Jumaat, 4 Julai 2014

Soalan 130: Wahai dunia!

Soalan 130: Apa yang di maksudkan dengan kata-kata Amir Al-Mukminin (as) untuk dunia:

(يا دنيا غرّي غيري إليَّ تعرضت أم إليَّ تشوفت هيهات هيهات قد بنتك ثلاثاً لا رجعة فيها)

(Wahai dunia, tariklah selain daripada ku. Bagi ku, kamu membinasakan diri sendiri? Atau kepada ku, kamu mendedahkan godaan mu? Adalah mustahil, kerana aku telah menceraikan kamu tiga kali, aku tidak dapat kembali kepada mu.) bimbinglah hati ini [61],

Adakah Amir Al-Mukminin (as) pisahkan (ceraikan) dunia ini seperti perceraian biasa iaitu dia meninggalkannya, kemudian kembali kepadanya, dan kemudian meninggalkannya, dan menjadi tiga kali?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                  
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Pengertiannya ini adalah yang diingatkannya bermakna bahawa dia masih mahu padanya selepas meninggalkannya adalah tidak benar. Tetapi beliau (as) menolaknya di zaman kanak-kanak, zaman belia dan pada masa tua, Firman Allah:

﴿اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرّاً ثُمَّ يَكُونُ حُطَاماً وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ﴾

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. [62].

Ali (as) masuk Islam di zaman kanak-kanak, tidak diketahuinya alam permainan, tetapi yang diketahuinya adalah usaha dan Jihad mempertahankan Muhammad (sawas) dan Islam sejak mudanya. Kemudian beliau menghabiskan zaman mudanya dan mengelap urat darah di jalan Allah, dari satu peperangan ke satu pertempuran yang tidak sempat menyembuhkan lukanya, kemudian pada usia tuanya dia tidak peduli sedikit pun dengan dunia apatah lagi kebesarannya.

Bagi Ali (as) di zaman kanak-kanaknya, dia tidak suka bermain, tidak suka dipuja, dan pada usia mudanya tidak mengenal perhiasan dan perhatian kepada rupa paras, dan di usia tua tidak mengumpul apa-apa daripada warisan dunia, kerana ia mempunyai ketiga-tiganya sebagai yang dikatakan Ali (as). Dan sekali lagi, kerana padanya dia mendukung semua ketiga-tiga kerajaan, kerajaan jasmani, kerajaan di langit ke Enam, dan Al-'Aqal di langit ke Tujuh.


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[61] - serupa dengan ini dikeluarkan soalan, dan lihatlah perkataan dalam: Manaqib Aali Abi Thalib: Jilid. 1, halaman  370, Dakhair Al-3uqba: halaman  100.

[62] – Al-7adid 57:20.

Tiada ulasan: