Kiriman
Muhammad Eshraq
Assalamualaikum
wbt…
Berikut
adalah perincian solat nafilah 1000 rakaat yang dianjurkan oleh Imam Ahmad Al
Hassan AS pada malam hari di bulan ramadhan. Semoga dapat sama-sama kita
amalkan dan masih belum terlambat lagi, insya Allah.
Soalan:
apakah dia solat nafilah di bulan Ramadhan?
Jawapan:
Ia adalah solat 1000 rakaat di bulan ramadhan sebagai tambahan kepada solat
nawafil yang sedia ada (setiap hari). Bersolat nafilah 20 rakaat pada setiap
malam: 8 rakaat selepas solat maghrib dan 12 rakaat selepas solat isyak, oleh
itu, jumlah keseluruhan rakaat solat sepanjang 20 hari pertama adalah 400
rakaat. Pada sepuluh malam terakhir hendaklah bersolat nafilah 30 rakaat
sebagaimana tertib berikut iaitu 12 rakaat selepas maghrib dan 18 rakaat
selepas isyak, jumlah keseluruhan rakaat solat sepanjang 10 hari terakhir
adalah 300 rakaat. Dan pada tiga malam yang ganjil iaitu 19, 21 dan 23
ramadhan, hendaklah bersolat nafilah 100 rakaat pada setiap malam, oleh itu,
jumlah keseluruhan rakaat solat nafilah menjadi 1000 rakaat. Perhatikan juga bahawa
keseluruhan rakaat solat nafilah pada malam ke 19 menjadi 120 rakaat (100
rakaat + 20 rakaat yang ditunaikan pada setiap malam di sepanjang 20 hari
pertama). Dan jumlah keseluruhan rakaat solat nafilah pada malam 21 dan 23
ramadhan adalah 130 rakaat (100 rakaat + 30 rakaat yang ditunaikan pada 10
malam yang terakhir).
Jika
terkurang dan hanya menunaikan 100 rakaat solat nafilah sahaja pada malam
ganjil iaitu dia tidak menunaikan 20 rakaat lagi solat nafilah pada malam ke 19
dan 30 rakaat lagi solat nafilah pada malam ke 21 dan ke 23, bermakna ada 80
rakaat (20 + 30 + 30) lagi berbaki yang perlu ditunaikan, maka hendaklah
melunaskan solat tersebut pada setiap kali jumaat dengan melaksanakan 10 rakaat
solat Ali, Fatimah dan Ja’far (jumlah keseluruhan 40 rakaat mengambilkira wujud
4 kali jumaat dalam bulan Ramadhan). Dan pada jumaat terakhir di bulan Ramadhan
menunaikan solat Ali AS sebanyak 20 rakaat dan menunaikan solat Fatimah pada
malam harinya sebanyak 20 rakaat lagi.
Solat
Amirul Mukminin Ali AS: solat 4 rakaat dengan dua kali tasyahud dan dua kali
salam, di bacakan pada setiap rakaat: 1 kali surah “Al Hamd” dan 50 kali surah
At-Tauhid/ Al-Ikhlas.
Solat
Fatimah AS: solat 2 rakaat, dibacakan pada rakaat pertama 1 kali surah “Al
Hamd” dan 10 kali surah “Al-Qadr”. Pada rakaat kedua dibacakan 1 kali surah
“Al-Hamd” dan 10 kali surah At-Tauhid/ Al-Ikhlas.
Solat
Ja’far AS: solat 4 rakaat dengan 2 kali salam, dibacakan pada rakaat yang
pertama 1 kali surah “Al Hamd” dan 1 kali surah “Al-Zalzalah”, kemudian membaca
sebanyak 15 kali “Subhanallah wal Hamdulillah wala Ilaha illalLah walLahu
Akbar”, dan membacakannya sebanyak 10 kali juga di dalam ruku’, selepas bangun
dari ruju’, sujud pertama, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan selepas
bangun dari sujud kedua, maka itu, jumlah kesemuanya adalah 75 kali pada setiap
rakaat. Dan dibacakan pada rakaat kedua surah “Al Hamd” dan 1 kali surah
“wal’adiyat”: rakaat ketiga surah “Al Hamd” dan surah “iza jaa’a nashrulLah”:
dan pada rakaat keempat surah “Al Hamd” dan surah “At-Tauhid”. Disunatkan
membaca doa yang dikhususkan pada sujud yang terakhir.
Rujukan:
Kitab Ahkam As-Syariah baina As-Saili wal mujib, jilid 2 (bab solat), ms 106
dan 107.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan