Ahad, 20 Julai 2014

Soalan 175: Bumi dan perbekalannya dicipta dalam masa empat hari, langit hanya dua hari


Soalan 175: Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿قُلْ أَإِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَاداً ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ * وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ * ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعاً أَوْ كَرْهاً قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ * فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ﴾

Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua hari dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya? (Yang bersifat) demikian itu adalah Tuhan semesta alam". * Dan dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan Dia menentukan padanya kadar perbekalannya dalam empat hari. bagi orang-orang yang bertanya.  * Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati". * Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi Langit Dunia dengan lampu-lampu  dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. [367]
                                             
Mengapakah tempoh mencipta bumi dan perbekalannya dalam masa empat hari, manakala penciptaan langit hanya dua hari padahal langit adalah lebih besar?

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                                     
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿قُلْ أَإِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ  أَنْدَاداً ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ﴾

Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua hari dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya? (Yang bersifat) demikian itu adalah Tuhan semesta alam."

Dia menciptakan bumi dalam satu hari dan diciptakan perbekalannya dalam satu hari, maka di bumi dan apa yang ada di dalamnya daripada benda-benda mati dalam satu hari dan juga ada di bumi itu dari benda-benda hidup [tumbuh-tumbuhan dan haiwan] dalam satu hari.

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ﴾
"Dan dia menciptakan di bumi itu (gunung-gunung) yang kukuh (rawasi) di atasnya. Dia memberkatinya dan Dia menentukan padanya kadar perbekalannya dalam empat masa. bagi orang-orang yang bertanya "


﴿جَعَلَ فِيهَا رَوَاسِي﴾
"menciptakan (gunung-gunung) yang kukuh (rawasi)."
Dan ia adalah gunung-gunung dan ia termasuk pada penciptaan hari pertama di Alam Jisim-jisim, iaitu [gunung-gunung] yang muncul pada [bumi] dari atas [iaitu dari langit], ia hanya kelihatan pada permukaan bumi iaitu di bahagian atasnya kelihatan gunung-gunung yang lebih kecil dari bahagian besar yang terbenam di dalam perut bumi, sehingga lebih daripada 2/3 bahagian dari gunung itu terbenam di bahagian dalam bumi. Dan itulah sebabnya ia dipanggil [Rawasi – stabil - kukuh] iaitu ia adalah sebab (Irsa) untuk menstabilkan bumi. Jadi, ia seolah-olah adalah pasak bumi untuk menjadikannya tetap.
﴿وَالْجِبَالَ أَوْتَاداً﴾
"dan gunung-gunung sebagai pasak",[368]
Ia untuk memantapkan permukaan bumi dan mencegahnya daripada bergerak dengan pergerakan bahagian dalam bumi secara berterusan dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ﴾

"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [369]

Maksudnya ia bergerak tetapi dengan pergerakan bumi, dengan itu ia menghalang permukaan bumi daripada tidak seimbang dan terkeluar dari dalam (perut) bumi maka pergerakan bumi menjadi seimbang.

﴿وَبَارَكَ فِيهَا﴾
" Dia memberkatinya ": Ia adalah air, keberkatan yang turun dari langit dan ia adalah dari hari pertama dalam Alam Jisim-Jisim:

﴿وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُون﴾

"Jikalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakannya, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.. "[370]

﴿وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ﴾
"dan Dia menentukan padanya kadar perbekalannya dalam empat hari. bagi orang-orang yang bertanya.":
Dalam Alam Jasmani (Jisim-jisim) adalah dua hari sahaja: Sehari bumi dan air, dan sehari hidup-hidupan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan)

Dan Dia Yang Maha Tinggi mengatakan:
﴿أربعة أيام﴾
"empat hari"; kerana Rawasi (penstabil) dan ia dalam Alam Jasmani (Jisim-jisim) ini; Walau bagaimanapun zahirnya untuk langit keseluruhannya ia adalah Rawasi (penstabil) alam semesta.

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿من فوقها﴾
"Dari atasnya" yang bererti bahawa langit kelihatan (tajalli) di dalamnya.
﴿وَبَارَكَ فِيهَا﴾
"dan Dia memberkatinya ":
Dan yang memberkati Alam Jasmani ia adalah: Air, dan kemunculannya untuk keberkatan enam langit-langit, dan keberkatannya adalah ilmu di langit.

Oleh itu kedua-dua urusan:
﴿وجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا﴾
"Dan dia menciptakan di bumi itu (gunung-gunung) yang kukuh (rawasi) di atasnya.
Dan
﴿وَبَارَكَ فِيهَا﴾
Dia memberkatinya " kedua-duanya dalam dua hari untuk Langit Ketujuh Keseluruhan dan enam langit-langit Al-Mitsaliyah (Yang Unggul)..

﴿ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعاً أَوْ كَرْهاً قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ * فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ﴾

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". * Keduanya menjawab: "Kami datang Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi Langit Dunia dengan lampu-lampu dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.  [371]

﴿فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ﴾
"Kami datang Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari."
Dan ia adalah Langit Ketujuh Keseluruhan, dan Enam Langit-langit Al-Mitsaliyah (Yang Unggul) di bawahnya dan Langit Jasmaniyah (Jisim-jisim) [bumi dalam erti yang lebih luas di mana ia termasuk matahari-matahari dan planet-planet].

Dia menciptakan Yang Ketujuh dalam satu hari dan Malakut (6 langit-langit) dalam satu hari, dan Langit Jisim-jisim dalam satu hari, dan mewahyukan untuk setiap langit urusannya dalam satu hari.

Dalam satu hari mewahyukan urusan di Langit Yang Ketujuh dan dalam satu hari mewahyukan urusannya pada Malakutiyah (6 langit) dan dalam satu hari mewahyukan urusan Al-Mulk (Kerajaan).

Maksudnya bahawa (langit-langit dan bumi-bumi) telah disiapkan dalam masa dua hari: Sehari untuk penciptaan, sehari untuk arahan (urusan).

﴿وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً﴾
"Kami hiasi Langit Dunia dengan lampu-lampu dan Kami memeliharanya ":
Dan ini diikuti sehari untuk Bumi Yang Pertama, kerana Langit Dunia dibahagikan kepada dua langit-langit keduanya iaitu: [Langit Pertama Al-Mitsaliyah] dan [Langit Dunia Jisim-jisim (Jasmaniyah)]. kedua-dua langit ini adalah satu dari satu sudut: kerana bersatu di antara Langit Pertama dengan Alam Jisim-jisim (Jasmani), satu penglibatan pengurusan langsung. Maka ada dua langit, kerana yang pertama adalah Malakut Jisim-jisim, jadi kedua-duanya dinyatakan sebagai Langit Dunia; kerana Langit Pertama ialah Malakoot Jisim-jisim, dan keduanya benar-benar bersambung.

Jadi, diri-diri di Langit Pertama, ia mengurus jisim-jisim di Langit Dunia, tidakkah dilihat ada perpisahan antara jiwa manusia dan badannya! Pada masa yang sama dikatakan: tidakkah kamu melihat perbezaan antara jiwa manusia dan (jisim) tubuhnya!

Dengan apa yang telah dibentangkan, akan diketahui bahawa enam hari itu adalah:

Langit Ketujuh telah dijadikan dalam satu hari, dan perbekalannya (urusannya) adalah dalam satu hari.
Enam Langit-langit telah dijadikan dalam satu hari, dan perbekalannya (urusannya) adalah dalam satu hari.
Dan bumi (dan bersamanya itu adalah Alam Jisim-jisim (Jasmani) adalah dalam satu hari, dan perbekalannya adalah dalam satu hari.


Atau diciptakan cahaya dan urusannya dalam dua hari, dan diciptakan Al-Mitsal (Malakut) dan urusannya dalam dua hari dan diciptakan Al-Mulk (Kerajaan) [Jisim-jisim] dan rezeki-rezekinya dalam dua hari dan Ia mesti dalam susunan dari yang tinggi kepada yang rendah; kerana Malakut (kerajaan) kewujudan dan kemunculannya dari cahaya dan sebagainya ....

Dan perlu diambil perhatian bahawa Langit Pertama adalah akhir Langit Dunia, maknanya bahawa Langit Dunia bermula Alam (di dunia) Jisim-jisim ini, dan berakhir pada Alam Malakut (yang besifat) Rohani, yang bererti bahawa akhir lingkarannya itu adalah bersambung dan akhirannya atau lingkarannya bersambung dengan Langit Pertama, - dalam Ziyarah Al-Jami3ah: (... dan Hujjah Allah atas penghuni dunia Di Akhirat dan Di Dunia (Awal) .. [372]

Dan di dalam al-Quran:

﴿وَهُوَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَى وَالْآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ﴾

Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, bagi-Nya-lah segala puji di dunia (Awal) dan di akhirat, dan bagi-Nya-lah segala penentuan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. [373]

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿ وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَى فَلَوْلا تَذَكَّرُونَ﴾

Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)? [374]

Dan pada yang pertama adalah Alam Al-Zhar dan Al-Raj'ah, dan di dalamnya adalah diri-diri (roh-roh), Maka Allah SWT dan tidak melihat Alam Jisim-jisim (Alam Ajsaam) sejak Dia menciptakannya seperti apa yang Rasulullah (sawas) sabdakan, [375] Dengan itu tumpuan kepentingan-kepentingan bermula dengan berakhirnya Alam Jisim-jisim dan ia adalah di akhir Langit Dunia dan ini adalah akhirnya Langit Pertama.

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعَ طَرَائِقَ وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَلْقِ غَافِلِينَ﴾

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh batang jalan (tujuh langit-langit); dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami). [376]

Dan tujuh batang jalan ialah: (tujuh langit-langit) dari Langit Pertama hingga Langit Ketujuh, dan bukanlah Langit Dunia yang terdiri daripada jisim-jisim; kerana bukan kita di atasnya tetapi kita berada di dalamnya, jadi ia mengelilingi kita dan ia adalah (kita yang berada di dalamnya dan di atas kita dan pada setiap sisi bumi):

﴿يَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ﴾

Mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi orang-orang yang kafir, [377]

Nanti akan dijelaskan kepada saudara mengapa saya sebutkan ayat ini di tempat ini.

Ini bermakna bahawa langit-langit jika dikira dengan perincian ini, ia akan menjadi lapan dan bukannya tujuh, sebaliknya ia tidak kira (tidak masukkkan) Dunia Jasmaniyah (Jisim-jisim); kerana ia adalah sebahagian daripada Langit Dunia dengan apa yang ada di dalamnya dari Langit Pertama dan Langit Jasmaniyah, jadi jika disebut yang pertama atau dunia maka ia merangkuminya, kerana ia sebahagian darinya atau yang mengikutinya.

Dan Langit Jasmaniyah, sekali ia adalah [Bumi], dan sekali dikira sebagai [Langit Dunia]; Oleh kerana ia adalah bahagian yang dilihat darinya. Dan di langit Jasmaniyah Bumi, bahkan kesemua ke tujuh-tujuh lapis adalah bumi-bumi dan yang ketujuh adalah (Jahannam / Neraka). Begitu juga Jannah (syurga) adalah di Langit Kedua, Adapun pada yang pertama terdapat (wujud) [Syurga Dunia] dan inilah langit Adam; kerana ia lebih sesuai sebagai yang saya sebutkan itu dan ia adalah sebahagian daripada Langit Dunia, dan ia adalah Malakutnya.

Dari Ali bin Ibrahim dari bapanya dari Ahmad bin Muhammad bin Abi Nashir, dari Al-Hussain bin Muyasir dia berkata: Aku bertanya Aba Abdillah (as) tentang syurga Adam (as) beliau berkata: "Syurga dari Jinan (syurga) Dunia yang padanya terbit matahari dan bulan, jika ia adalah daripada Syurga Akhirat, dia tidak akan keluar darinya selamanya." [378]


﴿وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً﴾
"Kami hiasi langit dunia dengan lampu-lampu (bintang-bintang) dan Kami memeliharanya ":
Bahawa lampu adalah Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan Washiy-washiy (as) yang melindungi orang-orang yang mengikuti mereka (pengikut) dari bisikan syaitan melalui ajaran dan akhlak Ilahiyah (Ketuhanan) yang diajarkan kepada manusia.

Dan penampilan mereka di Langit Jasmaniyah dengan planet-planet dan matahari-matahari sebagai lampu isyarat, kerana terlalu gelap keadaan di langit dan terlalu sedikit bintang-bintang berbanding dengan bahagian yang gelap, sepertimana di bumi, amatlah sedikit Nabi-nabi dan berapa banyak orang-orang yang menentang mereka, memerangi mereka dan berpaling dari mereka serta tidak memberi pertolongan kepada mereka. Maka, sentiasa sedikit para nabi, para washiy dan Ansar (penyokong) mereka, seperti (sedikitnya bintang-bintang di Langit Jasmaniyah).

Pada akhir pergerakan orbit (falak) yang besar (Maksud saya lengkok ke bawah), dan permulaan kenaikannya ke arah akhirat, akan memberi keutamaan kepada Alam Jasmani ini akan beralih ke Jahim dan terbakar. Jadi, mereka yang memilih perhiasan bumi, hukuman mereka akan
adalah kembali kepada apa yang mereka telah pilih dan mereka menderhaka terhadap Allah untuk hal itu atau mengatakan mereka akan kekal di dalamnya, kerana Jahannam (neraka) akan membakar amalan, perbuatan dan kezaliman mereka.

Dan kini ia telah menjelaskan kepada saudara mengenai ayat ini sebelum ini:
﴿يَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ﴾
Mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi orang-orang yang kafir.

Dan semasa permulaan kenaikan dari [lengkok ke bawah] itu (Alam Al-Raj'ah / kiamat kecil) akan bermula, dan ia adalah satu lagi alam dan ujian yang lain bagi yang benar-benar beriman dan yang benar-benar Kafir. Dan Alam Al-Raj'ah bermula dengan Raja Mahdi ke-12 dan dia adalah Al-Qaim yang keluar ke atasnya (semasa pemerintahannya) Al-Hussain (as). [379]

Adapun pada firman Yang Maha Tinggi:

﴿ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعاً أَوْ كَرْهاً قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ * فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ﴾،

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati".* Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi Langit Dunia dengan lampu-lampu dan Kami memeliharanya (dengan sebaik-baiknya). Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui..

Dan sesiapa yang menganggap bahawa orang yang membaca [ثم  - Tsumma / kemudian] merujuk kepada [البَعدية - Al-Ba3diyah/ selepas]: iaitu kemudian selepas dia menciptakan Bumi dan memberikan kadar perbekalannya (urusannya)....... terus menuju ke langit ...

Ia pada hakikatnya tidak merujuk pada perkara seperti itu tetapi pengertian [ثم  - Tsumma / kemudian] adalah [التوبيخ  Al-Taubikh / menegur] dengan merujuk kepada keseluruhan kata-kata dan bukan merujuk kepada penciptaan bumi secara khusus, tetapi merujuk kepada makna Taubikh / menegur pada ayat-ayat yang terdahulu:
﴿قُلْ أَإِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ
"Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi ... ",
Oleh itu di sini ia bermaksud: " kemudian, bukankah Dia yang menuju ke langit .... jadi bagaimana kamu boleh kufur kepadaNya."

Dan memberi perhatian pada ayat yang terakhir ini yang menyebut langit dan bumi: Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa."?!

Kalaulah bumi dicipta sebelum itu , apakah erti yang Dia menciptakan sekali lagi, (Datanglah dengan rela atau terpaksa)?! Bahkan tujuannya di sini adalah untuk menjelaskan gambaran pada bentuk dan arah yang berbeza, di mana dalam ayat-ayat sebelumnya" Adakah patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi .... ", secara terperinci menyebut nikmat yang dikurniakan oleh SWT, dan pada ayat-ayat ini: "Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit..." adalah penjelasan tentang keadaan penciptaan iaitu yang dijelasan dengan ayat ini:

﴿إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ﴾
"Karena jika Kami menghendaki sesuatu, cukuplah Kami mengatakan, "Jadilah!" maka jadilah (sesuai yang Kami kehendaki itu.)!"

Pada peringkat ini iaitu penciptaan Langit Ketujuh, kemudian enam langit-langit, kemudian Alam Jisim-jisim yang mesti disusun dalam urutan ini kerana semuanya bergantung pada satu sama lain dan mustahil untuk mencipta enam langit-langit sebelum Langit Ketujuh kerana ia (enam langit-langit) itu dicipta dari yang ketujuh, dan tidak mungkin untuk mencipta Jisim-jisam tanpa mencipta enam langit itu kerana ianya dicipta daripada enam langit-langit, bahkan dari yang pertama dengan secara khusus yang berkaitan dengannya (iaitu dengan Jisim-jisam), dan yang pertama Alam Zhar dan ia adalah Alam Raj'ah, darinya kita telah memasuki ke Alam Jisim-jisam selepas kita dicipta di Alam Zhar. Dan kita akan keluar daripada Alam Jisim-jisam (Ajsaam) kepadanya ke Alam Raj'ah, dan ini adalah Lengkok Menurun, ia mempunyai tiga tiang (rukun) seperti lengkok Menaik yang juga mempunyai tiga tiang (rukun) dan dengan itu menjadi enam tiang (rukun), dan ianya adalah: (Perisai Daud), perisai para Nabi dan perisai Aushiak.

Adapun Enam hari penciptaan: ia bukanlah hari-hari yang bermakna satu tempoh masa tetapi ia bermakna peringkat-peringkat (marhalah), iaitu enam peringkat dan ia adalah sangat perlu dan sangat penting. Maka sangat perlu peringkat pertama, peringkat cahaya dicipta dan urusannya, kemudian Malakut dan urusannya, dan kemudian Jisim-jisam dan perbekalannya, yang bergantung setiap peringkat dengan peringkat yang mendahuluinya. Semuanya enam peringkat yang mesti dilalui, yang bermaksud bahawa yang penting untuk hari pertama (peringkat pertama) untuk mencipta Langit Ketujuh, dan pada hari kedua (peringkat kedua) dicipta urusannya; kerana urusannya dicipta daripadanya, maka sangat penting untuknya datang kemudian mengikut peringkatnya, kemudian dicipta daripadanya dan urusannya Al-Mitsaal (Al-Malakut) Enam Langit-langit sehingga yang pertama (dan inilah Langit Dunia terakhir), kemudian dicipta di Malakut urusannya; kerana daripadanya ia dicipta, maka pada hari yang ketiga ialah Malakut dan yang keempat urusannya, kerana Malakut bergantung kepada penciptaan yang ketujuh (pada hari pertama) dan urusannya (pada hari kedua), yang demikian maka yang mesti dilalui untuk mencipta Malakut pada peringkat ketiga. kemudian urusannya pada peringkat keempat; yang bergantung padanya kerana ia dicipta daripadanya.

Dan begitu juga pada hari kelima dan keenam, iaitu diciptakan Alam Jisim-jisam atau Semesta Jasmani atau Bumi (dalam erti yang lebih luas). Dengan itu ia termasuk bumi yang kita berada di atasnya dan semua planet dan matahari, kemudian diciptakan padanya perbekalannya; kerana telah diciptakan daripadanya. Maka, tumbuh-tumbuhan dicipta dari bumi dan di atasnya ia tumbuh dan haiwan dicipta dari bumi dan di atasnya ia hidup dan memakan tumbuh-tumbuhan..

Dan enam hari atau enam peringkat ini mesti dilalui dan penciptaan berjalan mengikut tertib (susunan). Dengan itu yang lebih rendah memerlukan yang lebih tinggi dan mengatasi kekurangannya. Jisim-jisam (Al-Mulk / Kerajaan) atau Alam Syahadah (Alam yang dapat disaksikan) mengatasi kekurangannya pada Malakut, dan Malakut perlu untuk mengatasi kekurangannya pada Cahaya / Al-Nur [Ketujuh Keseluruhan (Al-Sabi3ah Al-Kuliyah] iaitu pada ungkapan lain: Bahawa kesemuanya dicipta dalam dua hari seperti apa yang dikatakan Yang Maha Tinggi:

"﴿ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعاً أَوْ كَرْهاً قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ * فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا﴾،

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati".* Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.

Kerana dia mencipta Langit Ketujuh dan urusannya dalam dua hari, dan yang selain darinya. Bahkan ia adalah kemunculannya dan kezahirannya, dan apa yang telah ditetapkan di (langit) yang ketujuh terdapat dalam Malakut, apa yang terdapat dalam Malakut terdapat dalam Al-Mulk dan Rukya (mimpi) yang saudara lihat dan apa yang terdapat dalam (Alam) Jisim-jisam, ia tidak lain dari perkara (urusan) yang dihasilkan (terdapat) di Malakut dan selepas itu ia berlaku dalam Alam Jisim-jisam (Al-3alam Al-Jasmaniy).





✡✡✡✡✡


-----------------------------------
[367] – Al-Fushshilat 41:9-12.
[368] – Al-Naba’ 78:7.
[369] – Al-Naml 27: 88.
[370] – Al-A3raaf 7:96.
[371] – Al-Fushshilat 41:11-12.
[372] – Mafati7 Al-Jinan: halaman 620.
[373] – Al-Qishash 28:70.
[374] – Al-Waqi3ah 56:62.
[375] - dalam tafsir Al-Fatehah oleh Mulla Shadra: Rasulullah (sawas) bersabda (Bahawa Allah tidak melihat Jisim-jisam sejak ia dicipta).
[376] – Al-Mukminun 23:17.
[377] – Al-3ankabut 29:54.
[378] – Al-Kafi: Jilid 3, halaman 247.

[379] - dan Hadits, yang dirujuk oleh Al-Syed (as) ialah: (Aku masuk berjumpa Ali bin Abi Hamzah Al-Bathainiy yang bersama Abi Al-Hassan Al-Ridha (as), lalu berkata kepadanya (as): Adakah kamu Imam? Kata beliau (as): Ya. Lalu dia berkata: Aku mendengar datukmu Ja'far bin Muhammad (as) berkata: Tidak akan ada Imam melainkan jika dia mempunyai keturunan. Maka dia (as) berkata: Adakah kamu lupa, wahai Syeikh atau atau adakah kamu cuba untuk melupakannya. Bukan begitu kata Ja’far (as), tetapi Ja’far (as) berkata: Tidak akan menjadi Imam melainkan jika dia mempunyai keturunan, kecuali Imam yang keluar padanya Al-Hussain bin Ali (as), beliau tidak mempunyai keturunan. "Jadi dia berkata kepadanya (as): Kamu telah bercakap benar, Semoga Allah jadikanku tebusan Kamu, inilah yang aku dengar apa yang datuk kamu katakan.) Bihar Al-Anwar: Jilid. 25, halaman 251. 


Tiada ulasan: