Selasa, 14 April 2015

Bertanya tentang bahagian-bahagian di dalam riwayat-riwayat


Bertanya tentang bahagian-bahagian di dalam riwayat-riwayat


Ansar banyak kali berhadapan dengan orang yang bertanya tentang bahagian-bahagian [dalam riwayat], apakah riwayat-riwayat dari Ahlul Bayt (as) mengandungi petunjuk kepada sesuatu yang berkaitan dengan tanda-tanda atau watak-watak dalam Zaman Kezuhuran, bahkan, mengenai maklumat yang paling tepat yang berkaitan dengan dakwah Imam Al-Mahdi (as) dan Risalah Ilahiyah-nya. Dan sesetengah orang akan mendesak untuk menghubungkan kepercayaan mereka dalam dakwah Imam Al-Mahdi (as) serta Wasi dan Utusannya kepada manusia, untuk menjelmakan bahagian-bahagian (maklumat) tersebut dan keperluan untuk menjelaskan mereka seolah-olah ia adalah satu-satunya pintu untuk mempercayainya dari yang lain.

Dan sebenarnya, pemahaman ini adalah sangat berisiko (berbahaya), kerana Imam-imam petunjuk (as) telah menyatakan bahawa البداء  (Al-Badaa' / Al-Bidaa')  [] urusan tersebut boleh berlaku pada bahagian-bahagiannya. Jadi ia tidaklah betul, bagi orang yang menghubungkan menunggu untuk kepercayaannya dengan dakwah Imamnya (as) dengan sesuatu perkara yang ada Al-Badaa' padanya.

Mengenai perkara ini saya bertanya Abdus Soleh (as) mengenai Al-Sufyani dan mengenai beberapa maklumat yang berhubung dengan watak-watak dan hadits-hadits Kezuhuran.

Jadi dia (a.s) menjawab:

(Mengena maklumat terperinci semuanya tergantung pada Al-Badaa', bahkan adalah rujukan pada perancangan Ketenteraan bertujuan untuk mengalahkan musuh, iaitu syaitan dan tenteranya, Sehingga keluar yang dinashkan padanya iaitu pada hari yang sama [34] padanya ada Al-Badaa'

Selepas menyebut sebahagian daripada riwayat-riwayat yang mulia, beliau (as) meringkaskan kandungannya dan berkata:

(Apakah yang kamu faham dari riwayat-riwayat itu? Al-Qa'im ini adalah daripada yang tidak dapat dielakkan (Al-Mahtum), dan Al-Qa'im adalah dari Al-Mi'ad (yang dijanjikan), Al-Sufyani adalah dari yang tidak dapat dielakkan (Al-Mahtum), Ada Al-Mahtum (yang tidak dapat dielakkan) yang tidak ada Al-Badaa', ada Al-Mahtum yang terdapat Badaa', Al-Mi'ad (yang dijanjikan) tidak ada padanya Badaa' [35],

* Al-Mahtum (yang tidak dapat dielakkan) yang terdapat Badaa', maknanya, dalam pada perinciannya. Melainkan hadith-hadith itu menunjukkan bahawa tidak ada Badaa' padanya. Bagi Sufyani, dia mesti wujud, tetapi dia boleh menjadi demikian dan demikian, fulan atau fulan, atau dia boleh muncul dari tempat ini atau tempat itu.

* Al-Qa'im adalah dari Al-Mi'ad (yang dijanjikan), dan tidak ada Badaa' pada beliau; kerana dia adalah seorang Imam, dan tidak ada Badaa' pada Maksum.
Jadi kemunculan Al-Yamani, Al-Sufyani dan Al-Khurasani pada hari yang sama termasuk dalam bidang Al-Badaa', bagaimana mungkin orang yang waras tidak boleh menjadikannya suatu dalil yang kukuh yang boleh berlaku dan membenarkannya dan ia nampaknya dari (milik) Allah.

Saya juga bertanya kepadanya (as) dan berkata: Kadang-kadang orang bertanya kepada kami tentang bahagian terperinci, dan meminta kami untuk menjawabnya, maksud saya maklumat di dalam riwayat-riwayat. Sebagai contoh: Adakah apa yang berlaku di Iraq kini mendorong Sufyani merebut kuasa pemerintah, selepas anda berkata bahawa kuasa pemerintah yang ada pada masa ini adalah pemerintah Bani Abbas. Juga tentang Dajjal dan menghubungkannya kepada orang yang dikenali. Jadi bagaimana kita berurusan dengan soalan itu?

Jadi dia (a.s) menjawab:    

(Cuba untuk jadikan jawapan kamu sangat terhad; kerana ia akan menyebabkan banyak masalah kepada kamu pada masa ini, dan kesimpulannya adalah bahawa mereka akan tahu orang yang tepat jika mahu memikirkan kebenaran. Mereka tidak diminta untuk beriman dengan Sufyani atau selain daripadanya. Sebaliknya, mereka diminta untuk beriman kepada hujjaj, sebab sesiapa yang mengenal hujjah tiada siapa yang boleh memudaratkannya, dan sesiapa yang mengikuti hujjah akan mencukupi sebagai bekalan perbahasan [36]


✡✡✡✡✡
                                         
______________________________
[] nota Penterjemah: Al-Badaa' bermaksud apabila adanya ketetapan dari Allah SWT yang berubah, ditangguhkan, diganti, atau dibatalkan oleh Allah SWT. Untuk maklumat lanjut mengenai Al-Badaa' sila semak soalan 19 dalam AL-Mutasyabihaat Jilid 1.
[34] Ini [Kemunculan pada satu hari] telah disebut dalam riwayat tentang Al-Yamani,
عن الامام الباقر (ع)، قال: (.. خروج السفياني واليماني والخراساني في سنة واحدة ، في شهر واحد ، في يوم واحد، نظام كنظام الخرز يتبع بعضه بعضا فيكون البأس من كل وجه ويل لمن ناواهم، وليس في الرايات راية أهدى من راية اليماني، هي راية هدى، لأنه يدعو إلى صاحبكم ..) غيبة النعماني: ص264.
di mana Imam Al-Baqir (as) berkata: (Kemunculan Al-Sufyani, Al-Yamani dan Al-Khurasani akan berada dalam tahun yang sama, dalam bulan yang sama, pada hari yang sama, seperti manik tasbih yang, berikutan (berturutan) satu sama lain. Akan berlaku kesengsaraan di segala penjuru, celakalah orang-orang yang menentang mereka. Dan tidak ada panji yang lebih mendapat petunjuk selain dari panji-panji Yamani, panji beliau adalah panji-panji petunjuk (hidayah) kerana ia menyeru kamu kepada Pemilik Zaman (Shahib Al-Zaman), jadi jika Yamani muncul beliau akan menjadikan urusan senjata diharamkan bagi manusia dan setiap orang Islam, dan jika Yamani muncul dan bangkit ke arahnya, sesungguhnya panji beliau adalah panji-panji petunjuk, dan ia tidak dibenarkan bagi seorang muslim untuk berpaling daripadanya (menjauhinya), dan barangsiapa yang berbuat demikian maka dia adalah dari ahli neraka, kerana ia menyeru kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus ). Al-Ghaybah oleh Al-Nu'mani halaman 264
[35] Adapun amalan yang menyebut bahawa Qa'im (as) dan Sufyani adalah dari perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, Imam Ali Zain Al-Abidin (as) berkata: (... perkara mengenai Qa'im adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dari Allah, dan perkara mengenai Sufyani adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan dari Allah. Dan tidak ada Qa'im tanpa Sufyani ..) Bihar al-Anwar, jilid 52 Page 182.
Bagi riwayat yang mengatakan bahawa tidak ada Badaa' dalam yang tidak dapat dielakkan, Zurarah ibn A'yun meriwayatkan dari Abdul Malik ibn A'yun bahawa dia berkata:. (Pada suatu hari saya bersama Abu Ja'far (as), maka Qa'im (as) telah disebutkan, Lalu aku berkata kepadanya: Saya harap bahawa Qa'im [keluar] tidak lama lagi dan saya berharap tidak ada Sufyani Jadi beliau (as) berkata: Demi Allah, dia adalah dari yang tidak dapat dielakkan yang harus berlaku) Ghaybat Al-Nu'mani halaman 301.
Bagi riwayat yang menyebut bahawa Qa'im adalah dari Al-Mi'ad (yang dijanjikan) dan Badaa' boleh berlaku dalam perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, Dawud ibn Abi Al-Qasim berkata: (Kami bersama Abu Ja'far Muhammad bin Ali Al-Ridha (as) maka Sufyani telah disebutkan dan ia telah menyebut bahawa perkara itu adalah dari yang tidak dapat dielakkan seperti ia disebut dalam riwayat, jadi saya berkata kepada Abu Ja'far (as): Allah membuat Badaa' mengambil tempat yang tidak dapat dielakkan? Sebab itu ia berkata: (Ya). Oleh itu, kami berkata kepadanya: Kemudian kami takut bahawa Allah akan menjadikan Badaa' dalam hal Qa'im. Jadi beliau (as) berkata: (ini adalah Qa'im dari Al-Mi'ad (yang dijanjikan)) Bihar al-Anwar: Jilid 25: halaman 250
[36] Sesungguhnya sesiapa yang mengenal hujjah Allah akan cukuplah baginya bekalan untuk penyelidikan mencari kebenaran mengenai bahagian perincian riwayat dan apa yang menjadi tanda-tanda dan simbol-simbolnya. Dan khusus bagi yang muncul dari Timur, Al-Yamani (as), bukan sahaja dia mencukupi bagi orang beriman untuk mencari maklumat, tetapi juga untuk penyelidikan mencari Imam Al-Mahdi (as), kerana orang yang mendapat bimbingan darinya (Yamani) dan mengenalinya adalah orang yang mendapat bimbingan kepada Imam Al-Mahdi (as), kerana seperti yang diketahui, bahawa Yamani adalah penyeru ke arah Imam Mahdi (as).

Amirul Mukminin (as) berkata dalam khutbahnya: (... dan ketahuilah bahawa jika kamu mengikuti orang yang muncul dari Timur, dia akan berjalan dengan kamu atas jalan Rasulullah (S), jadi kamu akan pulih dari sifat buta, pekak dan bisu. Dan kamu akan terlepas daripada kesusahan mencari dan penindasan. Dan beban yang tidak dikehendaki akan dilepaskan dari leher kamu, dan tiada siapa yang akan dijauhkan Allah kecuali penzalim, dan penceroboh dan mengambil apa yang bukan dipunyainya. dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.) Al-Kafi Jilid 8 halaman 66 Hadis 22)

Tiada ulasan: