Rabu, 16 Julai 2014

Soalan 172: Makna ن -Nun dan ب - Baa

Soalan 172: Apakah makna [ن -Nun] dalam

﴿نْ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ﴾

Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, [335],  

dan apakah makna [ب - Baa’] dalam

﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ﴾

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. [336]?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                                    
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Setiap huruf ada bentuk dan makna. Bentuk Nun dan Baa’ berbentuk seperti mangkuk. Bentuk Nun dan mangkuk boleh menerima limpahan (cecair); kerana ada titik (nukhtah) di atasnya. Mangkuk dan Baa’ menerima limpahan dari cahaya; Kerana ada titik di bawahnya. Baa’ dan titiknya adalah Ali (as), sementara Nun dan titiknya adalah Muhammad (sawas) [337].

Ada pun makna: Nun adalah Nur (cahaya) Allah, dan cahaya turun menyinarinya, iaitu yang terkandung di dalamnya. Ada pun Baa’ adalah Bahá'ulláh [338], Iaitu yang memancarkan cahaya dariNya., Nur melimpahkan cahaya dari Allah kepada Muhammad, dan dari Muhammad kepada Ali, dan Ali kepada manusia [339].



✡✡✡✡✡

-------------------------
[335] – Al-Qalam 68:1.
[336] – Fatihah 1:1.
[337] – Berkata Imam Al-Shadiq (as): (Nun nama bagi Rasulullah (sawas),dan Qalam adalah nama bagi Amir Al-Mukminin (as)) Mustadrak Safinah Al-Bihar oleh Al-Syeikh Ali Al-Namazi: Jilid 8, halaman 582-583.
[338] - Abdullah bin Sinan berkata: (Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai tafsiran بسم الله الرحمن الرحيم, berkata: Baa’ Bahá'ulláh, Al-Sin Sanaullah dan Al-Mim dan Majid Allah) Al-Kafi: Jilid 1, halaman 114.
[339] - dan terdapat secara terperinci pada kedua-dua huruf ini dalam kata-kata Al-Syed (Ahmad Al-Hassan) mengenai kedua-dua huruf ini dalam: Rahsia Imam Mahdi – Al-Mutasyaabihaat: Jilid1 / soalan No (6) tentang makna Al-Qur'an keseluruhan pada titik (nukhtah) Baa’.

Tiada ulasan: