Jumaat, 24 April 2015

Apabila Kewafatan Datang Kepadanya, Maka Hendaklah Ia Menyerahkannya Kepada Anaknya, Mahdi Pertama.

Apabila Kewafatan Datang Kepadanya, Maka Hendaklah Ia Menyerahkannya Kepada Anaknya, Mahdi Pertama.


Sebelum beliau (as) menjawab perkara kedua, iaitu mengenai "pengangkatan" dan apakah maknanya, saya bertanya kepada Abdus Soleh (as) mengenai suatu soalan yang berkaitan dengan Wasiat Suci Rasulullah (S). Lalu saya berkata: Kami menghadapi kesukaran pada satu soalan yang berkaitan dengan wasiat, kerana dalam wasiat itu mengatakan: "Maka apabila datang kepadanya Al-Wafah (kewafatan) ", dan kematian masih belum datang lagi, jadi bagaimana cara kita menjawabnya?

Jadi dia (as) menjawab:

("Wafah" tidak selalu bermakna kematian. Sebaliknya, ia hanyalah tanda pada kematian dengan mengambil iktibar istaifaa' [] dari Allah SWT.

﴿إِذْ قَالَ اللّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ﴾

{(Ingatlah), ketika Allah berfirman: "Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mewafatkan kamu.} [82]
Adakah Isa sudah menjadi mayat?

Oleh itu, pengangkatan (Al-Raf3a) dipanggil "Wafah" (Wafat) seperti mana mati (Al-Maut) dipanggil "Wafah" (Wafat) memandangkan kedua-duanya adalah "diangkat", dan ia adalah cukup untuk anda menggunakan contoh sebelum ini [83] untuk mendedahkan kepalsuan mereka yang berhujah dengan anda.)

Lalu aku berkata: Apakah pengangkatan yang akan menjadikan Imam (as) diserahkan ke tangan washiy beliau, berbeza dari pengangkatan Imam (as) ketika mana dia dilahirkan? Inilah perjelaskan yang saya inginkan.

Jadi dia (a.s) berkata:
(Sekarang kamu memberi maklum balas (menjawab) dan menjelaskan kepada mereka dengan kata-kata di akhir ia (wasiat itu) "dan dia adalah yang pertama beriman", dan ini sudah cukup untuk mewujudkan hujjah kepada mereka. Apa yang dimaksudkan adalah: penyerahan berlaku semasa Ghaibah Kubra, Wafatnya (pengangkatan) adalah keghaibannya, tetapi mereka tidak memahaminya, dan ia mencukupi untuk kamu apa yang ada pada kamu sebagai hujjah [84]

Mereka tidak melihat ilmu pengetahuan melainkan apa yang mereka sendiri katakan, dan mereka tidak mahu menerima walaupun nas-nas Al-Quran yang jelas atau riwayat-riwayat para Imam, jadi bagaimana kamu mengharapkan mereka untuk menerima daripada kamu bahawa "Al-Wafah - wafat" yang disebut dalam riwayat yang telah digunakan mempunyai banyak makna, dan satu daripadanya adalah Al-Raf3a (pengangkatan)?! Berhujjahlah pada mereka dengan "yang pertama beriman", kerana ini adalah cukup untuk melaksanakan matlamat yang sama [✡✡]. Jika pengutusan, penyerahan dan pembawa risalah, adalah semasa Ghaibah Kubra sebelum kezuhuran Imam untuk semua manusia.)


✡✡✡✡✡

______________________________
[] - Nota Penterjemah ini: Dalam bahasa Arab, perkataan Wafah (wafat) berasal dari perkataan istaifaa' yang bermakna "mengangkat". Jadi "Wafah" tidak selalu bermakna kematian dalam bahasa Arab, ia juga bermakna "mengangkat". Dan makna ini lain daripada "Wafah" (yang "diangkat" dan tidak "mati") ada dalam beberapa ayat-ayat Qu'ran dan riwayat-riwayat, dan sebahagian ayat-ayat dan riwayat-riwayat disebutkan dan lebih banyak lagi akan disebut dalam bahagian berikutnya.
[82] - Aali 3imran 3:55
[83] – Contohnya: Luth dan Ibrahim, Muhammad (S) dan Ali, Daud dan Sulaiman, Musa dan Harun (shalawatu Allah 3alahim Ajma3in).
[84] - Syeikh Al-Nathim Uqeily berkata: (Maksud, jika mereka memilih untuk mengatakan bahawa ia diangkat, yang bermaksud bahawa Imam Mahdi (as) semasa Ghaibah Kubra telah diangkat seperti Isa (as). Maka pengangkatan di sini bermakna "diangkat", seperti Isa (as). Maka Allah berfirman mengenainya bahawa Dia sebenarnya hanya "mewafatkannya" (mengangkatnya), tidak mematikannya seperti orang lain, Allah SWT berfirman:
{إِذْ قَالَ اللّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ ...}
{(Ingatlah), ketika Allah berfirman: "Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mewafatkan kamu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir,}, [Aali 3imran 3:55]
manakala riwayat-riwayat yang membenarkan bahawa Isa (as) tidak dibunuh dan juga tidak mati, maka "mewafatkan" tidak selalu bermakna "kematian" yang diketahui.
Bahkan, mewafatkan adalah juga dikatakan mengenai tidur, Allah (swt) berfirman:
{وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُم بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُم بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَى أَجَلٌ مُّسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ}
{Dan Dialah yang mewafatkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan.} [Al-An3am 6:60]
Sebaliknya, kematian juga dikatakan mengenai tidur, tetapi sudah tentulah ia tidak bermakna kematian yang lengkap seperti kematian yang diketahui, iaitu, apabila seseorang tidur, jiwanya (dirinya) akan masih berhubung dengan badan dan tidak dipisahkan dengan pemisahan lengkap. Kematian dikatakan mengenai tidur dalam beberapa riwayat, sebahagiannya adalah:
Abi Abdillah (as) berkata: (Apabila Rasulullah (S) pergi ke tempat tidurnya, baginda pernah bersabda:
اللهم باسمك أحيا وباسمك أموت
"Ya Allah dengan Nama Mu aku hidup, dan dengan Nama Mu aku mati" Dan apabila baginda bangun dari tidur baginda selalu bersabda:
الحمد لله الذي أحياني بعدما أماتني وإليه النشور
"Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memberikan kehidupan kepada ku selepas Dia mematikan aku, dan kepada-Nya akan dibangkitkan") - Al-Kafi Jilid 2 halaman 539
Dan dari Abi Abdullah (as) berkata: (Apabila kamu masuk tidur maka berkatalah:
"Ya Allah, aku telah mengira diri-Ku di sisiMu, maka berikan padanya tempat keredhaanMu dan pengampunanMu, dan jika Engkau mengembalikannya ke badan ku, kembalikannya sebagai seorang yang beriman, mengenal kebenaran Awliyaa’ Mu sehingga Engkau mewafatkannya ") - Al-Kafi Jilid 2 halaman 536
Dan dari Abi Ja'far (as) berkata: (Jika kamu bangun pada waktu malam dari tidur mu, maka katakanlah: "Segala puji-pujian bagi Allah yang telah mengembalikan ruh ku kepada ku supaya aku boleh memuji-Nya dan beribadah kepada-Nya") - Al-Kafi Jilid 2 halaman 538
Dan dari apa yang baginda (S) pernah katakan apabila baginda terjaga:
الحمد لله الذي أحياني بعد موتي إن ربي لغفور شكور
(Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memberikan kehidupan kepada ku selepas kematian ku Sesungguhnya Tuhanku mengampunkan mereka yang bersyukur.) - Makarim Al-Akhlaq oleh Al-Thabrisi halaman 39
Bagaimanapun, "diwafatkan" tidak selalu bermakna kematian hakiki atau kematian sempurna. Malah kematian sendiri bermakna sesuatu yang lain selain daripada kematian sempurna. Oleh itu, pengangkatan tidaklah bermakna kematian, bahkan adalah juga dikatakan "diwafatkan" seperti mana Isa (as), dan oleh itu, adalah benar untuk menggambarkan Imam Mahdi (as) pada masa pengangkatan itu sebagai "telah datang kepadanya Wafah" (Hadhartuhu Al-Wafah), dan Wasiat mengatakan:
اذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه
(Apabila Wafah (wafat) datang kepadanya, maka hendaklah ia menyerahkannya kepada anaknya).
Maka jika dikatakan: Jika diangkat Imam Mahdi (as) semasa Ghaibah Kubra, maka sudah tentu sekali telah wujud Washiy beliau Ahmad, orang yang harus diserahkannya?! Saya katakan: Waktu penyerahan meliputi Ghaibah Kubra seluruhnya, sehingga zaman kewujudan penerima dan kesediaan beliau untuk menerima, kerana Wafat pada masa diangkat bukanlah Wafat pada masa kematian, tetapi kita mengatakan bahawa penyerahan mestilah pada permulaan zaman Wafat, kerana yang diangkat tidak mati, dan dia tidak pernah dipisahkan daripada kehidupan dunia sama sekali seperti orang yang mati. Bahkan, dia boleh datang ke Bumi dan mengamalkan beberapa perkara atau hidup bagi tempoh masa bagi tujuan tertentu ... dan lain-lain. Jadi dia boleh menyerahkan apa sahaja yang hendak diserahkan di sepanjang masa-masa Ghaibah Kubra, jadi Wafat terpakai untuk sepanjang masa-masa Ghaibah Kubra oleh Imam Mahdi (as). Jika mereka berkata ia diangkat - ya permulaan Wafat akan berada pada awal masa pengangkatan, tetapi selepas pengangkatan ini dan selepas Wafat ini, Imam Mahdi (as) akan menyerahkan apa sahaja yang dikehendakinya kepada Washiynya di mana-mana peringkat daripada peringkat Ghaibah Kubra, kerana tidak seperti orang mati yang telah dipisahkan dari kehidupan dunia itu perlu menyerahkan sebelum rohnya keluar dari jasadnya.
Dalam erti kata lain, penyerahan - semasa pengangkatan - bergantung kepada dua perkara: Pertama, kedatangan Wafat (kematian). Kedua, kewujudan penerima dan kesediaannya untuk menerima. Jadi jika pengangkatan berlaku manakala penerima wujud dan dia bersedia untuk menerima, maka penyerahan berlaku. Sama seperti apa yang berlaku pada nabi Allah Isa (as) dan Washiynya Syam3un (Simon), dan kami telah mengatakan riwayat sebelum ini yang menjelaskan perkara tersebut. Tetapi apabila berlaku pengangkatan, Wafat dan penerima tidak wujud, ketika penyerahannya berlaku dan ketika ditemukan ia memenuhi syarat untuk penerimaan.
Untuk menjelaskan lagi, saya akan memberikan anda contoh berikut: Jika dikatakan kepada anda: "Jika matahari terbit, berikan amanah ini kepada Zaid." Jadi, jika matahari terbit, tetapi Zaid belum ada (ditemui), atau tidak bersedia untuk menerima amanah untuk sebab-sebab tertentu, maka anda akan menunggu sehingga Zaid datang (hadir) atau sehingga dia bersedia menerima amanah itu, dan anda tidak akan lemah atau cuai (lalai) dan tidak ada yang akan menyalahkan anda kerana melambatkan penyerahan pada mula terbitnya matahari, kerana penerima tidak ada atau tidak bersedia lagi untuk menerima amanah itu, dan anda yakin bahawa anda telah menyerahkan amanah itu mengikut syarat, yang bererti selepas matahari terbit, kerana ia diterima semasa matahari bersinar dan tidak terbenam lagi.
Jadi, jika dikatakan: "Menurut ucapan anda, Imam Mahdi (as) telah pun menyerahkan Imamah kepada Washiynya dan perkara itu telah pun selesai!!?"
Aku katakan: Tidak. Kerana penyerahan di sini tidak seperti penyerahan yang berlaku pada masa wafat (kematian) Imam sebelumnya (as), sebaliknya, ia adalah penyerahan kepimpinan dan tidak perlu Washiy membuktikan hujahnya kepada manusia dan menjalankan tugasnya, dari warisan seperti ilmu dan seumpamanya. Dan adalah diketahui bahawa kepimpinan adalah satu cabang dari Imamah dan keseluruhannya. Maka Imam Mahdi (as) masih menjadi Imam dan hujjah, dan Washiy adalah hujjah Imam Mahdi (as) kepada manusia. Dan penyerahan ini tidak boleh dinafikan penyerahan pada masa kematian Imam Mahdi (as), kerana penyerahan pada masa itu adalah penyerahan sepenuhnya ke atas Imamah dan bagi warisan para Nabi dan Imam-imam (as), kecuali yang telah dikhaskan untuk maqam dua belas Imam, yang akan mati (tamat) dengan kematian Imam Mahdi (as).
Semua yang telah dibentangkan ini menjadikan kata-kata orang-orang yang menentang Imam Mahdi (as) itu diangkat semasa Ghaibah Kubra. Tetapi jika mereka mengatakan bahawa dia tidak diangkat, kita katakan kepada mereka: Oleh itu Washiynya akan menjadi timbalannya (penolong) dan hujjahnya kepada manusia sehingga dia tidak ghaib kemudiannya, seperti Amirul Mukminin Imam Ali (as) dengan Nabi Allah Harun (as). Oleh itu, kita mempunyai jawapan penyenyap (pematah) untuk kedua-dua kemungkinan tersebut
[✡✡] Nota Penterjemah ini: Maksudnya kadang-kadang jika anda berbahas dengan mereka dengan mencuba untuk menunjukkan kepada mereka bahawa "Wafah" tidak selalu bermakna kematian, seperti telah dijelaskan di atas, mereka akan menolak kerana mereka tidak menerima ayat-ayat Al-Quran yang jelas atau riwayat-riwayat dari Ahlul Bayt (as) apabila anda berhujah dengan mereka, jadi bagaimana mereka akan menerima penjelasan anda tentang "wafah" jika mereka menolak Al-Quran dan Hadits-hadits! Jika mereka berdegil menentang Al-Quran dan Hadits-hadits maka sesungguhnya mereka akan menjadi keras kepala menentangnya juga! Jadi, pada asasnya Imam (as) memberitahu kita untuk menjawab hujah mereka, iaitu: Bagaimana anda boleh mengatakan bahawa Mahdi Pertama telah datang apabila wasiat itu mengatakan:- jika Wafah (kematian) datang kepadanya - bermakna jika datang kematian kepada Imam ke-12, Imam Mahdi (as), maka hendaklah dia menyerahkannya kepada anaknya Mahdi Pertama. Tetapi kematian belum datang kepada Imam ke-12 (as). Jadi bagaimana anda boleh mengatakan bahawa Mahdi Pertama sudah pun datang? dengan berkata: Pada akhir Wasiat, Rasulullah (S) bersabda: ".... Jika kematian datang kepadanya, hendaklah ia menyerahkannya kepada anaknya, anaknya Muhammad Al Mustahfiz daripada keluarga Muhammad (as). Mereka adalah dua belas Imam. Kemudian akan ada dua belas Mahdi-mahdi selepasnya, maka apabila datang kematian kepadanya, hendaklah ia menyerahkannya kepada anaknya, Muqarrab pertama (dan dalam beberapa riwayat ia adalah "Mahdi Pertama"), Dia mempunyai tiga nama satu seperti namaku dan ayahku dan ia adalah Abdullah (Hamba Allah), dan Ahmad, serta nama ketiganya adalah Al-Mahdi dan ia adalah yang pertama beriman." Jadi apakah maknanya? Ia bermakna bahawa Mahdi Pertama akan menjadi yang pertama beriman kepada Imam ke-12 (as), dan oleh itu, ia perlu datang sebelum Imam ke-12 (as) zuhur, supaya ayat dalam wasiat itu yang mengatakan "dan dia adalah yang pertama yang beriman." terpakai kepadanya. Kerana jika beliau tidak hadir sebelum kezuhuran Imam ke-12 (as) dan hanya akan lahir selepas kezuhuran Imam ke-12 (as), maka ayat “dan dia adalah yang pertama beriman" tidak akan terpakai baginya!". Dan jika mereka mempunyai masalah dengan perkataan "anak", maka kita katakan: perkataan "anak" tidak semestinya bermakna anak langsung beliau, sebaliknya ia bermakna anak lelaki dari keturunannya, dan bukti untuk ini adalah bahawa kita dapati banyak riwayat-riwayat memanggil para Imam (as) sebagai "anak-anak Nabi", walaupun mereka bukanlah keturunan langsung dari Baginda, tetapi kerana mereka adalah dari keturunan anaknya Fatimah Al-Zahraa' (as). Jadi ya, Imam Ahmad Al-Hassan (as) (Mahdi pertama) adalah anak Imam ke-12, Imam Muhammad Al-Mahdi (as) kerana dia adalah dari jalur keturunan beliau.


Tiada ulasan: