Rabu, 29 April 2015

Amalan dalam Alam Al-Zhar

Amalan dalam Alam Al-Zhar





Tidak ada keraguan mengenai kewujudan Alam Al-Zhar [106], dengan bukti-bukti ayat-ayat Kitab Al-Quran dan riwayat-riwayat dari Al-Thahirin (as) [107].
                                         

Saya bertanya kepada Abdus Soleh (as) mengenai Alam Al-Zhar dan ujian yang berlaku di dalamnya, jadi saya berkata: Telah diketahui bahawa Alam Al-Zhar adalah Alam ujian pertama bagi Bani Adam. Tetapi adakah hamba-hamba menyahut ketika diambil kesaksian: 

﴿أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ﴾
"Bukankah Aku ini Tuhanmu";

Selepas mereka beramal, atau adakah alam itu menunjukkan keputusan sahaja dan amalannya di sini (di Alam Jasmani)?


Jadi dia (as) berkata:

(Adakah yang kamu maksudkan dengan amalan solat dan berpuasa dan.. dan ... atau berzikir sahaja?)

Lalu aku berkata:

Semua yang menyumbang kepada penentuan nasib (takdir) sendiri dan memutuskan apa yang dipilih oleh hamba.

Jadi dia (as) berkata:

(Ya. maka adakah diperlukan untuk tempoh masa yang panjang dan berganda-ganda? Atau adakah cukup menjadikan salah satu amalan ibadah seperti solat atau puasa atau zikir atau zakat atau doa atau Haji atau semua ibadah. Bukankah Rasulullah (S) berkata kepada Ali (as): 'Wahai Ali, berfikir sejam (sa3ah) lebih baik dari beribadah seribu tahun? "

Jadi "amalan" adalah jelas di Alam Al-Zhar, dan ia adalah apa ayat ini tunjukkan mengenai semua penjelasan:

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ﴾

{Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan mengambil kesaksian terhadap diri-diri mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Ya!, kami bersaksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lalai terhadap ini."} [108]
Dan Kami telah menjadikan mereka saksi atas diri mereka sendiri.
    
Sekarang, di dalam dunia ini dan dalam ujian ini, adakah terdapat saksi ke atas amalan-amalan ini? Bukankah Rasulullah sebagai saksi? Bukankah hujjah Allah sebagai saksi? Bukankah malaikat yang menulis sebagai saksi? Bukankah
﴿وَكَفَى بِاللّهِ شَهِيداً﴾
{Dan cukuplah Allah sebagai saksi} [109]?

Bukankah
﴿اقْرَأْ كَتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيباً﴾
{"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri hari ini, padamu sebagai penghitung."} [110]

Maka manusia adalah saksi terhadap dirinya sendiri dan akan menjadi jurukira dirinya sendiri. {mengambil kesaksian terhadap diri-diri mereka.}. {"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri hari ini, padamu sebagai penghitung"}, Adapun bagaimana dirinya akan menjadi sebagai penghitungnya (sendiri), ini adalah perkara lain, tetapi kita kini berada pada kenyataan menjadi saksi terhadap diri sendiri. saksikan atas apa?! Adakah ia seperti kesaksian Rasulullah dan hujjah Allah dan Malaikat-malaikat dan Allah SWT? {Dan cukuplah Allah sebagai saksi}

Jadi di sana (Alam Al-Zhar) amalannya di dalam ayat ini - {Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan mengambil kesaksian terhadap diri-diri mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Ya!, kami bersaksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lalai terhadap ini."} Allah mengambil kesaksian terhadap mereka.


Anda di dunia ini, disibukkan diri anda dengan diurus (ditadbir) oleh tubuh anda, atas sebab bahawa amal ibadah ini telah dibuat untuk mengelakkan diri anda daripada disibukkan dengan badan dan supaya menghadap kepada disibukkan dengan Allah.

Lihatlah amal ibadah Islam secara zahir anda akan dapati ia adalah mengenai: Tidak makan, tidak minum, meninggalkan hawa nafsu, ini adalah ibadah berpuasa, dan jelas sekali bahawa puasa adalah untuk mengelakkan diri daripada disibukkan dengan badan, dan selain darinya juga. Lihatlah dalam ibadah Haji, begitu juga ibadah Solat, kedua-duanya mengenai perkara: memutuskan hubungan dengan alam dunia ini dan mengarahkan diri (bertawajjuh) ke Alam yang lain, dan mengingati Allah dan disibukkan dengan Allah.

Sekarang, jika kita keluar dari (alam) dunia ini, adakah akan kekal amal ibadah yang sama? Ia sudah pastilah tidak betul untuk memfardhukan cara amal ibadah di (alam) dunia ini kepada alam lain, atas dua sebab:

Sebab pertama ialah: Tiada atau kurangnta keperluan (hajat). Kedua ialah: Dunia lain tidak sesuai untuk ditetapkan atau untuk melaksanakan di dalamnya. Itu kita akan menjadi seperti orang yang berkata: Aku pergi ke padang pasir untuk berenang.

Sebagai contoh, dalam Alam Al-Zhar kurangnya keperluan-keperluan; kerana jasad kebendaan yang menyibukkan diri itu tidak wujud. Adapun tiada keadaan yang layak di Alam Al-Zhar untuk amal ibadah Alam Jasmani ini, perkara ini adalah jelas.



Jadi sekarang jawapannya sangat jelas, dan ia adalah bahawa ujian yang sama, dan ia adalah satu di Alam ini, Alam Al-Zhar dan di Alam Raj3ah, dan jika Allah memutuskan untuk menguji manusia seribu kali, Dia akan menguji mereka dengan ujian yang sama; kerana tujuan penciptaan adalah satu, dan ia adalah mengenal (makrifah) [111]. Ya! bentuk (perincian) ujian berbeza oleh sebab Alam-alam yang berbeza. Jadi solat, puasa, Haji, dan zakat dan.. dan.. dan,. kesemuanya ada di Alam Al-Zhar dan Allah menguji kita dengannya tetapi menurut apa yang sesuai dengan Alam itu. Jadi solat hanyalah satu perkara dan itu yang saya berikan tumpuan pandangan saya atas apa yang berpunca daripada-Nya SWT, dan puasa adalah saya menahan diri saya sendiri, dan haji adalah bahawa saya berjalan ke arahNya dan tawaf (mengelilingi) pintu-Nya SWT sambil menunggu perintah-Nya, dan Zakat adalah memberikan diri saya sebagai korban diri saya di hadapan-Nya dengan melawan keakuan (Al-Ana)... dan sebagainya.

Semua amalan ini, adakah anda fikir akan memerlukan tempoh masa yang panjang, kerana diketahui bahawa Alam Al-Zhar tidak tertakluk pada masa atau pun tempat, atau adakah anda membayangkan bahawa ia akan perlu lebih banyak amalan (perbuatan)? Dan jika semuanya berkumpul dalam satu amal perbuatan, ia tidak akan dianggap amalan (perbuatan) contohnya? Sesungguhnya ia akan amalan walaupun semuanya berkumpul dalam satu perbuatan.)

Lalu saya berkata: Saya hanya mahu bertanya tentang perkara yang akhir, yang bermaksud "walaupun semuanya berkumpul dalam satu perbuatan", apakah dia satu perbuatan?

Jadi dia (as) berkata:

(Maksudnya, "Ana" atau "Huwa" (Aku atau Dia); lihat pada diri sendiri dan kelalaiannya, atau mengabaikan diri sendiri dan melihat pada apa yang berpunca daripada-Nya?

Jika saya pada pertama kalinya, tidak akan menjawab atau berkata "Ya!” ketika disoal “Alastu Bi Rabbikum?” - adakah Aku Tuhan kamu - Jika anda yang kedua, saya akan menjadi yang pertama menjawabnya. Dan antara yang pertama dan yang kedua mengikut susunan penciptaan. Dan saya telah menjelaskan kepada anda bagaimana solat, puasa, haji dan zakat berada di dalam "Aku" dan "Dia" sahaja.)




✡✡✡✡✡

______________________________
[106] Anda boleh merujuk pada Tulisa Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) yang disebut dalam Kitab Al-Mutasyabihat Jilid 2/Soalan 63 yang berkaitan dengan Al-Zhar Alam, di mana beliau (as) berkata: (Alam al-Zhar adalah adalah Alam sebenar (Alam Hakiki) dan bukan khayalan (ilusi) dan bukan secara bawa-bawaan, tetapi akan lupa bagi yang lalai lagi melalaikan, sementara tidak pernah dilupakan oleh nabi-nabi dan para rasul dan aushiak (as), bahkan mereka masih mengingati dan mengetahuinya dan mereka mengenali pemimpin (auliak) mereka dan membezakannya dengan kehidupan di dunia ini, ...)
[107] Dari sebahagian contohnya seperti berikut:
* Dari Al-Hussein bin Na3im Al-Shahaf berkata: Saya bertanya Imam Al-Sadiq (as) mengenai firman Allah:
فمنكم كافر ومنكم مؤمن
{Maka sebahagian kamu kafir dan sebahagian dari kamu beriman},
maka beliau (as) berkata: (Allah mengetahui iman mereka dengan Wilayah kami dan kekufuran mereka dengan meninggalkannya pada hari perjanjian (Al-Mitsaq) itu diambil ke atas mereka ketika mereka dalam Alam Al-Zhar dan berada dalam Sulbi Adam (as)) - Tafsir Al-Qummi jilid 2 halaman 371.
* Dari Zurarah, dari Abi Ja'far (as) berkata, saya bertanya mengenai firman Allah Azza Wa Jalla: {Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan mengambil kesaksian terhadap diri-diri mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Ya!...}. Beliau (as) berkata:. (Dikeluarkan dari zuhur Adam, zuriat keturunannya sehingga hari kiamat, maka mereka keluar seperti di Al-Zhar, maka mereka mengenal dan melihat Diri-Nya Dan jika tidak demikian seorang pun tidak mengenal Tuhannya...) - Al-Fushul Al-Muhimmah oleh Al-Hurr Al-3amali Jilid 1 halaman 423 Hadits 5,7.
Nota penterjemah: Contoh lain:
[108] - Al-A3raf 7:172
[109] - Al-Nisaa’ 4:79.
[110] - Al-Isra 17:14.
[111] - Allah (swt) berkata:
(وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ)
{Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.} [Al-Zhariyat ayat 56], yang bermaksud supaya mereka mengenali Ku, seperti yang telah dijelaskan oleh Aali Muhammad (as)


Tiada ulasan: