Soalan
127: Apa yang di maksudkan dengan apa yang dinyatakan dalam doa dengan sifat
Allah SWT Al-Jawad, Al-Wasi3 (dengan Pemurah dan Maha Luas Pemberian-Nya)?
[41] Adakah benar, menurut sebahagian ulamak mengatakan bahawa
keluasan PemurahNya adalah kerana dalam khazanahNya tidak akan habis dan
khazanah ciptaan-Nya akan habis!?
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala
puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan
Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
KhazanahNya
(PerbendaharaanNya) SWT tidak akan habis, tetapi dari Dia Yang Maha Agung, Maha
Luas Pemberian-Nya dan Maha Pemurah yang di sisiNya jika ada satu dinar
sehingga dia bebas menggunakannya, atau yang mempunyai kekayaan yang tidak
terhitung maka diinfakkan (dibelanjakan) dengannya, apa sahaja yang diinfakkan (digunakan)
darinya tidak akan habis!
Yang
pasti, yang ada padanya satu dinar dia adalah yang lebih luas kemurahannya,
kerana dia menghabiskan semua apa yang ada di sisinya, dan yang lain pula yang membelanjakan
daripada tabungan tidak dihabiskan, tidak kira bagaimana membelanjakannya tetapi
dia tidak menghabiskan kesemua yang ada padanya, tidaklah dikira pemurah dan
luas pemberiannya, jika hanya diberikan dalam peti besi yang tidak dihabiskan, maka
dia hanya memberikan kepada dirinya sendiri, iaitu ia bermurah hati kepada
dirinya sendiri, dan murah hati kepada sendiri adalah murah hati terhad, dan
ini dijelaskan oleh satu hadits: (الصوم لي وأنا أُجزى به -
Puasa adalah untuk Ku (Allah) dan Aku adalah ganjaran untuknya) [42],
iaitu, bahawa ganjaran berpuasa yang tidak berbau keakuan (kegoan - Al-Ana) -
yang
meninggalkan
keakuan – kepada hanya Dia Allah SWT, dan ini bermakna menjadi hamba yang
lisannya Lisan Allah tangannya Tangan Allah. . . . . [43],
iaitu, akan sempurna sepuluh darjat iman hamba itu, maka jadilah dari kalangan
kami Ahl Al-Bayt (as), Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
:
﴿فَصِيَامُ ثَلاثَةِ
أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ
ذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ﴾
maka
wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu
telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu bagi
orang-orang yang keluarganya tidak berada
Masjidil Haram [44],
Iaitu
bagi orang-orang yang keluarganya berada di Masjidil Haram, iaitu Ahl Al-Bayt
Muhammad (sawas), Salman Al-Farisi (as) [45].
Pemurah
dan Maha Luas Pemberian-Nya (Al-Jawad, Al-Wasi3) adalah yang memberi dengan
dirinya sendiri, Maka Allah SWT memberi ganjaran kepada hambaNya yang ikhlas
yang berpaling dari keakuan (Al-Ana) selepas berpaling dari dunia dan perhiasannya,
dan selepas ketaatan mereka kepada Dia SWT pada (perintah) yang kecil dan yang
besar, yang menjadikan mereka sepertiNya di BumiNya, maka
perkataan mereka perkataanNya, dan perbuatan mereka perbuatanNya, dan ini adalah
apa yang diriwayatkan dari mereka (as) bahawa hati kami adalah bekas untuk
kehendak Allah, Apabila Allah berkehendak, maka kami berkehendak. [46]
Sesungguhnya Ruh Waliy Allah diangkat kepada Allah, bertutur dengan Allah maka
Dia berfirman kepadanya: Aku Hidup dan Tidak Mati, dan Aku telah menjadikan
kamu hidup, tidak mati [47].
Dia
Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿وَنُفِخَ فِي الصُّورِ
فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّه﴾
Dan
ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali
siapa yang dikehendaki Allah.[48].
Maka
hamba yang dikehendaki Allah, tidak patah lehernya (mati) dan tidak mati,
tetapi hanya mati pertama (Al-Maut Al-Uula), ia adalah sejenis peningkatan dan
bukan kematian sebenar (haqiqi), tetapi kematian sebenar adalah kematian Ruh
(jiwa) bukan jasad:
﴿لا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلَّا
الْمَوْتَةَ الْأُولَى﴾
mereka
tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali mati pertama (di dunia). [49].
Ini
adalah hakikat Al-Jawad, Al-Wasi3 (Yang Pemurah dan Maha Luas Pemberian-Nya), Allah
menyuruh kamu dan saya supaya menjadi orang yang mengenal hakikat Al-Jawad, Al-Wasi3
bukan pada lafadz dan makna sahaja.
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[41]
- Iqbal Al-A3maal oleh Ibn Thawus: Jilid 2, halaman 74.
[42]
- Al-Kafi: Jilid 4, halaman 63 hadits 6. Dan Pengenalan syara7 dalam Mutasyabihaat
Jilid: 1 Soalan/ No (13).
[43]
- Dari Hamad bin Basyir berkata: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata:
Rasulullah (sawas) bersabda: (Allah AWJ berfirman: Sesiapa yang menghina WaliyKu
maka dia telah membuat keputusan untuk memerangi-Ku dan
tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu amal ibadah
yang lebih aku cintai dari pada perkara yang Aku wajibkan. Hamba-Ku akan
senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan nafilah (sunnah) sehingga
Aku mencintainya,
Jika
Aku mencintainya, Akulah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar,
Akulah penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah lisannya yang dia
gunakan untuk berkata-kata,Akulah tangannya yang dia gunakan untuk berbuat, dan
tidaklah Aku ragu-ragu terhadap perbuatan yang Aku sendiri melakukannya seperti
keraguan-Ku tentang seorang mukmin yang membenci mati sementara Aku membenci
marabahaya yang akan menimpanya”. ) Al-Kafi:
Jilid 2, halaman 352, Maka hadits tersebut menunjukkan bahawa menghampir apa
yang difardhukan Allah lebih besar daripada menghampir dengan nawafil (nafilah).
[44]
– Al-Baqarah 2:196.
[45]
– Perkara ini telah diperkatakan dengan penjelasan lebih terperinci dalam
Al-Mutasyabihaat: Jilid 3 / soalan mengenai Rahsia Empat Puluh Nombor (93).
[46]
– Didatangkan dari hadits mengenai Imam Mahdi (as): (Ya Kamil bin Ibrahim ... Kamu
telah datang untuk bertanya tentang Al-Mufauwidha. (Al-Mufauwidha) Mereka (lknahumu
Allah) telah berbohong, namun hati kami bekas
untuk kehendak Allah, Apabila Allah berkehendak, maka kami berkehendak, dan
Allah SWT berfirman:
﴿وَمَا
تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّـهُ﴾
Dan
kamu tidak berkehendak kecuali bila dikehendaki Allah. ) [Al-Insan 76:30]
Dalaail Al-Imamah oleh Al-Thabariy: halaman 506.
[47]
- disebut di dalam hadith Qudsi: ("Wahai Bani Adam Aku Maha Kaya tidak
akan miskin. Taatilah atas apa yang Aku perintahkan kepadamu sehingga Aku
jadikan engkau kaya tidak akan miskin. Wahai Bani Adam! Aku (Maha) Hidup tiada
akan mati. Taatilah atas apa yang Aku serukan kepadamu sehingga Aku jadikan
engkau hidup tiada akan mati. Wahai Bani Adam! Aku berkata pada sesuatu
jadilah maka jadilah (kun fayakun), taatilah atas apa yang Aku perintahkan
kepadamu, sehingga Aku jadikan engkau berkata kepada sesuatu jadilah maka
jadilah (kun fayakun)) Bihar Al-Anwar: Jilid 90, halaman 376.
[48]
- Al-Zumar 39:68.
[49]
– Al-Dukhaan 44:56.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan