Soalan
150 : Allah SWT berfirman:
﴿قُلْ يَا عِبَادِيَ
الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ
إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ﴾
Katakanlah:
"Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." [195]
: ﴿يَا قَوْمَنَا
أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ وَآمِنُوا بِهِ يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ
وَيُجِرْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ﴾
Hai
kaum kami, sahutlah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah
kepada-Nya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu
dari azab yang pedih
[196] [Al-Ahqaf 46:31]
Ayat
pertama semua dosa-dosa akan diampunkan, tetapi pada ayat kedua hanya sebahagian
dosa, jadi bagaimana kita boleh menyatukan antara kedua-duanya?
Jawapan:
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala
puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan
Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
Dosa-dosa
di antara kamu dan sesama hamba tidak terampun, kecuali dengan mengembalikan
hak-hak kepada pemiliknya, Dan mendapatkan izin dari mereka dan menerima
pelepasan perbuatan dari mereka, dan ini adalah peraturan umum:
﴿يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ
ذُنُوبِكُمْ﴾
[niscaya
Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu]
Yang
bermakna Allah akan mengampunkan dosa-dosa di antara kamu dengan Allah, ada pun
bagi dosa-dosa yang sesama hamba itu mestilah menerima pelepasan (kemaafan), harus
dilepaskan dan diampunkan oleh pemiliknya yang berhak.
Perhatikan
dalam Doa hari Isnin Imam Zain Al-‘Abidin (as):
(… وأسألك في مظالم
عبادك عندي، فأيما عبد من عبيدك، أو أمَة من إمائك كانت له قبلي مظلمة ظلمتها إياه
في نفسه أو في عرضه أو في ماله أو في أهله وولده، أو غيبة اغتبته بها، أو تحامل
عليه بميل أو هوى، أو أنفة أو حمية أو رياء أو عصبية غائباً كان أو شاهداً، وحياً
كان أو ميتاً، فقصرت يدي، وضاق وسعي عن ردها إليه، والتحلل منه. فأسألك يا من يملك
الحاجات وهي مستجيبة لمشيئته، ومسرعة إلى إرادته أن تصلي على محمد وآل محمد، وأن
ترضيه عني بما شئت، وتهب لي من عندك رحمة إنه لا تنقصك المغفرة، ولا تضرك الموهبة
يا أرحم الراحمين)
(...,Aku
bermohon pada-Mu perihal ulahku menzalimi hamba-Mu bila ada hambaMu lelaki dan perempuan,
yang teraniaya karena kezalimanku pada diri dan kehormatannya, pada hartanya, pada
ahli dan keturunannya. Atau yang kuumpatkan keburukannya, Atau
yang kusengsarakan karena hawa nafsu, penghinaan, kesombongan dan kesukuanriya, yang hadir dan yang ghaib, yang hidup dan yang mati lalu lemah tanganku, sempit
tenagaku, untuk mengembalikan haknya dan meminta kerelaannya. Karena itu, aku
mohonkan pada-Mu, wahai Yang Menguasai segala hajat-hajat yang terpanggil
karena kehendak-Nya, hajat yang bergegas memenuhi iradat-Nya. Sampaikan selawat
kepada Muhammad dan Aali Muhammad, ridhakanlah dia padaku dengan apa yang Kau
kehendaki, berikan padaku dari sisi-Mu rahmat ampunan yang tidak akan
mengurangi keagungan-Mu, anugerah yang tidak akan menyusutkan kebesaran-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih
dari segala yang mengasihi.) [197]
Maksudnya
untuk diampunkan bagi kamu di antara hamba-hamba dengan doa dan tawassul kepadanya
Yang Maha Suci, supaya Dia menjadikan sesuatu untuk mengembalikan hak kepada
pemiliknya yang berhak (Apabila sempit tenagaku, lemah tanganku,) dan ini
adalah peraturan-peraturan khas (Dan telah diampunkan segala dosa.)
Dan
ada cara untuk diampunkan semua dosa-dosa dan ia terhapus, Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿مَنْ ذَا الَّذِي
يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً
وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ﴾
"Siapakah
yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Allah akan
melipat-gandakan pembayaran kepadanya dengan berlipat ganda yang banyak. Dan
Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu
dikembalikan. [198]
dan
dari Ahlulbayt (as) ia adalah: [pada shilat Al-Imam] [199] dan dari mereka (as) ia
adalah: [pada Shilat Al-Rahim (hubungan silatur rahim), dan Al-Rahim adalah
Rahim Aali Muhammad terutamanya) [200].
Oleh
itu, Shilat (hubungan) Al-Imam, dinyatakan oleh Allah SWT dengan memberi pinjaman
kepadaNya SWT dan Dia-lah yang akan membayarnya. Shilat (hubungan) Al-Imam boleh
digambarkan darinya iaitu Al-Shilat (hubungan) dengan Al-Maal (harta benda),
dan dengan hubungan amalan bersamanya dengan berjihad dengan lisan dan pedang
untuk pengesahan haknya (as).
Dan
tentulah beramal bersama Imam adalah lebih baik daripada memberikan harta benda
kepadanya; kerana melalui amalan ia akan melemahkan jasad manusia, dan
kadang-kadang ia boleh memusnahkan tubuhnya jika dia berjihad bersama Imam
dengan lidah dan pedang.
Jadi
berapa banyak rahmat yang besar yang menjadikan Al-Hujjah zahir di kalangan
manusia, kerana pintu-pintu besar ini telah dibuka, dan bahawa manusia menjadikan
hubungan dengan Al-Imam (as) sebagai dipinjamkan (pinjaman) kepada Allah, maka
dia berdiri pada hari kiamat di hadapan Allah, Allah akan membayar kembali pinjaman
darinya, dan hamba ini jika dia datang dengan dosa sebesar butiran pasir di
padang pasir akan dimaafkanNya, kerana dia mempunyai pinjaman yang diberikan
pada Allah yang akan dihitung pada Hari Pembalasan, dan Dialah yang membalas dengan
berlebihan atas sumbangan yang sedikit, dan pemberian -Nya tidak terkira, maka Allah
membayar semula semua hutang hamba ini, dan dosa-dosa hamba-hamba dengan -Nya,
dan akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab.
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[195]
– Al-Zumar 39:53.
[196]
– Al-A7qaf 46:31.
[197]
– Al-Sha7ifah Al-Sajadiyah / Du3auhu (as) Yaum Al-Itsnain.
[198]
– Al-Baqarah 2:245.
[199]
- Lihat: Al-Kafi: Jilid 1 halaman 537, Bab menghubungkan Imam (AS).
[200]
- Bihar Al-Anwar: Jilid 24 halaman 279 hadits 6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan