Soalan
156: Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿إِنَّ الصَّفَا
وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا
جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْراً فَإِنَّ
اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ﴾
Sesungguhnya
Shafaa dan Marwah adalah sebahagian dari syi'ar Allah. Maka barangsiapa yang
beribadah haji ke Baitullah atau ber'umrah, maka tidak ada dosa baginya
mengerjakan sa'ei antara keduanya. Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu
kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri
kebaikan lagi Maha Mengetahui. [234],
Ayat
syi’ar ini adalah diharuskan mengelilingi (bersa’i), dan dikenal sebagai amalan
haji iaitu wajib Tawaf (bersa’ei)?
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala
puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan
Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
Yang
dimaksudkan dengan Haji adalah: Haji Baitullah yang hakiki, mereka adalah Muhammad
dan Aali Muhammad (as), dengan mengerjakan Haji Baitullah dan menyempurnakan sepuluh
[tempat-tempat suci iman dan haji], menunaikan haji ke rumah Allah [dari kami Ahl
Al-Bait] ianya adalah makan dari hasil (buah-buah) Pohon Pengetahuan Aali
Muhammad (as). Inilah tanggungjawab kepatuhan peraturan supaya dielakkan dan yang
ditegah pada Adam (as).
﴿وَقُلْنَا يَا آدَمُ
اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلا مِنْهَا رَغَداً حَيْثُ شِئْتُمَا
وَلا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ﴾
Dan
Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu di syurga ini,
dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu
sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk
orang-orang yang zalim.[235],
Pohon Pengetahuan keluarga
Muhammad (as), bukan menurut zahir ayat.
Dan
Shafaa adalah Ali (as), dan Marwah adalah Fatimah (as) [236].
ولا ﴿جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ﴾
tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'ei
antara keduanya:
Iaitu
tidak berdosa mengambil dari keduannya. Pada keduanya ada Pintu Kota Ilmu
[Muhammad (sawas)]. Dan mengambil dari kedua mereka adalah dengan mengambil
dari para Imam dan Mahdi-mahdi (as) dan dimestikan bagi manusia dari bersa'ei
(berusaha) untuk mencapai hakikat haji dan melengkapkan sepuluh darjat iman,
dan dengan itu mendapat martabat: [dari kami Ahl Al-Bait], lalu dapatlah mengambil
dari buah-buah (hasil) pokok yang diberkati.
Ada
pun dalam Alam Jasmani ini, jasmani yang pergi ke Kaabah dan niatnya ini, maka
ia adalah hanya merujuk kepada patuh kepada perintah Ilahi, ia wajib,
disebabkan; kerana ia mewakili (mencontohi) perhimpunan (muktamar) dengan perintah
Allah.
Adapun
pencapaian sebenar dalam Alam-alam Tinggi (Al-3awalam Al-3uluwiyah) adalah
bahawa mentahkik (realiti) - dengan memberi keutamaan kepada Allah dan dengan usaha
manusia - semuanya adalah kebaikan, dan ia tidak menjadi kenyataan selagi manusia
tidak mengutamakan doa yang dijawabNya (dikabulkan) [237],maka
ia turun naik di dalam Syurga-syurga Allah SWT, kerana dia berusaha,
﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا
سَعَى﴾
Dan
bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya;
[238]),
Maka
bersa'ei (berusaha) diwajibkan kepada manusia dan permulaan usaha adalah Haji
dalam Alam Jasmani ini.
Dan
yang kekal bagi manusia melakukan sebanyak usahanya dan dengan mengutamakan
Allah atas usahanya, dengan itu ia mendapat haji Baitullah yang hakiki, dan
merupakan antara kesempurnaan sepuluh martabat iman. Ia adalah hakikat
dari kami Ahl Al-Bait, dan dia boleh memetik buah-buah (hasil) pohon itu dan memakannya,
seperti orang-orang yang melaksanakan Haji di Ka’bah yang dibolehkan bersa'ei
antara Shafaa dan Marwah, bahkan ia adalah diwajibkan dengan keterangan saya bahawa
ia diawali dengan doa yang dijawab Allah Yang Maha Suci dari hambaNya dengan diterima
dariNya Yang Maha Suci [239].
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[234]
– Al-Baqarah 2:158.
[235]
- Al-Baqarah 2:35.
[236]
- Diriwayatkan mengenai Binatang Bumi (Daabbah
Al-Ardh) – ia adalah seorang manusia seperti yang dinyatakan di pelbagai tempat
mengenai Mutasyabihaat - keluar di antara Shafaa dan Marwah iaitu Ali dan
Fatimah (as), diriwayatkan daripada Ali bin Mahziyar pada pertemuannya dengan
Imam Mahdi (as): (... Aku berkata, tuan, bila berlaku perkara ini? Maka dia
berkata: Apabila dihalangi di
antara kamu dan jalan Kaabah, dan bertemunya matahari dan bulan, dan apabila
berpusing planet dan bintang. dan Aku bertanya: Bilakah ia, Wahai anak
Rasulullah? Dia berkata kepadaku: Pada tahun apabila Binatang Bumi keluar di
antara Shafaa dan Marwah, dan Bersamanya cokmar (tongkat) Musa dan Mohor Sulaiman,
Manusia dipacu ke Mahsyar) Ghaibah Al-Thusi: halaman 228. Maksudnya bahawa manusia
ini adalah Ali dan Fatimah (as) dan keluar daripada kedua mereka, dan juga di
antara kedua mereka, kerana kedua mereka adalah ibu bapanya, dan juga di antara
kedua mereka di dunia ini; Iaitu dari Basrah - yang diakui padanya yang pertama dari
Mahdi-mahdi - terletak di antara Najaf, di mana ada Amirul Mukminin (as), dan
Madinah Al-Munawarah di mana terdapatnya Fatimah (as), lalu keluar Binatang
Bumi dan Mahdi Pertama antara Shafaa dan Marwah, dan Allah Maha mengetahui dan Maha
Bijaksana.
[237]
– rujuk penciptaan Al-3aql dan Al-Jahl.
[238]
– AL-Najm 53:39.
[239]
- dan hadits Ma3ruf: (Allah Azza wa Jalla mencipta akal. Ia adalah ciptaan
pertama dari ruh-ruh di kanan 3arasy
dari cahayaNya, Dia SWT berkata kepadanya: "'berjalanlah,'
maka ia berjalan jauh, maka Dia SWT berfirman, 'Marilah ke mari” Lalu dia pun
datang. Kemudian Dia SWT berfirman, “Aku telah menciptakan kamu dengan kejadian
yang hebat, dan Aku muliakan kamu lebih dari semua ciptaan Ku. "Dia SWT kemudian
mencipta Al-Jahl, dari air laut masin yang gelap. Dia menyuruhnya,
'berjalanlah, 'maka ia berjalan jauh, maka Dia memanggilnya , 'Marilah ke mari,“
Tetapi ia tidak datang. Dia SWT berfirman kepadanya , 'Adakah kamu mempunyai
terlalu banyak kebanggaan?' Maka Dia SWT melaknatnya) Ushul Al-Kafi: Jilid 1, halaman
31.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan