Rabu, 22 April 2015

Maksud Al-Hujjah Yang Tak Bersuara

Maksud Al-Hujjah Yang Tak Bersuara
     



Kita masih bersama Abdus Soleh (as) dalam menjelaskan perkara akidah yang penting ini, dan secara khusus dalam menjelaskan pengertian Al-Hujjah Yang Tak Bersuara dalam riwayat-riwayat yang disalahfahamkan oleh mereka, dengan itu mereka mahu menafikan kewujudan dua Al-Hujjah pada satu sama. Pada hal, pengertian riwayat-riwayat dua Al-Hujjah berkumpul telah dijelaskan, dan jika mereka berada di tempat yang sama dan Washiy tersebut tidak diberi kebenaran untuk bercakap oleh Hujjajnya kepadanya. Bahkan, mereka tidak memahami apakah makna Al-Hujjah Yang Tak Bersuara pada asalnya.

Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata mengenai penjelasan pengertiannya:

(Bagi Al-Hujjah Yang Tak Bersuara (Al-Shamat) ia bermakna bahawa terdapat Hujjah-hujjah, maka ia bukanlah perkara dengan orang yang menjadi Hujjah-hujjah tersebut, Ini adalah di antara keduanya, jangan kamu terkeliru dengannya. Maka dengan wujud keduanya pada satu masa itu, bolehkah ditolak (Al-Hujjah) Yang Tak Bersuara? Adakah dibenarkan untuk menolak Harun atau Luth kerana mereka berdua dinamakan dengan "berdiamnya (tak bersuara)" mereka kerana wujudnya Musa dan Ibrahim? Sebaliknya, nama "Yang Tak Bersuara" (Al-Shamat) bermakna bahawa jika kedua-dua mereka berada (berkumpul) di satu tempat, maka Yang Berbicara (Al-Nathiq) adalah Hujjah Zaman dan Washiy tidak berkata-kata melainkan dengan izinnya. Dan ini adalah satu-satunya makna yang selaras dengan Al-Qur'an [78]

Maka pengertian yang mereka tolak apabila berkeras atasnya, iaitu bahawa riwayat-riwayat daripada Yang Tak Bersuara dan Yang Berbicara yang bercanggah dengan Al-Quran, dan riwayat-riwayat yang bercanggah dengan Al-Quran sama ada perlu ditafsirkan atau kita harus berpaling darinya, seperti perkara (kedudukan) kami Ahlul Bait. Mereka berkata perkara yang sama juga. Jadi riwayat-riwayat daripada Yang Tak Bersuara dan Yang Berbicara, mengikut pemahaman mereka, bercanggah dengan Al-Quran, dan oleh itu sama ada mentafsirkannya atau meninggalkannya.

Jadi apa yang tinggal ialah tafsiran (takwil) riwayat-riwayat Yang Tak Bersuara dan Yang Berbicara (Al-Shamat dan Al-Nathiq) adalah dengan apa yang dimaksudkan dengan Yang Tak Bersuara (Al-Shamat) sesungguhnya Hujaj adalah Yang Berbicara (Al-Nathiq), dan tidak akan berbicara semasa kehadiran Yang Berbicara (Al-Nathiq) kecuali dengan keizinannya. Ini semua apa yang diperintahkan. Dan yang selain daripadanya akan menjadikan riwayat-riwayat itu bertentangan dengan penjelasan Al-Quran. Dan itulah yang jelas datang daripada Bicara Sulaiman semasa hayat bapanya Daud, dan dengan perintah Allah:

﴿فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ﴾
{maka Kami telah memberikan kefahaman kepada Sulaiman.}

Ucapan mereka adalah hanya membuang masa sahaja. Demi Allah, demi Allah, demi Allah, aku telah menjelaskan kepada mereka, Tidak ada jalan keluar untuk mereka dalam Al-Quran mahupun dalam riwayat-riwayat. melainkan hanya membuang masa dalam berdebat, padahal mereka mengetahuinya. Sekarang mereka atau ulama (fuqahak) mereka lebih mengetahui, apa yang akan mereka katakan? Jika ulama mereka lebih berpengetahuan daripada mereka maka biarkan mereka perjelaskan, tidakkah saya telah perjelaskan kepada mereka dan saya telah menyeru mereka dan mereka mengatakan bahawa saya bukan atas kebenaran. Jadi, mengapa mereka menikam orang-orang yang mengikut saya, bukankah itu tugas mereka untuk menyelamatkan mereka ?!?!)


✡✡✡✡✡

______________________________
[78] Telah diriwayatkan bahawa Imam Al-Hassan (as) telah memberi Fatwa-fatwa semasa ketiadaan Amirul Mukminin (as), dan Imam Ali (as) menyokong Fatwanya dan menerimanya selepas itu dan berkata bahawa dia tidak ada padanya sesuatu selain apa yang dikatakan Al-Hassan (as): Dari Abi Abdillah (as) berkata:
(Telah datang kepada Amirul Mukminin (as) satu kaum meminta Fatwanya, tetapi mereka tidak menemuinya, maka Al-Hassan (as) berkata kepada mereka:. "Beritahu padaku apa yang kamu ingin tanyakan, maka jika saya betul ia adalah dari Allah dan dari Amirul Mukminin (as), dan jika saya salah maka Amirul Mukminin (as) ada di belakang kamu." Maka kata mereka kepada-Nya: "Ada seorang wanita berhubungan (jimak) dengan suaminya, jadi ketika dia dalam kehangatan itu dia pergi dengan cepat kepada pembantu rumah perawannya dan melakukan hubungan dengannya dan melepaskan mani dan menghamilkannya. "Maka Imam (as) berkata: "Pada masa akan datang Wanita ini perlu diambil mas kahwin dari daranya, ini kerana anak itu tidak boleh keluar kecuali keperawanan akan hilang, layanilah dia sampai ia melahirkan, tegakkan atas beliau had (hukuman). Dan anak-anak sepatutnya pergi kepada pemilik nuthfah (mani). Dan rajamlah wanita dengan suami.". Mereka segera pergi, dan mereka bertemu dengan Amirul Mukminin (as) [dalam perjalanan mereka], lalu mereka berkata kepadanya: Kami berkata kepada Al-Hassan dan Al-Hassan telah memperkatakan kepada kami, jadi Imam Ali (as) berkata: "Demi Allah, jika kamu telah bertemu dengan bapa Al-Hassan beliau tidak akan memberitahu kamu sesuatu kecuali apa yang dikatakan Al-Hassan.") Al-Wasa'il Al-Syi3ah - Aali Al-Bait Jilid 28 halaman 169 Hadis 34476.
Oleh itu, jika Berbicara diharamkan atas Imam Al-Hassan (as) pada zaman Amirul Mukminin (as), maka bagaimana dia boleh berbuat demikian?! Bahkan, terdapat banyak riwayat yang dinaskan dari para Imam (as) banyak kali akan membiarkan Aushiak mereka menjawab soalan. Oleh itu, adakah apabila Aushiak itu menjawab, jadilah jawapan mereka Hujjah atas orang yang bertanya atau tidak?!


Tiada ulasan: