Soalan
170: Apakah maksud perenggan doa Iftitah ini, yang diriwayatkan daripada Imam Al-Mahdi
(as):
اَبْدِلْهُ مِنْ بَعْدِ
خَوْفِهِ اَمْناً يَعْبُدُكَ لا يُشْرِكُ بِكَ شَيْئاً
(dan
tukarkanlah padanya selepas ketakutannya dengan keselamatan. Untuk mengabdi
kepadaMu, tanpa syirik padaMu dengan sesuatu jua pun.) [326]?
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala
puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan
Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
Iaitu:
untuk membuka kepadanya pembukaan yang nyata (الفتح المبين) supaya menghentikan Al-Ana (Keakuan), sehinggia yang kekal hanyalah
Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Tunggal lagi Maha Penakluk).
Ia
adalah
berhubung
dengan Nabi Muhammad (sawas) yang telah nyata dibukakan padanya. Tetapi bagi Amir
Al-Mukminin (as) dibukakan padanya dengan terbukanya hijab bersama Rasulullah Muhammad
(sawas). Dengan itu dibukakan padanya oleh Rasulullah (sawas). Maka jadilah juga
Amir Al-Mukminin Ali (as) tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang
Tunggal lagi Maha Penakluk)., dan Ali (as) tidak kekal, dan kembali kepada
akhir keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah).
Tetapi
terdapat perbezaan pada pembukaan Amir Al-Mukminin Ali (as) antara keduanya
pada Hijab. Hijab yang pertama antara keduanya terbuka kepada Rasulullah pada
hakikatnya, dan yang kedua kepada Ali (as), dan begitulah kepada Imam Al-Mahdi
(as). Pada akhir Ghaibah Shughra dibukakan padanya maka tiada lagi ketakutan,
tidak lagi kembali padanya syirik iaitu wujudnya Al-Ana (keakuan); untuk
mendapatkan pembukaan padanya (as).
Ada
pun pada zaman kezuhuran yang diperlukan untuk pembukaan adalah Mahdi Pertama,
itulah ketakutan yang ditukarkan dari rasa takut kepada yang lebih selamat, dan
bermohon kepadaNya untuk: [mengabdi kepadaMu, tanpa syirik padaMu dengan
sesuatu jua pun], untuk meningkatkan halaman wujudnya Al-Ana dalam Anaat (peringkat)
iaitu dibukakan kepadanya.
Roh
Qudus Al-A3dzam adalah bersama Rasulullah (as), dan apabila dibukakan kepadanya
ia bergerak dari Rasul kepada Amir Al-Mukminin Ali (as); kerana Rasulullah (as)
melepaskannya untuk mengimbangi pembukaan berikutnya untuk mengimbangi Roh Qudus
Al-A3dzam.
Oleh
itu Imam Mahdi (as) melepaskan Roh Qudus Al-A3dzam pada zaman kezuhuran; kerana
dibukakannya pada zaman Ghaibah Shughra, untuk diserahkan Roh Qudus Al-A3dzam kepada
Mahdi Pertama, seperti yang disebut (ditashdiq) oleh Rasulullah (sawas) diri-diri
kami dan diri-diri kamu pada Ali (as). Begitulah pula ditashdiq oleh
Imam Mahdi (as) pada Mahdi Pertama (as), pada pakaian yang dipakai oleh Rasulullah
dan Amir Al-Mukminin Ali adalah Roh Qudus Al-A3dzam. Dengan itu mereka hanya seimbang
dari sudut ini, dan walau bagaimana pun Rasulullah (sawas) lebih utama daripada
Ali (as).
Begitulah
pula Imam al-Mahdi (as) adalah lebih utama daripada Mahdi Pertama, persamaan
mereka dari sudut jubah (pakaian) ini. Ia adalah Roh Qudus Al-A3dzam, yang
dipakaikan kepada Mahdi Pertama itu; kerana ia perlu mengimbanginya, tetapi Mahdi
Pertama tidak mendapat pembukaan padanya. Walaupun Imam Mahdi (as) mendapat pembukaan,
untuk mengimbangi pembukaan; kerana pada peringkat tidak akan kekal hanyalah Allah
Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Tunggal lagi Maha Penakluk).
Mahdi
Pertama tidak dapat pembukaan, untuk mengimbangi Roh Qudus Al-A3dzam ini, dia menyerunya
dengan [mengabdi kepadaMu, tanpa syirik padaMu dengan sesuatu jua pun], iaitu,
sehingga kewujudan Al-Ana antara kebimbangan tidak dilihatnya kerana tidak
melihat, dan tidak mengenal melainkan Allah, maka berbadah adalah bermakrifah.
Mengabdi kepadaMu: Iaitu
mengenaliMu, dan tanpa syirik padaMu: tidak mengenali selainMu walaupun dirinya
sendiri, yang mencapai pembukaan yang nyata padanya.
Sahabat
Al-Qaim juga bukanlah Mahdi Pertama dan mereka akan diimbangi dengan Roh Qudus,
tetapi bukan Roh Qudus Al-A3dzam, dan semuanya menurut kadar tertentu. Oleh itu
mereka adalah orang-orang yang dipelihara: (Perjanjianmu di telapak tanganmu) [327],
(dan Allah meletakkan Tangannya di atas kepala hamba-hambaNya, maka dikumpulnya
dalam fikiran mereka dan dilengkapkan dengan mimpi-mimpi mereka) [328].
✡✡✡✡✡
-------------------------
[326]
– Doa Iftitah / Mafatih Al-Jinan.
[327]
- Dari Dalail Al-Imamah oleh Thabari (Al-Syi3iy): halaman 467, dan Al-Ghaibah oleh
Al-Nu3maniy: halaman 319, dari Al-Baqir (as) berkata: (Ketika al-Qa'im bangkit
dia akan mengirimkan ke jajahan-jajahan di Bumi, di setiap jajahan [dia akan
mengirimkan] seorang lelaki [yang mana Imam akan berkata], 'Perjanjianmu di
telapak tanganmu, maka jika ada sesuatu yang kamu tidak faham muncul atau kamu
tidak tahu pengadilan di dalamnya, maka lihatlah di telapak tanganmu dan
laksanakan dengan apa yang di dalamnya).
[328]
– Dari Abi Ja'far (as), beliau berkata: (Jika bangkit Qaim kami Allah
meletakkan Tangannya di atas kepala hamba-hambaNya, maka dikumpulnya dalam
fikiran mereka dan dilengkapkan dengan mimpi-mimpi mereka) Al-Kafi: Jilid 1,
halaman 25 hadits 21.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan