Soalan
153: Kalaulah Iblis (laknahu Allah) bersalah kerana tidak sujud kepada Adam (as),
mengapa ayat hanya ditujukan kepada malaikat dan tidak kepada jin? Bolehkah
kita mengatakan bahawa ia adalah hujah baginya, dan ia adalah perintah sujud untuk
para malaikat, bukan untuk jin?
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala
puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan
Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
Iblis
(laknahu Allah) dari golongan jin, menurut asalnya [210]. Dia
daripada peringkat marhalah malaikat pada ketika dia datang dan diperintahkan sujud
kepada malaikat itu. Perintah kepada malaikat dianggap meliputi semua para
malaikat pada peringkat (marhalah) itu.
Jin
dicipta bertanggungjawab dan taat kepada Allah akan naik ke martabat malaikat
dan menjadi malaikat, dan fitrah manusia lebih besar lagi; di mana jika mereka
taat kepada Allah SWT, malah akan naik manusia sehingga menjadi wajah Allah dan
tangan Allah [211], seperti mana halnya Khalifah Allah di
muka bumiNya (as) [212]. Manusia, jika mentaati Allah dinaikkan ke
martabat yang lebih tinggi daripada martabat malaikat (as).
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[210]
- Yang Maha Tinggi berfirman:
: (وَإِذْ قُلْنَا
لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ
الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ . .)
(Dan
(ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu
kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin,
maka ia mendurhakai perintah Tuhannya...) [Al-Kahfi 18:50].
Dari
Jamil Bin Daraj, dari Abi Abdillah (as) berkata: Aku bertanya kepadanya tentang
Iblis, sama ada ia dari kalangan malaikat? Adakah ia pengikut langit? Beliau
berkata: (Ia bukan malaikat, dan bukan pengikut sesuatu dari langit, ia daripada
jin dan adalah bersama malaikat-malaikat dan malaikat melihatnya sebahagian daripada
mereka, dan Allah mengetahui bahawa ia bukan dari kalangan mereka, dan apabila
diperintahkan untuk sujud maka ia adalah sebahagian daripada mereka) Bihar
Al-Anwar: Jilid 11, halaman 119.
[211]
- Abi Ja'far (as) berkata (Semasa keluargaku bersama Rasulullah (sawas),
baginda bersabda: Ya Tuhanku, apa halnya jika mukmin di sisiMu? Dikatakan: ...
dan seorang hamba dari hambaKu tidak dapat menghampiri kepadaKu sedikit pun, melainkan
Aku lebih ia kasihi dengan dia menghampiri Ku, dan sesungguhnya dia menghampiri
Ku dengan Nafilah. Sehingga Aku kasih padanya, maka jika aku mengsihinya
Akulah menjadi pendengarannya untuk dia mendengar dan penglihatannya yang
dengannya dia melihat dan lidahnya untuk melafazkan kata-kata dan tangannya
yang dengannya dia menyerang, jika dia menyeru-Ku, Aku aku mengabulkannya dan jika
dia meminta Aku memberikannya) Al-Kafi Jilid 2, halaman 352-353, Bab Man Azha Al-Muslimin
Wa A7taqarahum, Hadits 7 dan 8.
[212]
– Dari Abd Al-Muzza7im bin Katsir, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata (Bahawa
adalah Amirul Mukminin (as) berkata: Aku Ilmu Allah, aku jantung (hati) Allah yang
penuh perhatian, lisan Allah yang berbicara, mata Allah yang melihat, aku sampingan
Allah dan aku tangan Allah) Bashair Al-Darajaat oleh Al-Shafar: halaman 84.
Dari
Muhammad bin Hamran dari Aswad bin Sa3id berkata: Aku berada di sisi Abi Ja'far
(as) beliau mengatakan pada mulanya apabila tiada sesiapa bertanya padanya (Kami
hujjah Allah, dan kami adalah pintu Allah, dan kami lisan Allah, dan kami adalah
wajah Allah, dan kami adalah mata Allah pada ciptaanNya, dan kami Waliy Amr
Allah pada hambaNya) Al-Kafi: Jilid 1, halaman 145.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan