Rabu, 16 Julai 2014

Soalan 169: Kejadian dalam tiga kegelapan


Soalan 169: Apakah tiga kegelapan yang ada dalam firmanNya Yang Maha Tinggi:

﴿خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقاً مِنْ بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلاثٍ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ﴾

Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya pasangannya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan? [325].
     
Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Ia adalah: kegelapan Al-Zhar, dan kegelapan Al-Dunia, dan kegelapan Al-Raj’ah, yang merupakan Alam-alam lengkung menurun.

Alam-alam lengkung menaik ada tiga cahaya, iaitu: sebelum lenyap (fana’), lenyap (fana’), dan kembali semula setelah lenyap (fana’). Ia pada martabat Muhammad (sawas) ada tiga, sebelum terbukanya hijab (tabir), selepas terbukanya hijab dan selepas kedatangan semula hijab. Ia hilang di antara fana’ pada Zhat Ketuhanan dan yang kekal hanya Allah Al-Wahid Al-Qahhar, dan kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah).





Ini adalah enam martabat dalam lengkung menaik dan menurun mewakili semua kewujudan, dan sebagai tajalli cahaya di dalam kegelapan, dan kemunculan (zahir) pada kewujudan cahaya dalam kegelapan, dan ia adalah (huruf) Wau menurun dan Wau menaik, yang merujuk kepada enam hari dan enam martabat.

(واو) Wau menurun.
(واو) Wau menaik.

Bulatan di bahagian atas waw menunjukkan ketidakpastian (kehairanan) dalam lengkung menaik dan ia adalah kehairanan dalam cahaya; kerana tidak mengetahui dan makrifat cahaya sepenuhnya, yang tidak menjadi kegelapan di dalamnya, iaitu, Allah SWT makrifat sepenuhnya dan lengkap, maka jadilah martabat lengkung menaik ianya adalah: sebelum terbukanya, selepas terbuka dan fana’nya, dan yang ketiga ialah untuk kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah) selepas fana’ (lenyap).

Adapun Kehairanan dalam kegelapan disebabkan ia pada martabat yang lebih rendah yang tidak akan mencapainya dan tidak mendapatkan darinya sesuatu apa pun, bahkan ia adalah kegelapan dan tidak mempunyai nasib dari kewujudan, melainkan boleh menggunakan kewujudan, dan ini adalah hakikat kegelapan kebendaan dan tidak akan berhasil mendapatkan sesuatu apa pun daripadanya, tidak mengenal sesuatu pun daripadanya, kalaulah tidak ditajallikan (ditunjukkan) dan dizahirkan rupa bentuk Malakut (Al-Shurah Al-Malakutiyah) padanya.

Maka yang didapatinya hanyalah martabat lengkung menurun, ia adalah: Al-Alam Al-Zhar, kemudian turun kepada kegelapan kebendaan, dan kemudian mendaki naik ke kebangkitan Al-Qaim sehingga sampai ke Raj’ah, dan ini adalah martabat ketiga, dan ini adalah imej (rupa bentuk) lengkung menurun dan menaik:
Dan dengan berhimpun keduanya dan bertindih antara satu sama lain yang akan menghasilkan semua kewujudan dari awal hingga akhir. Ia adalah Muhammad (sawas). 



✡✡✡✡✡

-------------------------
[325] - Al-Zumar 39:6.


Tiada ulasan: