sampai hari ini. Para nabi dan aushiak
tidak pernah melalui satu hari yang selesa di dunia ini kerana mereka adalah
pencari (yang mengejar) akhirat. Bagi orang-orang yang mencari satu hari yang selesa
atau bahawa mereka mengharapkan satu hari yang selesa pada yang tidak datang
dari hari-hari mereka, maka mereka telah tersalah; kerana dengan yang demikian mereka
mengejar dunia dan mengharapkan dunia. Apakah kamu tidak mendengar perkataan Amir
Al-Mukminin dan guru kepada orang-orang yang beriman (as), beliau pernah
berkata:.
(Aku telah dizalimi sejak hari aku
dilahirkan. Apabila 3aqil mendapat sakit mata, dia akan berkata: "jangan
sapu ubat [di mata ku] sehingga kamu sapu pada [mata] Ali") [123].
Ini berlaku ketika dia masih kecil, dan
anda telah mendengar apa keadaannya ketika dia tua)
✡✡✡✡✡
______________________________
[122] Kitab
Al-Mutasyabihat Jilid 4 Soalan 144, yang berkaitan dengan riwayat Al-Yamani.
[123] Bihar Al-Anwar: Jilid 27 halaman 62
Tiada ulasan:
Catat Ulasan