Seorang
Imam Mengaitkan Tindakan Untuk Dirinya, Tetapi Ia Maksudkan Imam Yang Lain
Satu
lagi perkara yang jelas kepada orang yang membaca riwayat Aali Muhammad (as)
ialah seorang Imam dari mereka - semoga jiwaku menjadi tebusan kepada mereka -
akan menyifatkan bahawa tindakan dirinya tetapi pada hakikatnya dia (as) maksudkan
Imam yang lain dari anak-anaknya, tetapi dia menganggap tindakannya itu sebagai
tindakannya sendiri. Tulisan ini akan menjadi panjang jika saya bawakan semuanya
di sini untuk menjelaskannya, tetapi cukuplah sekadar saya bawakan hanya dua
riwayat sebagai dalil:
Pertama:
Amirul Mukminin (as) pernah berkata tentang dirinya sendiri dalam satu dari
khutbahnya: (Akulah yang berkata-kata kepada Musa), dan pada masa yang sama
beliau (as) berkata ketika bercakap tentang akhir zaman: (... Wahai Jabir!
Apabila Loceng berbunyi kuat, apabila lelaki pengsan kerana mimpi ngeri akan
menyelimuti, apabila Jamus (orang yang diam sejak sekian lama dan apabila dia
akhirnya bercakap dia bercakap dan sukar dipercaya) akan berkata-kata, yang
pada hari itu akan berlaku perkara pelik, perkara yang sangat menakjubkan ...
dan kemudian beliau (as) berkata: Kemudian dijangka muncul orang yang telah
berbicara dengan Musa daripada (rumpun) pokok di Gunung Sinai. Ini menunjukkan
jelas mendedahkan, dan menyifatkan makna seruan lepada Tuhan...... kemudian
beliau (as) menangis dan berkata: Aduhai umat ini ..) [37]
Kedua:
Dari 3abayah Al-Asady berkata: Aku mendengar Amirul Mukminin (as) berkata
dengan cucuran air mata mengalir: Ianya: mungkin bersandar ke belakang - Aku
bersedia mendengar katanya: (Sesungguhnya, Aku akan membina Mimbar di Mesir, menghancurkan
Damsyik batu demi batu, mengusir orang-orang Yahudi dan Kristian dari bangsa
Arab secara keseluruhan, dan memimpin orang-orang Arab dengan orang yang aku
ada ini. Kemudian aku, bertanya: Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau
mengatakan bahawa engkau akan hidup semula setelah mati. Beliau (as) menjawab: Jauh
betul engkau wahai 3abayah! Seorang lelaki dari ku akan melakukannya) [38]
Jadi
di sini Amirul Mukminin Imam Ali (as) menyifatkan tindakan dirinya sendiri
walaupun orang yang akan melakukan tindakan ini adalah seorang lelaki dari
keturunan beliau, jadi mengenai apakah ini? Maka saya bertanya kepadanya (as)
tentang perkara ini, dan saya kata: Dalam banyak riwayat, seorang Imam akan menyifatkan
sesuatu tindakan kepada dirinya walaupun dia bermaksud Imam yang lain dari
keturunannya, sama seperti yang telah disebut di dalam riwayat "yang berkata-kata
kepada Musa." dan riwayat "seorang lelaki dari ku akan melakukannya."
Jadi yang disifatkan ini disebabkan oleh hakikat bahawa hanyalah dari dia sahaja
(yang bermaksud bahawa dia adalah dari anak-anaknya)? Atau ada perkara lain?
Dan tidak mempunyai hubungan dengan hakikat bahawa cahaya mereka bersatu di Langit
Ketujuh?
Jadi dia (as) menjawab:
(Semoga Allah memberi
kamu kejayaan dalam Alam Jasmani ini, ya dia dari dia, kerana dia adalah dari
keturunan beliau. Dan di Langit Ketujuh dia dari beliau; Kerana dia adalah di
bawah beliau dan [dia] sebahagian hakikat beliau).
Sekarang
ini adalah terbentang sesuatu yang kita dapat fahamkan sebahagian daripada apa
yang telah diriwayatkan dalam riwayat mengenai Shaihah Al-Haq (Jeritan
Kebenaran) dan ia pada nama Amirul Mukminin Imam Ali (as). [Sekarang kita faham
bahawa] Shaihah (Jeritan) tidak semestinya dengan nama Imam Ali (as), sebaliknya,
ia adalah pada nama Orang Yang Disucikan dari keturunan Imam Ali, yang dianggap
tindakan keturunannya adalah tindakannya sendiri dan itulah sebabnya beliau kaitkan
tindakan itu pada dirinya sendiri. Ini adalah kebenaran dan itulah sebabnya orang-orang
yang batil meraguinya - yang mendakwa diri mereka Syiah - mereka yang mendengar
Shaihah (Jeritan) iblis (la), bukan sahaja mereka akan ragu-ragu, tetapi mereka
juga akan mengisytiharkan mereka berlepas diri dan berkata "Sesungguhnya ia
adalah sihir dari sihir Ahli Bait ini!! [39]
✡✡✡✡✡
______________________________
[37]
Al-Bihar Anwar Jilid 82 halaman 272
[38]
Bihar Al-Anwar Jilid 53 halaman 59-60
[39] Dalam sebuah hadits dari Imam Al-Shadiq
(as) telah menyebut Shaihah (Jeritan) iblis iaitu "Sesungguhnya kebenaran
adalah pada Uthman dan Syiahnya.", selepas Shaihah (Jeritan) yang benar, iaitu
"Sesungguhnya kebenaran adalah pada Ali dan Syiahnya", dan beriman
penduduk Bumi pada yang demikian itu, maka beliau (as) berkata: (Maka Allah
akan meneguhkan orang-orang yang beriman dengan kata-kata yang teguh atas
kebenaran, dan itu adalah seruan pertama. Apabila ia berlaku, orang-orang yang
mempunyai penyakit di dalam hati mereka akan menjadi ragu, dan demi Allah
penyakit itu membawa permusuhan terhadap kita.. Apabila ia berlaku, mereka akan
mengisytiharkan mereka berlepas diri daripada kita dan mereka akan berkata:.
Yang pemanggil pertama adalah sihir dari sihir Ahli Bait ini) Kemudian Abu
Abdillah (as) membaca ayat dari al-Quran:
وَإِنْ يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا
وَيَقُولُوا سِحْرٌ
{Dan jika mereka melihat suatu tanda
(mukjizat), mereka berpaling dan berkata: "(Ini adalah) sihir yang terus
menerus".[Al-Qamar 54:2]} - Ghaibat Al-Nu'mani halaman 260.
Orang-orang yang ragu dalam riwayat itu ialah
Syiah yang tidak berpaling kepada Ahlul Bayt (as) sebelum seruan? Dan dalil
untuk ini adalah bahawa Imam Sadiq (as) berkata "apabila ia berlaku,
mereka akan mengisytiharkan mereka berlepas diri daripada kita dan ...
"jadi ini bermakna bahawa sebelum mereka mendengar Shaihah (Jeritan) mereka
adalah Syiah. Jadi tanya diri anda, bagaimana Syiah boleh mengisytiharkan
dirinya berlepas diri daripada Ahlul Bayt (as) jika Shaihah (Jeritan) adalah dengan
nama Ali (as)?! Jadi, ini bermakna bahawa panggilan adalah dengan nama orang
yang mewakili Ali (as) di Zaman Kezuhuran, yang disebut oleh Imam Ali (as) dalam
hadith (seorang lelaki dari saya akan melakukannya), [bermaksud seorang dari
anak-anaknya]. Dan sesungguhnya inilah yang berlaku sekarang, anda lihat Syiah
mengisytiharkan mereka berlepas diri terhadap Imam Ahmad Al-Hassan (as),
walaupun banyak kali Jibril (as) menyeru dengan namanya dalam rukya (mimpi
benar) dengan jumlah besar dan sangat banyak . Anda boleh merujuk kepada Kitab المعترضون
على خلفاء الله "Pembantah
Para Khalifah Allah", Salah satu versi (keluaran) Ansar Imam Mahdi (as) halaman
73 yang mempunyai penjelasan dalam perkara ini khusus dalam butiran tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan