Soalan
140: Adakah mungkin untuk mengetahui atau apakah yang dimaksudkan dengan anjing
Ashhab Al-Kahfi? Walaupun anjing adalah anjing biasa mengapa disebut lebih
daripada sekali dalam kisah ini, kadang-kadang disebut dalam bentuk jamak:
﴿سَيَقُولُونَ ثَلاثَةٌ
رَابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْماً
بِالْغَيْبِ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ قُلْ رَبِّي أَعْلَمُ
بِعِدَّتِهِمْ مَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ فَلا تُمَارِ ([102]) فِيهِمْ
إِلَّا مِرَاءً ظَاهِراً وَلا تَسْتَفْتِ فِيهِمْ مِنْهُمْ أَحَداً﴾
Nanti
(ada yang) mengatakan (mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya,
dan (yang lain) mengatakan: "( mereka) adalah lima orang yang keenam
adalah anjing nya", sebagai terkaan terhadap barang yang ghaib; dan (ada yang)
mengatakan: "( mereka) tujuh orang, yang ke delapan adalah
anjingnya". Katakanlah: "Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak
ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit". Karena itu
janganlah kamu bertengkar tentang hal mereka, [102]kecuali
pertengkaran lahir saja dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal
mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).[103]?
Saya
harap dapat dijelaskan.
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala
puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan
Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
Yang
ada bersama dengan Ashhab Al-Kahfi (as) adalah anjing yang luar biasa juga,
tetapi apa yang penting bukanlah anjing itu, kerana yang mengiringi dan mengawal
anjing itu adalah jin dan namanya Qithmir (قطمير) [104], dan bagi jin ini ia berkeupayaan menyerupai
binatang seperti kucing dan anjing dan menjalaninya.
Dan
jin ini (Qithmir) mahu menarik perhatian anjing ini kepada kewujudannya, dan
keupayaannya untuk membantu mereka selepas keimanannya dengan dakwah mereka.
Dan
Qithmir dari jin yang mempunyai kemampuan untuk memenuhi hati dengan ketakutan dan
mengoncangkan hati yang berani, Allah Ta’ala berfirman:
﴿ وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ
ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ
فِرَاراً وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْباً﴾
sedang
anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu
menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan
diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka. [105].
Yang
memenuhi hati dengan ketakutan sesiapa yang menghampiri mereka. Dialah Jin Qithmir
yang melindungi mereka, dan Qithmir adalah salah seorang ansar Al-Qaim (as).
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[102]
– Al-Miraa’ - pertengkaran: adalah penyakit yang paling banyak
berleluasa di pusat-pusat pengajian ilmu, yang lebih hampir kepada jidal
(perdebatan), penyakit yang terjangkit kepada sesiapa yang belajar, dua kalimah
iaitu menyangka bahawa dia memiliki pengetahuan, dan ramai yrang menyaksikan perkara
ini dan mengetahui penyakit ini pada mereka itu. Pertengkaran adalah dengan
mengucapkan kata-kata yang tidak membosankan dan tidak muktamad dan bukan pula Hujah
sepenuhnya. Walaupun dia di pihak yang betul atau benar, pertengkaran adalah
dilarang, telah diriwayatkan dari Rasulullah (sawas) sabdanya: (Tiga jenis
manusia yang menemui Allah akan masuk syurga dari mana-mana pintu yang
dikehendakinya: Penciptaan (makhluk) yang baik, yang takut kepada Allah di
waktu tiada dan ada (manusia melihatnya), dan yang meninggalkan pertengkaran, walaupun
dia di pihak yang benar) Wasail Al-Syi3ah: Jilid 8 halaman 567, maka mereka dalam
hal ini jatuh syirik; Oleh kerana kemenangan mereka untuk diri mereka sendiri
dan bukan kerana Allah.
[103]
– Al-Kahfi 18: 22.
[104]
- dalam Qishash Al-Anbiak oleh Al-Jazairiy - halaman 499: (bertanya seorang Yahudi
kepada Amirul Mukminin (as): Wahai Ali apakah nama anjing itu dan apakah warnanya?
Maka berkata Ali (as) kepadanya: لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم -
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Al-3aliy Al-3adzim, ada pun warna
anjing itu belang-belang hitam, dan nama anjing itu Qithmir).
[105]
- Al-Kahfi 18:18.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan