Soalan
132: berkata Sulaiman (as) :
﴿رُدُّوهَا عَلَيَّ فَطَفِقَ مَسْحاً
بِالسُّوقِ وَالْأَعْنَاقِ﴾
"Bawalah
kuda-kuda itu kembali kepadaku". Lalu ia potong kaki dan leher kuda itu. [69],
Apakah
permintaan Nabi itu? Ada yang mengatakan: Bawa balik matahari, dan sebahagian
daripada mereka mengatakan: Bawa balik kuda dan dibunuhnya.
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala
puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan
Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
Sesungguhnya
Sulaiman (as) bertanya kepada malaikat yang mewakili matahari supaya dikembalikan
ke tengah langit selepas ketiadaannya (tenggelamnya), dengan perintah Allah
SWT, untuk bersolat ‘Ashar selepas habis waktunya, kerana dia sibuk menyediakan
kuda untuk Jihad [70].
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[69]
– Shad 38:33.
[70]
– Al-Thabrasi, berkata: Ibn Abbas berkata: (Aku bertanya Ali (as) tentang ayat
ini, beliau berkata: Siapa yang menyampaikan padamu, Wahai Ibn Abbas. Aku berkata:
Aku mendengar dari Ka’ab yang berkata: Sulaiman mengurus kuda-kuda sehingga dia
terlambat solat, Lalu beliau berkata: Bawalah kembali kepadaku. - yakni kuda-kuda,
berjumlah empat belas ekor kuda - lalu dipotong kaki dan lehernya dengan pedang,
maka dibunuhnya dan dirampasnya milik Allah selama empat belas hari, kerana menzalimi
kuda dan membunuhnya. Berkata Ali (as): Ka’ab berdusta, tetapi Sulaiman mengurus
kuda-kuda pada hari yang sama. Kerana dia mahu menentang musuh, sehingga terbenam
matahari dan hilang dari pandangan, beliau berkata, dengan perintah Allah Ta’ala
kepada malaikat yang mewakili matahari: Bawalah ia kembali kepadaku. Aku menjawab,
Maka bersolat ‘Ashar pada waktunya. Sesungguhnya nabi-nabi Allah tidak akan
berlaku zalim, dan tidak menyeru kepada kezaliman, kerana mereka adalah orang-orang
yang ma'sum dan suci) Majmu3 Al-Bayan: Jilid 8 halaman 359.
Dan
dari Al-Shadiq (as) berkata: (Sulaiman bin Daud (as) mengurus kuda pada hari
yang sama hingga ke petang, pengurusan yang diberikannya sehingga terbenam
matahari dan hilang dari pandangan, maka dia berkata kepada malaikat: Bawalah matahari
kembali kepadaku sehingga aku bersolat dengan solatku pada waktunya maka
dikembalikannya, Lalu dia mendirikannya sampai ke bahagian kaki dan lehernya,
dan memerintahkan para sahabat yang terlepas solat bersamanya itu, dan itulah wuduk
mereka untuk bersolat, maka dia mendirikan solat apabila hilang matahari dan muncul
bintang-bintang, itulah kata-kata Allah SWT:
ووهبنا لداود سليمان
نعم العبد إنه أواب إذ عرض عليه بالعشي الصافنات الجياد فقال إني أحببت حب الخير
عن ذكر ربي حتى توارت بالحجاب ردوها علي فطفق مسحا بالسوق والأعناق
Dan
Kami karuniakan kepada Daud, Sulaiman, dia adalah sebaik-baik hamba.
Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya), * (ingatlah) ketika
dipertunjukkan kepadanya kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti dan cepat
waktu berlari pada waktu petang, * maka ia berkata: "Sesungguhnya aku
menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai
mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan".* "Bawalah
kuda-kuda itu kembali kepadaku". Lalu ia potong kaki dan leher kuda itu. [Shad
38:30] – Man La Ya7dhuruh Al-Faqih: Jilid 1 halaman 202-203.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan