Jumaat, 11 Julai 2014

Soalan 154: Iblis dan konsep ganjaran

Soalan 154: Dari asas-asas (prinsip) keadilan, jika pekerja yang bersalah diberikan ganjaran atas amalannya dan dihukum kerana kesalahannya (dosanya), pada hal Iblis mengabdi kepada Allah dan dalam masa yang panjang, dan dari Amirul Mukminin (as) dalam Nahj Balaghah menyebut, bahawa Iblis solat dua rakaat selama enam ribu tahun dan melakukan dosa. [213]. Oleh itu adakah dibiarkan ibadahnya dan tidak diendahkan, dan tidak diambil apa-apa perkiraannya?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                   
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Bahawa dia telah diberikan ganjaran

﴿قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ﴾

Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari kebangkitan, [214],

Perhatian (perkiraan) ini diberikan kepadanya dengan merujuk kepada betapa kuatnya dan betapa lama tempoh masanya atau tidak diberkan ganjaran langsung! Apabila pekerja (yang beramal) ini diberikan sesuatu kepadanya, padahal pekerja yang melakukan amalan (bekerja) dengan kehendak (daya) dan kekuatan Allah, ia bukan pekerja (yang dibayar upah), menurut keadilan dia tidak berhak menerima apa-apa pembayaran. Adakah wajib pemilik ganjaran memberikan karunia-Nya kepadanya?!
         

✡✡✡✡✡

-----------------------------
[213] - Amirul Mukminin (AS): (.. mereka mengambil pengajaran apa yang dilakukan Allah kepada Iblis apabila menggagalkan (tidak menerima) amalannya yang lama dan dia bersungguh-sungguh melakukannya. Dia telah beribadah selama enam ribu tahun tidak mengira perjalanan keselamatan dunia atau perjalanan akhirat dari satu jangka masa yang panjang ..) Nahj Balaghah / khutbah 194.

[214] – Al-Hajar 15:36.

Tiada ulasan: