Rabu, 22 April 2015

Hujjah Yang Berbicara Kepada Manusia Sekarang

Hujjah Yang Berbicara Kepada Manusia Sekarang



Sekarang, setelah kita mengetahui keadaan orang-orang sebelum ketibaan Al-Yamani (as), dan keadaan Imam (as) dengan umat yang mendakwa beriman kepadanya, sebahagian orang bertanya: "Kamu wahai orang-orang Yamani, mengatakan bahawa Syed Ahmad Al-Hassan adalah Hujjah, jadi jika kita ada dia dan ayahnya Imam Mahdi (as) sekarang kita mempunyai dua Hujjah pada masa yang sama! Dan ini tidak betul dalam agama Allah! "

Saya bertanya kepada Abdus Soleh (as) mengenainya, maka dia, semoga jiwaku menjadi tebusannya, menjawab:
     
(Apa yang kamu perlukan adalah apabila kamu ditanya mengenai siapa hujjah ke atas manusia sekarang, Imam Mahdi (as) atau Washiynya, bukankah begitu?

Aku akan bertanya kamu satu soalan: Adakah Isa mempunyai washiy? Jika kamu mengatakan "tidak" maka kamu akan membatalkan salah satu daripada asas-asas mazhab kamu dan agama Allah dan ia adalah:
(أنّ لكل نبي وصي)
(Tiap-tiap Nabi mempunyai washiy). Bolehkah seseorang menafikan bahawa Isa ada washiy? Selain itu, kamu Syiah mengatakan bahawa ibu kepada Imam Mahdi (as) adalah dari keturunan washiy Isa (as), oleh itu kamu mengesahkan bahawa Isa mempunyai juga washiy. Oleh itu, kamu hanya boleh berkata "ya" [70].

Kini, selepas Isa (as) diangkat, adakah Isa mati? Atau adakah dia kekal hidup dan dia masih melakukan kerja-kerja di dunia ini? Kamu semua umat Islam bersetuju bahawa Isa akan turun di akhir zaman, dan bahawa dia akan melaksanakan kerja-kerja. Juga Nasrani berkata bahawa Isa akan turun pada masa tertentu sesudah ia diangkat dan dia akan berhubung dengan murid-muridnya. Jadi Isa tidak mati [71], dan ini disahkan malah dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:
﴿وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِن شُبِّهَ لَهُمْ﴾

{padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.} [Al-Nisaa '4: 157],

jadi dia tidak dibunuh.

Sekarang persoalannya ialah: Siapakah Al-Hujjah? Dan Siapakah Pembicara (Al-Nathiq) pada zaman Washiy Isa? Jika ada Washiy pada zaman itu, maka sudah tentu ada Washiy di zaman ini.

Mereka musykil dengan kamu dengan anggapan yang salah: mereka membandingkan Imam Mahdi (as) dengan bapa-bapanya, tetapi dia tidak seperti bapa-bapanya; sementara riwayat yang mengesahkan pada tarikh kelahiran beliau menyebut bahawa malaikat mengangkatnya serta-merta selepas kelahirannya [72]. Jadi Imam Mahdi (as) adalah seperti Isa, secara perbandingan.
     
Lalu aku berkata: Adakah tuan maksudkan bahawa Imam Mahdi (as) dibandingkan dengan Isa (as), dan Washiy Imam Mahdi (as) adalah berbanding dengan Washiy Isa (as)

Jadi dia (a.s) berkata:

(Ya, sama seperti beliau, pada umat-umat terdahulu ia adalah Al-Khidir, dalam umat Musa ia Elia, dan Isa dan Al-Mahdi, keadaan mereka semua adalah sama, sebagai saksi atas umat-umat mereka, masih hidup di diangkat. Agama Allah adalah satu, Sunnah Allah satu, tiada perubahan dan tiada penukaran.)

Lalu aku berkata: Tinggal dua perkara lagi: Salah satu daripadanya ialah: Kami tidak berjaya dalam menjelaskan "pengangkatan", atau sekurang-kurangnya ia tidak begitu jelas pada sebahagian daripada kami. Perkara kedua ialah: Pihak penentang menggambarkan bahawa hujjah yang berbicara (Al-Hujjah Al-Nathiq) adalah sentiasa lebih utama daripada yang diam (senyap).

Jadi beliau (as) mulakan dengan menjawab perkara yang kedua, maka dia (as) berkata:

(Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (as) adalah lebih baik daripada semua bapa-bapanya kecuali Ahl Al-Kisaa' (Ahli di bawah Jubah - Muhammad, Fatimah, Ali, Al-Hassan dan Al-Hussein). Dan Yang berbicara adalah Al-Hassan ibn Ali Al-Askari, dan Imam Mahdi adalah yang diam. Adakah keutamaan Imam Mahdi sabit (betul) pada kamu? Terdapat riwayat-riwayat membuktikannya. [74]

Juga, terdapat satu perkara lagi yang saya akan bawakan, ia tidak sama dengannya, dan ia membuktikan Washiy adalah hujjah yang berbicara (Al-Hujjah Al-Nathiq) kepada manusia, sekarang di sisi yang lain. Dalam perkara pertama yang saya buktikan kepada kamu bahawa sahnya Al-Washiy [Imam Mahdi] jika kamu menganggap keghaiban Imam Mahdi keghaiban diangkat.

Sekarang, mereka mempunyai perkataan lain: Dan mereka berkata: "Mungkin Imam Mahdi (as) tidak diangkat, sebaliknya dia ghaib tersembunyi di bumi ini". Bukankah begitu?

Pada yang demikian, menjadi jawapan dengan yang berlaku pada Luth dan Ibrahim (as). Luth merupakan hujjah yang berbicara semasa wujud Ibrahim hidup dan zahir di Bumi ini dan tidak diangkat. hanya Ibrahim tidak berada di qariah (daerah) Luth. Oleh itu, jika Imam [Mahdi] tersembunyi maka perkara itu sama seperti perkara ini).

Lalu aku berkata: Jadi, apa yang saya faham adalah di mana hadits yang mengatakan: "Tidak akan ada dua Hujjah kecuali salah seorang daripada mereka akan berbicara." [75] bermakna jika mereka berada di tempat yang sama?

Jadi dia (a.s) berkata:

(Ya, sudah tentu. Adakah orang yang waras mengatakan sebaliknya? Adakah Ali (as) hujjah yang berbicara (Hujjah Nathiq) kepada penduduk Madinah ketika ketiadaan Rasulullah (S) apabila baginda pergi ke Tabuk, atau tidak? Adakah penduduk Madinah menjadikan dia Hujjaj atau tidak? Bukankah diwajibkan pada mereka mengikutinya dalam setiap perkataan dan perbuatan atau tidak? Oleh itu, adalah hujjah yang sabit (sahih) baginya sementara wujud Rasulullah. Sesuatu yang kekal: Bahawa Ali (as) bukan hujjah Allah, sebaliknya, dia adalah hujjah Muhammad (S). Dan beliau bukan Pembicara dari Allah, sebaliknya, dia Pembicara dari Muhammad, sama ada semasa kehidupan Muhammad atau selepas syahid (wafat) baginda. Kita mengatakan (juga) dari sinilah hujjah Allah; kerana menurut asal beliau adalah hujjah Allah, kerana dia adalah hujjah Muhammad, dan Muhammad adalah Khalifah Allah) [76]
      
Kini ia telah menjelaskan bahawa hujjah yang berbicara (Al-Hujjah Al-Nathiq) kepada manusia adalah Washiy Ahmad (as), seperti halnya dengan Washiy Isa (as) ketika Nabi Isa (as) telah diangkat dan keghaibannya. Dan ini tidaklah bermakna bahawa Ahmad (as) adalah lebih utama dari Imam Mahdi (as), kerana tidak semestinya hujjah yang berbicara (Al-Hujjah Al-Nathiq) lebih utama daripada hujjah yang senyap, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.

Juga jawapan kepada penentang dakwah kebenaran Yamani telah dijelaskan; dimana tidak boleh ada dua Hujjah pada masa yang sama. Ringkasnya:

Bahawa jika kamu menganggap keghaiban Imam Mahdi (as) adalah seperti keghaiban Isa (as) dan bahawa ia diangkat sepertinya, maka kita katakan: Sebagaimana Washiy Isa pada masa itu adalah hujjah yang berbicara (Al-Hujjah Al-Nathiq) kepada manusia dan bercakap secara langsung dengan mereka, maka maka begitulah Washiy pada hari ini.

Bahawa jika kamu menganggap keghaiban Imam Mahdi (as) dengan maksud tiada di bumi (daerah) itu, maka jawapannya adalah dengan yang berlaku pada Luth dan Ibrahim (as) dan Muhammad dan Ali, semasa hayat mereka (selawat Allah ke atas mereka semua).

Kemudian Abdus Soleh (as) menambah kesaksian ketiga untuk mengukuhkan kebenaran ini, jadi beliau (as) berkata:

﴿وَدَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ إِذْ يَحْكُمَانِ فِي الْحَرْثِ إِذْ نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ الْقَوْمِ وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شَاهِدِينَ * فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِينَ﴾

({Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman, karena tanaman itu dirusak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, * maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat); dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan kamilah yang melakukannya.)} [77].

Ini adalah Sulaiman semasa Daud ayahnya, masih hidup, ia menjadi hakim dalam sesuatu perbicaraan, dan Sulaiman sendiri mengadili untuk memutuskannya, dan Allah menjalankan penghakiman Sulaiman, walaupun Sulaiman adalah Hujaj di samping Daud. Oleh itu, Sulaiman adalah yang berbicara (Nathiq), dan yang memahaminya adalah Allah. Dan perkara ini adalah sesuatu yang sangat jelas dalam membuktikan (mengukuhkan) tuntutan)



✡✡✡✡✡

______________________________
[70] - * Syeikh Al-Shaduq meriwayatkan dalam Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah dalam hadits yang panjang ....: (Rasulullah (S) bersabda: (... Oleh itu, apabila Dia mahu mengangkatnya Dia wahyukan kepadanya untuk diserahkan cahaya Allah dan hikmah-Nya, dan ilmu kitabNya, untuk Syam3un bin Hamun Al-Shafaa (Simon Peter) sebagai khalifahnya kepada orang yang beriman. Oleh itu, dia melakukannya, lalu ia tidak menghalangi Syam3un (Simon) menegakkan Perintah Allah Azza wa Jalla dan mengikuti arahan-arahan Isa (as) kepada kaumnya dari Bani Israel dan untuk berjihad terhadap orang-orang kafir. Sesiapa yang taat kepadanya dan beriman kepadanya dan kepada apa dia yang dibawanya adalah seorang yang beriman dan sesiapa yang menderhaka dan menafikannya adalah kafir...) Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah halaman 224-225
* Dan dari Imam Ja'far Al-Shadiq (as) dari bapanya, dari bapa-bapanya (as) Katanya: (Rasulullah (S) bersabda kepada Imam Ali bin Abi Talib (as): "Wahai Ali, kedudukan kamu di sisiku adalah sama seperti kedudukan Habbah Allah di sisi Adam, kedudukan Sam di sisi Nuh, kedudukan Ishak di sisi Ibrahim, kedudukan Harun di sisi Musa, dan kedudukan Syam3un (Simon) di sisi Isa, melainkan tidak ada Nabi selepas ku ...) - Al-Amali oleh Al-Şhaduq halaman 100-101
[71] - * riwayat tersebut telah menyatakan bahawa Isa (as) tidak mati atau dibunuh. Dari Abu Bashir katanya: Aku mendengar Abi Ja'far (as) berkata: (Shohib Al-Amr ini (Pemilik Urusan) mempunyai empat Sunnah-sunnah dari empat Nabi-nabi, sunnah dari Nabi Musa, sunnah dari Isa, sunnah dari Yusuf, dan Sunnah dari Muhammad (Shalawatu Allah 3alaihim Ajma3in). Bagi sunnah Musa, ia akan menjadikan dia akan ditakuti dan dinanti. Bagi sunnah Yusuf, ia akan menjadi penjara. Bagi Sunnah Isa, ia akan menjadikannya orang akan berkata bahawa dia mati pada hal dia tidak mati. Adapun sunnah Muhammad (S) ia akan menjadi pedang) -. Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah halaman 152-153
* Al-Mas3ud di dalam Isnadnya, meriwayatkan dari Al-Humairi dari Muhammad bin Isa dari Sulaiman bin Daud dari Abu Nasr berkata: Aku telah mendengar Aba Ja'far berkata: (Shohib Al-Amr ini (Pemilik Urusan) mempunyai empat Sunnah-sunnah dari empat Nabi-nabi. Sunnah Musa jika dia tidak hadir, sunnah Isa dalam ketakutan dan hukuman orang-orang Yahudi, dan bahawa mereka akan berkata bahawa dia mati pada hal dia tidak mati dan mereka akan mengatakan bahawa dia telah dibunuh pada hal dia tidak dibunuh. Dan Sunnah dari Yusuf dalam kecantikan dan kemurahan hatinya. Dan Sunnah dari Muhammad dalam Pedang yang akan ditunjukkan dengannya) -.. Itsbat Al-Washiyah oleh Al-Mas3udi halaman 280, cetakan 2, tahun 1409 H, Dar Al-Adhwaa', Beirut. Dan juga riwayat lain.
[72] - Al-Nisaa '4: 157
[73] Rujuk riwayat dalam: Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah halaman 426
[74] * Abi Abdullah (as) diriwayatkan dari bapa-bapanya (as): (Rasulullah (S) bersabda: ... "dan Dia memilih dariku dan dari Ali, Al-Hassan dan Al-Hussein, dan selebihnya daripada dua belas Imam; dari keturunan Al-Hussein kesembilan mereka adalah batin mereka, dan beliau adalah zahir mereka, dan dia adalah yang terbaik daripada mereka, dan dia adalah Qa'im mereka) - Al-Ghaibah oleh Al-Nu3mani halaman 73
* Dari Abu Bashir, dari Abi Ja'far (as) berkata:
(akan ada dari kami sembilan selepas Al-Hussein bin Ali, kesembilan selepas mereka adalah Qa'im mereka, dan dia adalah yang terbaik daripada mereka) - Dala'il Al-Imamah oleh Muhammad bin Jurir Al-Tabari (Al-Syi3i) halaman 453
* Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari berkata: Rasulullah (S) bersabda: (Sesungguhnya, dari hari-hari, Allah telah memilih hari Jumaat, dari malam-malamNya telah memilih Malam Al-Qadar (Lailatul-Qadar), dari.. bulan Dia telah memilih bulan Ramadan. Dan Dia telah memilih aku dan Ali, dan dari Ali Dia telah memilih Al-Hassan dan Al-Hussein, dan dari Al-Hussein Dia telah memilih Hujaj seluruh alam. Yang kesembilan dari mereka adalah Qa'im mereka, dia adalah yang paling berilmu daripada mereka dan yang paling bijak (hikmah) daripada mereka) - Bihar al-Anwar jilid 36 halaman 372.
* Dari Salman berkata: Kami bersama-sama Rasulullah (S), Al-Hussein bin Ali (as) duduk di atas pangkuannya, kemudian baginda memandang ke mukanya. Maka Rasulullah (S) bersabda: (Wahai Aba Abdillah, kamu seorang tuan dari tuan-tuan, dan kamu adalah seorang Imam, anak kepada Imam, saudara kepada Imam, bapa sembilan Imam, kesembilan dari mereka adalah Qa'im mereka, Imam mereka, yang paling berpengetahuan daripada mereka, yang paling bijak daripada mereka, yang terbaik daripada mereka) - Bihar al-Anwar jilid 36, halaman 372. Dan beberapa riwayat lain.
Dalam riwayat yang lain, dan dalam riwayat yang akhir dijelaskan bahawa Imam Mahdi (as) adalah Imam kepada lapan bapa-bapanya, tidak hanya yang terbaik daripada mereka.
[75] Ini telah disebutkan dalam riwayat-riwayat. Salah satu darinya adalah: Dari Al-Hussein bin Abi 3alaa' berkata: (Saya berkata kepada Abi Abdillah (as) "Adakah bumi wujud tanpa Imam?" Maka beliau (as) berkata: "Tidak". Lalu aku berkata: "Dua Imam? "Kemudian (as) berkata: "Tidak, kecuali jika salah seorang daripada mereka adalah senyap (diam) ") - Al-Kafi Jilid 1 halaman 178 Hadis 1
[76] Syeikh Al-Nadzim Al-3uqailiy berkata:. (Dan darinya kita tahu bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) pada masa ini adalah hujjah Imam Mahdi (as) kepada manusia, dan bukan hujjah Allah. Ya, dia (juga) adalah hujjah Allah, kerana dia adalah hujjah Imam Mahdi dan Imam Mahdi (as) adalah hujjah Allah)
[77] - Al-Anbiyak 21:78-79.


Tiada ulasan: