Sabtu, 18 April 2015


Riwayat: "Dunia tidak akan berakhir sehingga Rasulullah (S) dan Ali (as) bertemu di Al-Tsawiyah"


Tidak ada keraguan tentang kewujudan Alam Raj'ah. [], seperti juga tidak ada keraguan tentang kewujudan Alam Al-Zhar, dan ini disahkan dalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim dan dalam berpuluh-puluh Hadis Al-Syarif. Tambahan kepada kedua-dua Alam itu kepada Alam Dunya, menjadi tiga Alam-alam Lengkok Menurun [50], saya tidak akan membincangkannya sekarang, saya hanya mahu menunjukkan bahawa Alam Raj'ah yang adalah berbeza daripada Alam Dunya.


Alam-alam Lengkok Menurun

Apabila kebenaran ini datang ke dalam fikiran seseorang itu, akan datang kepada fikirannya banyak riwayat-riwayat Aali Muhammad (as) di mana mereka mengesahkan bahawa Rasulullah (S) dan Amirul Mukminin (as) akan bertemu di dunia ini di Kufah, di akhir zaman, untuk membina masjid yang dikhaskan kepada Negara Keadilan Ilahi Sedunia. Tidaklah tersembunyi dan akan menjadi sangat mudah untuk mentafsir Hadits-hadits yang memperkatakan tentang Alam Raj'ah kerana kita telah menjelaskan bahawa Alam Raj'ah dan Alam Dunya berbeza di antara satu sama lain, dan riwayat-riwayat mengisytiharkan bahawa perjumpaan itu akan berlaku dalam dunia yang kita hidup di dalamnya ini, bermakna Dunia ini, jadi apakah makna riwayat-riwayat itu kemudiannya?

Saya bertanya kepada Abdus Soleh (as) mengenai sebahagian dari riwayat tersebut dan berkata: Ketika saya membaca beberapa riwayat suci, makna tertentu yang tersirat dan datang ke dalam fikiran saya, dan bahkan makna ini akan disokong oleh apa yang telah dipelajari dalam dakwah kebenaran, tetapi kami tetap takut untuk bercakap tentang itu sebelum merujuk kepada tuan. Sebagai contoh: riwayat Pertemuan Rasulullah (S) dengan Ali (as) di Kufah dan mereka membina sebuah masjid yang mempunyai seribu pintu. Apabila riwayat-riwayat itu, dan riwayat-riwayat yang serupa dengannya dibentangkan kepada orang ramai, mereka dengan serta-merta mengatakan bahawa ini adalah dalam Raj’ah.

Jadi dia (a.s) menjawab:

(Adakah kamu maksudkan sebagai contoh yang Allah SWT firmankan:

﴿إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ مَن جَاء بِالْهُدَى وَمَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ﴾

{Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah: "Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata".} [51])

Lalu aku berkata: Ya. Dan riwayat ini adalah: Dari Abi Marwan berkata: (Saya bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai firman Allah Azza Wajall:
﴿إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ﴾
{Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. }.
Beliau berkata: jadi dia (as) berkata kepada saya:
Tidak demi Allah dunia tidak akan berakhir dan tidak akan pergi sehingga Rasulullah (S) dan Ali (as) bertemu di Al-Tsawiyyah, jadi mereka akan bertemu dan mereka akan membina sebuah masjid di Al-Tsawiyyah yang mempunyai 12,000 pintu, bererti ia terletak di Al-Kufah) [52]

Jadi dia (a.s) berkata:

(Kamu mempunyai riwayat lain mengenai masjid yang sama. Adakah kamu tahu riwayat ini? Adakah kamu tahu riwayat yang lain yang memperkatakan tentang masjid yang disebut dalam riwayat sebelumnya?)

Lalu aku berkata: Saya telah membaca bahawa dua belas Imam keadilan akan solat di masjid ini. [53]


Jadi dia (a.s) berkata:
(Tidak, bukan begitu, tetapi orang-orang yang meminta Al-Qa'im itu yang mampu membina sebuah masjid [yang cukup luas] untuk menampung mereka; kerana solat di belakangnya adalah sama dengan bersolat di belakang Rasulullah, maka ia akan membina untuk mereka sebuah masjid yang mempunyai seribu pintu [54])

Kemudian beliau (a.s) berkata:

(Peganglah erat-erat kepada Dia yang telah menciptakan segala sesuatu dan telah memberikan segala sesuatu kepada penciptaanNya. Dan menerima segala sesuatu yang Dia SWT khabarkan kepada kamu dan kamu akan mengetahui segala-galanya, kamu tidak akan tersesat dan kamu tidak akan terkeliru walaupun semua penduduk bumi tenggelam dalam kesesatan)

Lalu aku berkata: Jadi, boleh saya katakan bahawa riwayat yang menunjukkan kepada contoh Rasulullah (S) dan contoh kepada Amirul Mukminin (as) hari ini

Jadi dia (a.s) berkata:

(Banyak riwayat-riwayat yang seperti ini [55], dan juga riwayat-riwayat Raj'ah. Dan Raj'ah ada dua: Raj'ah dalam [masa] kebangkitan Al-Qa'im dengan contoh-contoh mereka (orang-orang seperti mereka). Dan yang Raj'ah di Alam Raj'ah, "yang pertama" [✡✡], dengan jiwa (diri) mereka dan jasad-jasad yang sesuai dengan alam itu dan bahawa selepas Allah menjadikan mereka lupa keadaan mereka dan ujian pertama dan kedua)



✡✡✡✡✡
______________________________
[] nota Penterjemah: Alam Raj'ah (Alam Kembali) yang telah banyak diperkatakan oleh Aali Muhammad (as), dan ia adalah satu alam yang akan wujud selepas dunia ini berakhir. Alam Raj'ah dianggap 3 dari hari-hari besar Allah, bersama-sama dengan hari Al-Qa'im dan Hari Penghakiman. Dalam Alam Raj'ah ini orang-orang yang akan kembali adalah orang-orang yang telah mencapai lambang-lambang iman dan kepercayaan di dunia ini, dan juga orang-orang yang telah mencapai lambang-lambang kekufuran dan pelanggaran di dunia ini. Seperti kata Imam Ahmad Al-Hassan (as): (Alam Raj'ah adalah Alam lain yang berbeza daripada Alam Jasmani ini, dan oleh itu sifatnya adalah berbeza dari dunia ini). Dan kerana Alam Raj'ah adalah Alam yang berbeza sesuai dengan kata-kata Aali Muhammad (as), dan ia mempunyai peraturan sendiri dan sistem yang tersendiri, oleh itu adalah tidak benar menyatakan konsep-konsep (asas-asas) yang disebut dalam riwayat-riwayat mengenai Alam Raj'ah untuk difahami mengikut makna yang difahami mengikut Alam Jasmani ini, dan mungkin kejahilan mengenai hakikat ini telah menyebabkan ramai para ulama tersesat ketika memperkatakan mengenai Alam Raj'ah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Alam Raj'ah, sila rujuk buku ini viewtopic.php?f=118&t=7309
[50] Rujuk kepada buku Al-Mutasyabihaat oleh Syed Ahmad Al-Hassan (as) Jilid 4 Soalan 169. Penterjemah ini: Anda boleh mencari ia di sini dan juga viewtopic.php?f=118&t=6125
[51] Surah Al-Qasas 28:85
[52] Bihar Al-Anwar Jilid 53 Page 113-114
[53] Habbah Al-'Arni berkata: Amirul Mukminin (as) keluar ke Hirah dan berkata: (Ini akan bersatu ini dengan itu, dan beliau menunjuk dengan tangan beliau ke Kufah dan Hirah, sehingga sehasta di antaranya akan dijual dalam Dinar, dan kemudian di Hirah masjid boleh dibina yang mempunyai 500 pintu, Khalifah Al-Qa'im (as) akan bersolat di dalamnya, kerana masjid Kufah akan menjadi kecil bagi mereka (tidak akan cukup untuk mereka) dan 12 Imam keadilan akan bersolat di dalamnya. Lalu aku berkata: Wahai Amirul Mukminin, keluasan masjid Kufah itu, menampung separuh penduduk pada hari itu? Jadi beliau (as) berkata: Akan dibina baginya empat buah masjid, masjid Kufah adalah paling kecil, dan dua buah masjid lain di kedua-dua sempadan Kufah, dari sebelah sini dan kesebelah sanan, dan beliau menunjuk dengan tangannya ke arah sungai Al-Bashriyin dan Al-Ghariyin) - Tahzhib Al-Ahkaam oleh Syeikh Al-Thusi jilid 3 halaman 254
[54] Dari Abi Ja'far (as) dalam khabar (riwayat) yang panjang: (Al-Mahdi akan masuk Kufah, dan tiga panji-panji mengganggunya, Maka terus ia masuk sehingga naik ke mimbar dan berkhutbah, dan orang ramai tidak tahu apa yang dikatakan dari tangisannya .. Pada hari Jumaat kedua, orang-orang berkata: Wahai anak Rasulullah solat di belakang tuan setanding dengan bersolat di belakang Rasulullah (S) dan masjid tidak boleh menampung kami, dan berkata: Aku kerap kali mengunjungi kamu, apabila keluar tersekat di masjid kerana mempunyai beribu pintu menampung manusia mencari ruang, dan menghantar orang menggali di belakang makam Al-Hussein (as), yang mempunyai sungai yang mengalir ke Al-Ghariyin sehingga melepasi Najaf ..) Bihar Al-Anwar jilid 52 halaman 331.
[55] - boleh dikaji semula riwayat-riwayat yang mulia yang menerangkan ayat:
﴿إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ
{Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu Al Quran,} dan yang lain-lain.
[✡✡]nota Penterjemah ini:
* Sebagai contoh: Imam Al-Sadiq (as) berkata: (Al-Qa'im akan keluar dari belakang Kufah bersama dua puluh tujuh orang lelaki, lima belas orang dari kaum Nabi Musa yang telah mendapat hidayah kebenaran dengan menilainya, dan tujuh orang dari penghuni gua (Ashab Al-Kahf), Yusyak bin Nun, Salman, Abu Dajana Al-Ansari, Miqdad, dan Malik Al-Ashtar Jadi mereka akan menjadi penyokong (ansar) dan kaki tangannya) - Al-Irshad Al-Mufid : Jilid 2 Halaman 386.

Maksudnya, bahawa contoh dari orang-orang tersebut (Ashab Al-Kahf, Yusyak bin Nun, Salman, dan lain-lain) adalah daripada Ansar beliau, bukannya jasad [fizikal] mereka sendiri yang akan kembali .

Juga: Dalam Kitab "Al-Raj'ah adalah hari ketiga dari hari-hari besar Allah", Saudara Ansari Alaa 'Salem membuat ulasan dan berkata: Sesiapa yang membaca pengisytiharan beberapa peristiwa penting dalam riwayat-riwayat akan mendapati bahawa satu masa ia menunjuk kepada dunia fizikal (alam Jasmani) ini, dan masa yang lain di Alam Raj'ah, seperti juga dalam perkara kematian Iblis (la) yang menipu umat manusia. Adalah dinyatakan bahawa ia dibunuh pada hari yang diketahui (Yaum Al-Maklum) oleh Al-Qaim (as) di Masjid Kufah, [tetapi dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa orang yang akan membunuh iblis adalah Rasulullah (S). Berikut adalah riwayat]:

* Dari Wahab bin Jamei' Maula Ishaq bin Omar, dia berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai kata-kata iblis:
﴿قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ * قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ * إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ﴾
"Berkata (Iblis): "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari dibangkitkan, * [Allah] berfirman: "maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, * sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan,} [Surah al-Hijr 15: 36-38],

Wahab berkata kepadanya: Semoga aku menjadi tebusan mu, hari apakah ini? Beliau (a.s) berkata:

(Wahai Wahab adakah kamu fikir ia adalah hari Allah dibangkitkan manusia? Allah memberinya masa sehingga hari diutus Qai'm kami, apabila Allah menurunkan Qaim kami dia akan berada di Masjid Kufah, dan dia akan berlutut dan kedua tangannya di atas lutut dan dia berkata: celakalah aku dari hari ini, dan akan diambil kepalanya dengan dipenggal lehernya, dan itu adalah hari (suatu) waktu yang telah ditentukan)

* Dan diriwayatkan bahawa pembunuh Iblis adalah Rasulullah (S) juga di hari yang ditentukan (Yaum Al-Maklum):

Abdul Karim ibn Amr menceritakan bahawa dia mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya Iblis berkata: Ya Tuhanku, berilah tempoh sehingga hari kiamat, maka Allah menolak permintaannya, dan Dia berkata: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh sehingga hari waktu yang ditentukan. Jadi, jika hari masa yang ditentukan datang, Iblis akan hadir dengan semua pengikut-pengikutnya dari masa Allah menciptakan Adam sehingga ke hari masa yang ditentukan, dan ia adalah pusingan terakhir bagi Amir Al-Mukminin (as) masuk). Lalu aku berkata: ia ada pusingan? Beliau (as) berkata: Ya, sesungguhnya ia adalah pusingan demi pusingan, dan tidak ada seorang Imam dalam satu abad melainkan masuk padanya yang soleh dan pelanggar (pemaksiat) pada zamannya, sehingga Allah membersihkan (mengasingkan) antara orang-orang mukmin dari orang-orang kafir. Jadi, jika ia adalah hari waktu yang ditetapkan Amir Al-Mukminin (as) akan kembali bersama sahabatnya dan Iblis akan datang dengan para sahabatnya, dan masa yang ditetapkan mereka akan berada di tanah dari tanah-tanah Furat (Euphrates) berhampiran dengan Kufah kamu, maka mereka akan berlawan dalam satu pergaduhan besar yang mana tiada perlawanan seperti itu pernah berlaku sejak kerana Allah SWT menciptakan alam. Oleh itu, ia seolah-olah saya melihat sahabat-sahabat Amir Al-Mukminin Ali (as) mengundur ke belakang 100 kaki, seolah-olah saya melihat sebahagian dari kaki mereka telah masuk ke dalam Sungai Furat, dan pada masa itu Allah SWT akan turun {Dalam bayang-bayang awan dan malaikat, dan perkara itu telah ditetapkan}. Rasulullah (S) membawa di tangannya lembing daripada cahaya. Jika iblis memandang baginda, dia mengundur ke belakang, maka para sahabatnya berkata kepadanya: Mengapakah kamu lari semasa kamu menang, dan dia akan berkata: Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu tidak lihat, sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seluruh alam. Maka Nabi (S) akan mengikutinya, maka baginda menikamnya dengan satu tikaman di antara dua bahunya, dan akan memusnahkannya dan semua pengikutnya. Dan pada masa itu Allah SWT akan disembah dan Dia tiada yang disekutukan denganNya, dan Amir Al-Mukminin (as) akan memerintah selama 44,000 tahun, sehingga orang dari pengikut Ali (as) melahirkan 1000 lelaki dari sulbinya, dan pada masa itu dua taman akan wujud di Masjid Kufah dan apa yang ada di sekitarnya, dengan kehendak Allah) - Mukhtashar Basha'ir Al-Darajaat: Halaman 27

Oleh itu: supaya menjadikan anda akan lebih pasti lagi mengenai kedua-dua hari ini ([iaitu kedua-dua Hari Raj’ah dan Hari Al-Qa'im, bahawa adalah "Raj’ah sebagai teladan (contoh)", dan Alam Raj’ah iaitu selepas Alam Jasmani ini berakhir), anda boleh membaca riwayat yang tersebut di atas [Abdul Karim Al-Kath'ami], yang menjelaskan bahawa Rasulullah (S) adalah orang yang akan membunuh Iblis (laknahu Allah) dengan tombak dari cahaya di hari yang ditentukan; dan dalam riwayat yang lain dikatakan bahawa orang yang akan membunuh Iblis adalah Al-Qa'im (as) di Masjid Kufah, maka anda akan mengetahui bahawa Rasulullah (S) adalah orang yang akan membunuh Iblis (laknahu Allah) di hari yang ditentukan di Alam Raj'ah, dan bahawa Al-Qa'im (as) adalah orang yang akan membunuh iblis di dunia ini di masjid Kufah pada waktu dia bangkit dengan kebenaran, dan ia adalah Hari Raj'ah sebagai teladan (sebagai contoh)."- Diulas oleh saudara Ansar Alaa' Salem, semoga Allah melindunginya, dari Kitab "Raj'ah adalah hari ketiga dari hari-hari besar Allah."

* Dalam menjelaskan perkara ini Imam Ahmad Al-Hassan (as) juga berkata: "Adapun apa yang diriwayatkan tentang Ashab Al-Kahf (Penghuni Gua) yang akan bangkit bersama Al-Qa'im (as) adalah sebahagian daripada orang-orang yang ikhlas dari sahabat-sahabat Rasulullah (S) dan sahabat-sahabat Imam Ali (as) seperti Malik Al-Ashtar; apa yang dimaksudkan [dengannya] bukanlah [kedatangan kembali] diri mereka sendiri. Sebaliknya, apa yang dimaksudkan dalam riwayat ini adalah sebagai contoh [kedatangan] mereka ([atau orang-orang yang meneladani sifat mereka]) dari para sahabat Qa'im (as). Maksudnya, dari kalangan para sahabat Qa'im (as) akan ada seorang lelaki yang menyerupai Malik Al-Ashtar dalam keberanian, kepandaian, kepimpinan dan ketegasan dalam Zat Allah dan ketaatan kepada Allah berakhlak mulia dan banyak lagi sifat yang diketahui pada Malik Al-Ashtar. Oleh itu para Imam menggambarkan orang itu sebagai Malik Al-Ashtar ... Dan ini bukanlah dari orang-orang yang fasih dan petah, dan tuan-tuan mereka adalah Ahlul Bayt (as), seperti Al-Sha'ir Al-Husseini, beliau telah menerangkan keturunan Ali Al-Akbar ke medan perang, dia dikatakan seperti itu. Bermaksud: Bahawa Muhammad (S) turun ke medan perang. Dan itu adalah kerana persamaan yang ketara di antara Ali Al-Akbar dan Rasulullah (S) dalam penampilan dan akhlak, walaupun [jasad] para sahabat Imam-imam yang mencapai lambang-lambang kebenaran akan pulang dan kembali ke dalam Al-Raj'ah selepas dua belas Mahdi-Mahdi, dan pada masa yang terakhir dari mereka ([Mahdi kedua belas]), dan dia adalah Al-Qa'im terakhir dari mereka dengan hak dari Aali Muhammad (as) kepada siapa yang dikehendaki Al-Hussein bin Ali (as) akan keluar. Dan Mahdi yang terakhir atau Al-Qa'im terakhir ini tidak akan mempunyai keturunan atau anak "- Al-Mutasyabihat jilid 3, soalan 72

* Oleh itu, apa yang dimaksudkan dengan "Muhammad dan Ali" dalam riwayat sebelumnya adalah: contoh-contoh mereka, sehingga ketibaan mereka akan sama dengan kedatangan Nabi dan Ali, (shalawatu Allah 3alaihuma wa Aali-huma) .

* "Jika kita tahu bahawa ada dua orang pada zaman Kezuhuran Suci, dan salah seorang daripada mereka akan menjadi contoh Rasulullah (S), dan yang lain akan menjadi contoh Amir Al-Mukminin (as), sehingga orang-orang akan mendapati dari Khalifah Allah [lebih layak menjadi orang-orang seperti Muhammad (S) dan Ali (as)] selain daripada Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hassan dan anaknya dan Khalifah Al-Mahdi Pertama (Ahmad), yang pertama beriman kepadanya, dan yang pertama paling rapat dengan beliau, menurut apa yang disebut oleh Rasulullah (S) dalam Wasiat baginda."- Ulasan oleh saudara Ansar Alaa 'Salem, semoga Allah melindunginya, dari Kitab "Raj'ah adalah hari ketiga dari hari-hari besar Allah."
[✡✡] nota Penterjemah: Ini adalah merujuk kepada firman Allah SWT:
وَهُوَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِ ۖ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ﴿٧٠
{Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, bagi-Nya-lah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nya-lah segala penentuan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.} [Surah Al-Qasas 28:70] - Ulasan oleh saudara Ansar Alaa 'Salem, semoga Allah melindunginya, dari Kitab "Raj'ah adalah hari ketiga dari hari-hari besar Allah."


Tiada ulasan: