Sabtu, 12 Julai 2014

Soalan 158: Kamu umat yang adil dan pilihan (pertengahan)

Soalan 158: Apakah maksud ayat ini :

﴿وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَؤُوفٌ رَحِيمٌ﴾

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu, umat yang adil dan pilihan (pertengahan) agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. [243]?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                               
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Mereka adalah umat Muhammad yang sebenar, mereka adalah 313 orang, yang adil dan terpilih (Al-Wustha) di jalan yang lurus dan dia adalah Mahdi Pertama; kerana dia pertengahan (adil dan terpilih) antara para imam dan Mahdi-mahdi. Mereka adalah umat pertengahan dan mereka adalah pengikut Mahdi Pertama, dan ansar Imam Mahdi (as), dan mereka juga adalah [خير أمة أخرجت للناس - umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia], dan juga [خير أئمة - imam-imam yang terbaik); kerana mereka pemimpin, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
                                          
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. [244].

Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ﴾

Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah untuk Allah dengan khusyu'. [245],

Solat adalah [Al-Wilayah] [246], iaitu peliharalah wilayah ini, dan Al-Shalat Al-Wusthaa iaitu Al-Wilayah di antara Al-Aimmah dan Al-Mahdiyin, iaitu wilayah Mahdi Pertama pada awal kemunculan Imam Mahdi (as); kerana Mahdi Pertama adalah dari Al-Mahdiyin (Mahdi-mahdi), dan juga selepas dari Al-Aimmah (Imam-imam), seperti dalam riwayat-riwayat mereka (as) setelah Imam-imam yang dilahirkan dari Ali dan Fatimah (as) mereka semua dua belas orang Imam-imam.

Dari Abi Ja’far (as), beliau berkata: (Rasulullah (sawas) telah bersabda: “Sesungguhnya aku, dan 12 orang anakku, dan engkau wahai ‘Ali adalah kancing bumi, - iaitu pasak-pasaknya dan gunung-gunungnya - yang dengannya kami Allah menjadikannya pasak bumi agar tidak tenggelam bersama penghuninya. Apabila 12 orang anakku itu meninggalkan, bumi akan tenggelam bersama penghuninya, dan mereka tidak tidak diberi tangguh sedikitpun”) [247].

Dari Zaraarah, berkata: Aku mendengar Aba Ja.far (as) berkata: (dua belas Imam-imam Aali Muhammad semuanya berasal dari anak-anak Rasulullah (sawas) dan anak-anak Ali bin Abi Talib (as). Maka Rasulullah (sawas) dan Ali (as) adalah bapa-bapa mereka) [248].

Dari Abi Jafar (as), Jabir bin Abdullah Al-Ansari berkata: (Aku masuk rumah Fatimah (as) dan di tangannya ada (papan) Lauh padanya ada nama-nama Al-Aushiak anak-anaknya. Bilangannya dua belas orang, yang paling akhir Al-Qaim (as), tiga daripada mereka (bernama) Muhammad dan tiga daripada mereka (bernama) Ali) [249].

Dari Amir Al-Mukminin (as): (Bahawa umat ini ada dua belas Imam petunjuk, keturunan Nabinya dan mereka dariku) [250].

Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
              
﴿زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّة﴾

pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, 

Iaitu [zaitun pertengahan], ia adalah [Mahdi Pertama], dan dia pertengahan di antara para imam dan Mahdi-mahdi (as). Dia juga adalah pokok zaitun, yang keluar dari Gunung Sinai (Thur Sinaa’)

﴿وَشَجَرَةً تَخْرُجُ مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ وَصِبْغٍ لِلْآكِلِينَ﴾

dan pohon kayu keluar dari Thur Sinaa’ (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan. [251].
                                           

         

✡✡✡✡✡

-----------------------------
[243] – Al-Baqarah 2:143.
[244] - Aali-Imran 3:110.
[245] - Al-Baqarah 2:238.
[246] - Dari Daud bin Katsir, katanya: Aku berkata kepada Abi Abdillah (as): Kamulah Solat di dalam Kitab Allah Azza wa Jalla dan kamulah zakat dan kamulah haji? Beliau berkata: (... Hai Daud, kamilah solat di dalam kitab Allah Azza wa Jalla, kamilah zakat, kamilah puasa, kamilah Haji dan kamilah bulan suci (haram), kamilah tanah suci dan kamilah Ka’bah Allah, kamilah kiblat Allah dan kamilah wajah Allah Allah.
Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّـهِ  ....﴾
maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah.....) Bihar Al-Anwar: Jilid 24, halaman 303.
[247] - Al-Kafi: Jilid 1, halaman 535 hadits 17.
[248] – Al-Kafi: Jilid 1, halaman 534 hadits 7.
[249] - Al-Kafi: Jilid 1, halaman hadits 9.
[250] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 154.

[251] – Al-Mukminun 23:20.

Tiada ulasan: