Soalan
124: Apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata Yang Maha Tinggi:
﴿وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ
وَالنَّهارَ آيَتَيْنِ فَمَحَوْنا آيَةَ اللَّيْلِ وَجَعَلْنا آيَةَ النَّهارِ
مُبْصِرَةً لِتَبْتَغُوا فَضْلاً مِنْ رَبِّكُمْ وَلِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ
وَالْحِسابَ وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْناهُ تَفْصِيلاً﴾
Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam
dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu,
dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala
sesuatu telah Kami terangkan dengan terperinci. [33]
Jawapan: Dengan nama Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dari
Abi Bashir darinya (as),
﴿فَمَحَوْنا آيَةَ
اللَّيْلِ﴾
[lalu
Kami hapuskan tanda malam], katanya: "ia adalah kehitaman pada
bulan." [34]
Dan
juga dari Amir Al-Mukminin (as), apabila ditanya mengenai kehitaman bulan,
berkata (as): Dia berfirman:
﴿فَمَحَوْنا آيَةَ
اللَّيْلِ﴾
[lalu Kami hapuskan tanda malam], [35]
Sesungguhnya,
tanda malam adalah bulan manakala tanda siang hari adalah matahari.
Bulan
adalah planet yang gelap yang mengambil cahayanya dari matahari dan matahari
adalah bintang bercahaya. Pada kewujudan tanda pada Matahari dan Bulan, malam
dan siang hari berpunca daripada ketiadaan salah satu dan kemunculan yang satu
lagi menjadi bukti-bukti yang jelas dan susunan yang tepat terperinci.
﴿وَكُلَّ شَيْءٍ
فَصَّلْناهُ تَفْصِيلاً﴾.
[Dan
segala sesuatu telah Kami terangkan dengan terperinci]
Maksud
batin (mendalam) ayat ini: Bahawa Matahari, adalah Hujjah atas penciptaan,
manakala Bulan adalah Penggantinya (washiynya). Maka, Rasulullah (sawas(,adalah
Matahari dan Ali (as) adalah Bulan. Oleh itu, dalam setiap zaman Matahari
adalah Hujjah atas penciptaan manakala Bulan adalah Penggantinya (washiynya)yang
mengambil dari Hujjah atas penciptaan. Bahawa, malam, ia adalah kegelapan dan
ketidakadilan dan pemerintah yang zalim, manakala siang hari adalah cahaya dan
keadilan serta pemerintah Kebenaran. [36]
﴿فَمَحَوْنا آيَةَ
اللَّيْلِ﴾
[lalu Kami hapuskan tanda malam]:
Tanda
Malam adalah Bulan, dan ia adalah Pengganti dan juga merupakan Hujjah atas
penciptaan. Dihapuskannya kegelapan dan ketidakadilan yang meliputi kebenaran
dan menghalang dari haknya. Tidak bergerak sesuatu kecuali dengan perintah
Allah SWT.
Oleh
itu ini adalah disebabkan perintah ini dari Yang Maha Suci lagi Tinggi. dan
jika Yang Maha Suci berkehandak menunjukkan tanda malam ia adalah Bulan dan
Pengganti. Seperti halnya pada zaman Imam Mahdi (as),
﴿وَجَعَلْنا آيَةَ
النَّهارِ مُبْصِرَةً﴾
[dan
Kami jadikan tanda siang itu terang,]: Ia adalah matahari dan Hujjah atas
penciptaan, apabila perintahNya menjadi jelas pada siang hari atas ketua-ketua yang
menyaksikan dan ketua-ketua yang tunduk di hadapan-Nya dan orang-orang yang
mematuhi Kebenaran-Nya.
﴿لِتَبْتَغُوا فَضْلاً
مِنْ رَبِّكُمْ ﴾
[agar
kamu mencari kurnia dari Tuhanmu]: Limpah kurnia Allah SWT adalah limpah kurnia
dari akhirat dan itu adalah limpah kurnia sebenar. Oleh itu, mencari limpah
kurnia dari Tuhan kamu adalah dengan amalan soleh bersama Imam Hujjah, berjihad
bersamanya. Dan dari limpah kurnia ilmu dan makrifah dengan Allah SWT, dengan Nabi-nabiNya,
dengan Rasul-Nya dan dengan Kitab-Nya dan cerita-cerita umat sebelum kamu dan hisab
pada hari kiamat, dan mempelajari segala sesuatu mengenai Allah dengan Kitab-kitabNya
secara terperinci.
✡✡✡✡✡
------------------------------
[33]
- Al-Isra: 12.
[34]
- Tafsir Al-3iyasyi: Jilid. 2, halaman 283.
[35]
- Tafsir Al-3iyasyi: Jilid. 2, halaman 83.
[36]
- Dari Abi Bashir dari Abu Abdullah (as)
berkata:
Aku bertanya kepadanya tentang firman Allah:
(والشمس وضحاها)
(Demi
matahari dan cahayanya di pagi hari,) katanya: matahari Rasulullah
(sawas) Allah menjelaskan melalui baginda kepada manusia agama mereka, aku
berkata
(والقمر إذا تلاها)
(dan
bulan apabila mengiringinya,)
katanya
itu Amir Al-Mukminin (as), aku berkata
(والنهار إذا جلاها)
(dan
siang apabila menampakkannya,) katanya itu Imam Mahdi dari zuriat Fatimah (as),
ditanya kepada Rasulullah (sawas) ditunjukkan mereka yang bertanya, diceritakan
Allah Yang Maha Suci mengenainya, dengan firmanNya:
(والنهار إذا جلاهـا)
(dan
siang apabila menampakkannya). aku berkata
(والليل إذا يغشاها)
(dan
malam apabila menutupinya,)
katanya
itu imam-imam yang tidak adil yang zalim dengan urusan (perintah) selain dari
Aali Rasul Allah (sawas) dan menduduki kedudukan kepunyaan Aali Rasul Allah
(sawas) yang utama dari mereka, diselewengkan agama Rasul Allah (sawas) dengan ketidakadilan
dan kezaliman, itulah firmanNya
(والليل إذا يغشاها)
(dan dan malam apabila menutupinya), katanya: yang
meliputi
kegelapan
malam dengan cahaya siang hari ...) Bihar Al-Anwar: Jilid. 24, halaman 70.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan