Isnin, 13 April 2015

Berkenaan Dengan Riwayat-Riwayat

Hentian Kedua:
           

Berkenaan Dengan Riwayat-Riwayat


Terdapat satu hentian bersama Syed Ahmad Al-Hassan (as) mengenai sebahagian riwayat-riwayat (hadits-hadits) suci dalam sebahagian riwayat-riwayat dan (kepentingan) mereka yang berdalil dengannya. Kadang kala soalan-soalan adalah mengenai riwayat-riwayat tertentu, dan kadang kala mengenai soalan-soalan yang berkaitan dengannya tanpa melihat kepada riwayat tertentu. Maka berikut dibawakan mengenainya, dengan kurniaan Allah Yang Maha Suci.



Bolehkah mereka yang bukan maksum menjelaskan pengertian riwayat mutasyabihaat

Ia adalah karuniaan besar dari Allah bahawa orang yang diberi kejayaan (taufiq) untuk mengikuti para Hujaj Allah yang disucikan dan mengikuti Sunnah mereka dalam menyeru penciptaan yang menyeleweng (sesat) kepada Tuhan mereka Al-Karim yang tidak pernah lupa kepada mereka, sedangkan mereka lena dalam kealpaan yang sangat mendalam. Dan sesungguhnya barangsiapa inginkan sesuatu akan bersedia untuknya. Dan ia adalah apa sahaja persediaan Pengetahuan Ilahi dengan syarat-syarat dan keperluan yang membolehkan Pekerja Ilahi masuk ke dalam perjuangan menentang kebatilan dan pengikutnya, supaya dia boleh menyelamatkan seberapa ramai mungkin manusia, dan keperluan beliau selepas itu adalah untuk memberi penjelasan mengenai kebenaran kepada manusia, dan menjawab soalan-soalan mereka tanpa henti.
                         
Tetapi banyak kali, pengetahuannya yang sedikit - yang saya tidak akan jelaskan sebab-sebabnya sekarang – yang menyekat dia dalam usahanya. Oleh itu, sebahagian jawapan pada masa itu akan didapatinya melalui apa yang dibaca dari riwayat-riwayat suci, tetapi dia tidak akan dapat jawapan tertentu dari maksumin mengenai tujuan dan maksud sebenar riwayat tersebut. Jadi jika itu keadaannya, bolehkah dia menjelaskan kefahaman kepada manusia dan hanya berkata pada akhirnya "dan Allah lebih mengetahui- Wa Allahu A3lam."), atau dia dari awal perlu mengikut kata-kata: "setengah dari pengetahuan yang dikatakan itu saya tidak tahu," dan Allah merahmati kepada orang yang mengetahui kedudukan beliau sendiri, dan memilih jalan itu?

Kebenarannya adalah, saya tidak tahu jawapannya apabila soalan ini datang dalam fikiran saya. Jadi saya mengambil keputusan untuk meminta Abdus Soleh (as). Selepas jawapannya, bukan sahaja ia mendedahkan kepada saya bahawa saya tidak tahu jawapannya, tetapi juga saya tidak dapat meletakkan soalan ini dalam bentuk yang sesuai, dan segala puji-pujian tertentu bagi Allah dalam semua keadaan (Al-hamdu Lillah fi Kulli hal), dan semoga Allah membantu hatinya yang mulia . Lalu, saya bertanya kepadanya (as): Jika seseorang itu ditanya mengenai pengertian riwayat, atau sesuatu sepertinya, dan dia tidak mempunyai jawapan yang tepat dari maksumin, adakah dibenarkan dia menjawab dengan apa yang dia tahu dari kata-kata mereka (as), atau dia tidak perlu menjawabnya?

Jadi dia (as) menjawab:

(Ini bergantung kepada riwayat itu dan mengenai apa riwayat itu, sama ada ia mempunyai kaitan dengan iktiqad atau syari’at. Soalannya tidak tepat untuk dijawab, kerana terdapat riwayat yang jelas (muhkam), dan terdapat riwayat mutasyabihaat, dan ada riwayat-riwayat yang bercanggah. Jadi jangan jawab dengan tepat sesuatu yang anda tidak diberi penjelasan maknanya lagi. Tetapi anda boleh memberikan pemahaman anda kepada sesiapa yang bertanya mengenainya. Anda juga boleh bertanya dan mencari jawapannya kemudian menjelaskan kepada sesiapa yang bertanya mengenainya).

Sudah tentu ia mengenai kesemuanya tetapi riwayat-riwayat mulia yang memperkatakan tentang pergerakan Kezuhuran Suci dan apa yang berkaitan dengannya. Bagi riwayat-riwayat yang memperkatakan tentang Kezuhuran, beliau (as) menjawab:


(Sekiranya anda bertanya tentang riwayat-riwayat Kezuhuran ini, kita tidak menjelaskannya kecuali apa yang perlu pada mereka atau apa yang sesuai padanya. Adapun apa yang kita tinggalkan tanpa penjelasan, maka sesiapa yang Allah kehendaki mereka memahaminya, Dia akan menjadikan mereka faham apa yang dimaksudkan dengan [hadith-hadith itu]. Dan setiap orang mengikut keikhlasan masing-masning dan penjelasan kepada semua orang mengikut keyakinan pada masanya).

Tiada ulasan: