Isnin, 14 Julai 2014

Soalan 162: Manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah

Soalan 162: Dia Yang Maha Tinggi Dia berfirman:  

﴿وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الْأِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلاً﴾

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah. [273],
Adakah patut manusia disalahkan dalam ayat ini?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

﴿وَكَانَ الْأِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلاً﴾
Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah:
Iaitu mencari hakikat marifat (mengenal kebenaran) kerana itulah sifat manusia, manusia difitrahkan untuk belajar mengenal semua nama-nama Allah (Al-Asmaa’ Al-Ilahiyah), dan sifat manusia melayakkannya untuk pengetahuan makrifah, Dia Yang Maha Tinggi Dia berfirman:

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ﴾

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" [274] .


✡✡✡✡✡


-------------------------
[273] - Al-Kahfi 18:54.

[274] – Al-Baqarah 2:31. 

Tiada ulasan: