Soalan 151: Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿قَالَ يَا هَارُونُ مَا
مَنَعَكَ إِذْ رَأَيْتَهُمْ ضَلُّوا * أَلَّا تَتَّبِعَنِ أَفَعَصَيْتَ أَمْرِي﴾
Berkata
Musa: "Hai Harun, apa yang menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka
telah sesat, * (sehingga) kamu tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah
(sengaja) mendurhakai perintahku?" [201].
Dalam
Surah Al-A’raaf:
﴿وَلَمَّا رَجَعَ مُوسَى
إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفاً قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِنْ بَعْدِي
أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ وَأَلْقَى الْأَلْوَاحَ وَأَخَذَ بِرَأْسِ أَخِيهِ
يَجُرُّهُ إِلَيْهِ قَالَ ابْنَ أُمَّ إِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُونِي وَكَادُوا
يَقْتُلُونَنِي فَلا تُشْمِتْ بِيَ الْأَعْدَاءَ وَلا تَجْعَلْنِي مَعَ الْقَوْمِ
الظَّالِمِينَ﴾
Dan
tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih hati
berkatalah dia: "Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah
kepergianku! Apakah kamu hendak mendahului janji Tuhanmu? Dan Musapun
melemparkan lauh-lauh (Taurat) itu dan memegang (rambut) kepala saudaranya
(Harun) sambil menariknya ke arahnya, Harun berkata: "Hai anak ibuku,
sesungguhnya kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka
membunuhku, sebab itu janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku,
dan janganlah kamu masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang zalim" [202]
.
Soalan:
Adakah Harun (as) khilaf atas arahan Musa (as) sehinggan Musa memarahi saudaranya
dan memperlakukannya begitu kejam?
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala
puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan
Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
Harun
(as) adalah Nabi dan Washiy Musa (as), dan kedua-duanya adalah ma'sum. Adapun
kemarahan Musa (as) adalah ke atas kaumnya yang sesat dan mengikut Al-Samiriy. Dia
tidak marah pada yang tinggal (kekal) bersama Harun (as). Pada ayat:
﴿وَأَخَذَ بِرَأْسِ
أَخِيهِ يَجُرُّهُ إِلَيْهِ﴾
memegang kepala saudaranya sambil
menariknya ke arahnya [203], dan pada ayat:
﴿قَالَ يَا هَارُونُ مَا
مَنَعَكَ إِذْ رَأَيْتَهُمْ ضَلُّوا * أَلَّا تَتَّبِعَنِ أَفَعَصَيْتَ أَمْرِي *
قَالَ يَا ابْنَ أُمَّ لا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلا بِرَأْسِي إِنِّي خَشِيتُ
أَنْ تَقُولَ فَرَّقْتَ بَيْنَ بَنِي إِسْرائيلَ وَلَمْ تَرْقُبْ قَوْلِي﴾
Berkata Musa: "Hai Harun, apa yang
menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat, * (sehingga) kamu
tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah (sengaja) mendurhakai
perintahku?" * Harun menjawab' "Hai putera ibuku, janganlah kamu
pegang janggutku dan jangan (pula) kepalaku; sesungguhnya aku khawatir bahawa
kamu akan berkata (kepadaku): "Kamu telah memecah antara Bani Israil dan
kamu tidak memelihara amanatku" [204].
Kepala
dalam kedua-dua ayat bermakna kuasa pemikiran, janggut bermakna agama dan
ketakwaan. Musa (as) memegang kepala dan janggut Harun bermakna membincangkannya
(perbincangan), dan bertanya tentang cara dalam menangani fitnah tersebut. Musa
(as) mahu menunjukkan kepada Bani Israel dengan menangani Harun (as) ke atas
fitnah tersebut di peringkat yang betul, kerana dia telah menggunakan Al-Taqiyah:
﴿إِنَّ الْقَوْمَ
اسْتَضْعَفُونِي وَكَادُوا يَقْتُلُونَنِي﴾
sesungguhnya kaum ini telah menganggapku
lemah dan hampir-hampir mereka membunuhku.
Sehingga
Musa (as) kembali, maka penyelesaian ini adalah untuk membasmi akar perbalahan
(fitnah) tersebut, dan memutuskan (menghukum) kesesatan Imam Al-Samiriy.
Dan,
sudah tentu, Al-Taqiyah di sini bukan jalan pertentangan pengunduran negatif,
tetapi pengunduran positif menurut kadar Harun bahawa kepulangan Musa (as) yang
sangat hampir, tidak akan dibenarkan walaupun sehari, seperti mana menghadap orang-orang
yang sesat itu ketika ada Musa (as) akan berakhir dengan kehilangan (kerugian) yang
sedikit; kerana ramai daripada pengikut Al-Samiriy akan meninggalkan kesesatan
mereka, kerana mereka meyakini Musa
(as),
إِنِّي خَشِيتُ أَنْ تَقُولَ فَرَّقْتَ بَيْنَ بَنِي إِسْرائيل﴾
sesungguhnya aku khawatir bahawa kamu akan
berkata (kepadaku): "Kamu telah memecah antara Bani Israil.
Walau
bagaimanapun kenyataan ini dibuat di khalayak ramai oleh Musa (as) ketika mana membincangkannya
dengan Harun (as). orang-orang Yahudi hingga hari ini menuduh Harun (as), yang menyebabkan
kaumnya menyembah anak lembu (Al-3ijl). Di dalam Taurat teks sedia ada
diputarbelitkan merujuk kepada perkara ini. Ia sebagai suatu kebatilan [205].
.
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[201]
– Thaha 20:92-93.
[202]
– Al-A3raaf 7:150.
[203]
- Al-A3raaf 7:150
[204]
- Thaha 20:92-94.
[205]
- Di dalam Perjanjian Lama, Kitab Keluaran, Bab 32
(1)
Waktu bangsa Israel melihat bahawa Musa lama sekali tidak turun dari gunung,
tetapi masih di sana juga, mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya,
"Kita tidak tahu apa yang terjadi dengan Musa, orang yang telah membawa
kita keluar dari Mesir; jadi buatlah untuk kami Tuhan yang akan memimpin
kami."
(2)
Lalu Harun berkata kepada mereka, "Lepaskanlah anting-anting emas yang
dipakai isteri-isteri dan anak-anakmu, dan bawalah kepadaku."
(3)
Maka mereka melepaskan anting-anting emas masing-masing dan membawanya kepada
Harun.
(4)
Harun mengambil anting-anting itu, lalu dileburnya dan dituangnya ke dalam
sebuah cetakan dan dibuatnya sebuah patung sapi. Bangsa itu berkata, "Hai
Israel, inilah Tuhan kita yang mengantar kita keluar dari Mesir!"
(5)
Lalu Harun mendirikan sebuah mezbah di depan sapi emas itu dan mengumumkan,
"Besok ada pesta untuk menghormati TUHAN."
(6)
Besoknya pagi-pagi sekali, orang-orang Israel membawa beberapa ekor ternak
untuk kurban bakaran, dan beberapa ekor lagi untuk kurban perdamaian. Mereka
duduk makan dan minum, lalu bangkit untuk bersenang-senang.:.[www.JESOES.com,
pent]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan