Selasa, 5 Ogos 2014

322 Apakah perbezaan di antara Al-Risalah dan Al-Wilayah

Soalan 322  (Al-Jawab Al-Munir)

2) Apakah perbezaan di antara Al-Risalah dan Al-Wilayah? Dalam Al-Mutashabihat tuan telah sebutkan, ya Syedi, bahawa Mahdi Pertama mempunyai dua kedudukan, apakah maksudnya?

Imam Ahmad Al-Hasan a.s. berkata:
Al-Risalah: bermaksud bahawa ia disampai dengan agama dan untuk menetapkan akidah baru, sementara bagi Al-Wilayah untuk menetapkan Hakimiyah Allah dan Wilayah (kekuasaan) Khalifah Allah.
            
Jika kita kembali kepada permulaan Islam, pada masa datangnya Al-Risalah Muhammad (saw​​as) dan telah dibawakan dengan persoalan disampaikan agama baru dan menetapkan akidah bagi agama baru. Bermakna bahawa ia adalah membawa Al-Risalah dan menyampaikannya dan menetapkannya dan menunjukkannya ke arah Al-Wilayah (kekuasaan) dan bercakap mengenainya tetapi tumpuan adalah pada Al-Risalah yang dia datang dengannya dan membetulkan iktikad-iktikad yang rosak dan menyebarkan akidah yang betul yang dia datang bersamanya . sementara bagi Al-Wilayah dan Hakimiyah Allah untuk menetapkannya dan tangungjawab ini dipikul oleh Imam Ali (as) dan Fatimah (as) dan para Imam selepas mereka (as).

Maka Al-Wilayah (kekuasaan) yang didatangkan kepada Muhammad (sawas) adalah dalam RisalahNya, tetapi diserahkan hak kepada kedua-dua Ali (as) dan Fatimah (as) untuk memperkukuhkannya. Al-Rasul Muhammad (sawas) yang datang dengan Risalah Islamiyah dan menetapkannya pada hakikatnya merupakan (tugas) Imam juga dan Imam Ali (as) yang ditetapkan memegang Al-Wilayah juga adalah Rasul (utusan) kepada Muhammad (sawas) dan saya telah menjelaskannya di dalam kitab Al-Nubuwah Al-Khatimah.

Bagi Mahdi pertama yang akan menanggung kedua-dua perkara bersama-sama. Yang pertama adalah Al-Risalah yang dia datang dengannya dan membetulkan iktikad-iktikad yang rosak dan menetapkan akidah dengan Mahdi-mahdi. Yang kedua adalah untuk menetapkan Al-Wilayah dan Hakimiyah Allah untuk menetapkannya yang telah diselewengkan oleh semua manusia. Dan kini seperti mana yang saudara tahu, tidak ada seorang pun yang berkata mengenai Al-Wilayah yang sebenar. Bahawa Marajik yang sesat telah berkata dengan lidah mereka sehingga pada hari ini mereka telah mengingkari Al-Wilayah dan Hakimiyah Allah sehingga melalui kata-kata mereka semasa mereka menggalakkan Hakimiyah (ketuanan) manusia dan Syuraa dan pilihan raya. Ia adalah kaedah yang mereka amalkan, dan telah menyangkal Al-Wilayah itu. Apa yang tidak tersembunyi hari ini adalah kesepakatan mereka untuk kaedah Syuraa (pemuafakatan - permesyuaratan) dan pilihan raya yang mereka memasuki ke dalamnya melalui taklid (ikut-ikutan) mereka yang telah menubuhkan parti-parti politik dan tiap-tiap golongan (parti) merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing)..

Maka Mahdi Pertama mengumpulkan peranan Muhammad (sawas) dan peranan Ali (as), iaitu Al-Risalah dan Al-Wilayah dan itulah yang ditulis dan yang saudara ambil dari Al-Mutashabihat.

Tiada ulasan: