Rabu, 27 Ogos 2014

Rukya dan Nubuwah

Rukya dan Nubuwah

الرؤيـا والنبـوّة

Al-Quran penuh dengan Wahi Allah SWT, bagi nabi-nabi yang diutus dengan rukya-rukya (mimpi), seperti Ibrahim (as) Muhammad (S) dan Yusuf (as)

﴿وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَاناً كَبِيراً﴾

{Dan (ingatlah), ketika Kami wahyukan kepadamu: "Sesungguhnya (ilmu) Tuhanmu meliputi segala manusia". Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam Al Quran. Dan Kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka..} [18]

﴿لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُؤُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لا تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذَلِكَ فَتْحاً قَرِيباً﴾

{Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.} [19]

﴿فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ﴾

{Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".} [20]

Kemudian Allah SWT memuji Ibrahim (as) kerana beliau percaya rukyanya,

﴿قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ﴾

{sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.} [21]

﴿إِذْ قَالَ يُوسُفُ لَأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ﴾

{ (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku".} [22]

Dan dalam al-Quran Allah SWT memberi wahi kepada ibu Musa (as) di dalam rukya,

﴿وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلا تَخَافِي وَلا تَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ﴾

{Dan kami wahyukan kepada ibu Musa; "Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai. Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.} [23]

Nabi-nabi (as) mesti dihadiri dengan rukya-rukya dan mereka telah melihatnya sebelum diutus, dan juga selepas mereka diutus. Yang bermaksud bahawa wahyu Allah SWT kepada mereka dimulakan dengan rukya-rukya, dan kemudian selepas mereka diutus tidak berhenti laluan ini (rukya) yang merupakan wahi Allah SWT ke atas mereka.

Dan Al-Rasul Muhammad (S) telah melihat rukya beliau sebelum diutus kerarulannya. Dan ia dalam suasana (menyenangkan) sebagaimana yang dilihatnya. [24] Dan jika nabi-nabi yang diutus (as) tidak beriman dan beramal dengan rukya-rukya ini yang dilihatnya sebelum mereka diutus, maka mereka tidak akan mencapai maqam yang tinggi yang telah mereka capai, dan hampir (rapat) dengan Allah SWT dan Allah tidak akan memilih mereka untuk menyampaikan risalahNya,

﴿قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ﴾.
                     
{sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi (rukya) itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.}

Bahkan mereka (as) percayai dan membenarkan mimpi (rukya) orang yang beriman yang bersama mereka. Dan di sini ada contoh bahawa Rasulullah Muhammad (S) akan bertanya sahabat baginda mengenai mimpi (rukya) mereka dan bersedia untuk mendengarkannya, selepas solat Subuh, seolah-olah dengan mendengarnya ini adalah zikir dan beribadah kepada Allah SWT. Orang-orang munafik itu juga akan menafikan baginda (S) kerana baginda mendengar dan membenarkan setiap pencerita,

﴿ وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِلَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

{Dan di antara mereka adalah orang-orang yang menyakiti Nabi dan mengatakan: "Dia adalah mempercayai semua yang segala-galanya." Katakanlah: "Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, yang beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan menjadi rahmat bagi orang-yang beriman. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah ada azab yang pedih. "} [25]

Dari Al-Ridha (as) berkata,

(إنّ رسول الله (ص)كان إذا أصبح قال لأصحابه: هل من مبشّرات؟ يعني به الرؤيا)

"Bahawa Rasulullah (S) apabila (selepas) waktu subuh baginda akan bertanya sahabat-sahabat baginda, 'Adakah apa-apa khabar gembira (mubasysyiraat)?' Maksudnya rukya-rukya (mimpi-mimpi)." [26]

Bahkan sesungguhnya Nabi Muhammad (S) akan menta’birnya khabar gembira (mubasysyiraat) sebagai nubuwah, dari Nabi (S) baginda bersabda,

(ألا إنّه لم يبق من مبشّرات النبوّة إلاّ الرؤيا الصالحة يراها المسلم أو ترى له)

"Sesungguhnya tiada apa yang tinggal daripada khabar gembira nubuwah melainkan mimpi (rukya), orang yang soleh Muslim melihatnya atau akan ditunjukkan kepadanya." [27]

Sebaliknya baginda (S) akan menta’birnya sebagai nubuwah. Diriwayatkan bahawa Nabi (S) bersabda,

(لا نبوّة بعدي إلاّ المبشّرات. قيل يا رسول الله، وما المبشرات ؟ قال: الرؤيا الصالحة)

"Tisda nubuwah selepasku, melainkan khabar gembira (mubasysyiraat)." Ada yang bertanya, "Ya Rasulullah apakah khabar gembira?" Oleh itu baginda bersabda, "mimpi (rukya), orang yang soleh." [28]
      
Rasulullah (S) bersabda,

(الرؤيا الصالحة بشرى من الله، وهي جزء من أجزاء النبوّة)

"Mimpi (rukya), orang yang soleh adalah khabar gembira dari Allah, dan ia adalah sebahagian daripada bahagian-bahagian nubuwah." [29]

Dan wajib diberi perhatian kepada kata-kata Al-Rasul Muhammad (S) tiada apa yang tinggal dari nubuwah melainkan mimpi (rukya) yang benar, tidak bermakna bahawa sesiapa yang melihat mimpi (rukya) yang benar dia seorang nabi yang diutus oleh Allah. Bahkan ia bermakna bahawa mimpi (rukya) yang sebenar adalah khabar benar yang datang dari Kerajaan Langit (Maalakut Al-Samaawaat) kepada orang yang melihatnya.


✡✡✡✡✡



------------------------------------
[18] - Al-Israa' 17:60
[19] – Al-Fath 48:27.
[20] - Al-Shaffaat 37:102.
[21] - Al-Shaffaat 37:105.
[22] - Yusuf 12: 4  
[23] - Qishsash 28: 7
[24] - Sebab Syeikh Al-Majlisi berkata di dalam Kitab Bihar Al-Anwar: "Ketahuilah bahawa apa yang telah ditunjukkan kepada ku dari khabar yang beriktibar, dan tanda-tanda yang banyak (mengikut keadaan;), bahawa baginda (S) sebelum beliau diutus sebagai seorang nabi dan sejak Allah telah menyempurnakan kebijaksanaan (akal) baginda pada permulaan umur, disokong oleh Ruh suci (Roh Kudus), telah bercakap dengan malaikat, telah mendengar suara, dan telah melihat (mimpi) dalam tidur, dan kemudian selepas berumur
40 baginda telah menjadi seorang rasul dan malaikat bercakap dengan beliau secara langsung, dan al-Quran turun kepada baginda, dan baginda telah diperintahkan untuk menyampaikannya.... "Bihar Al-Anwar Jilid 18 halaman 277
[25] - Taubat: 61. Lihat sebab turunnya ayat: Tafsir Al-Qummi: Jilid 1 halaman 300, Tafsir Al-Ashfi: Jilid 1 halaman 375. Perhatian: Tafsir Majmu3 Al-Bayan: Jilid 5 halaman 79, Fath Al-Baariy: Jilid 8 halaman 237, Taghliq Al-Ta3liq: Jilid 4 halaman 217, 3amdah Al-Qaariy: Jilid 18 halaman 258, dan sumber-sumber lain.
[26] - Al-Kafi Jilid 8 halaman 90, bab-bab penting dalam Ushul Al-Aimmah: Jilid 3 halaman 277, Bihar Al-Anwar Jilid 85 halaman 177, Tafsir Nur Al-Tsaqalain: Jilid 2 halaman 312
[27] - Bihar Al-Anwar Jilid 85 halaman 192, Sahih Muslim Jilid 2 halaman 38, Sunan Al-Nasa'i Jilid 2 halaman 217,
Sahih Ibn Hibban Jilid 13 halaman 411, Al-Kanz 3amaal Jilid 15 halaman 368
 [28] - Al-Dar Al-Mantsur Jilid 3 halaman 312, Bihar Al-Anwar Jilid 58 halaman 192, juga diriwayatkan dalam Jilid yang sama halaman 177 dengan lafadz ini:
لم يبق من النبوّة إلاّ المبشّرات، قالوا : وما المبشّرات .. الخ
Tiada lagi nubuwah, melainkan khabar gembira (mubasysyiraat)." Ada yang bertanya, " apakah khabar gembira ... hingga akhir. ia juga diriwayatkan dengan lafadz sedikit berbeza dalam sumber-sumber ini: Kitab Al-Muwatha’ Jilid 2 halaman 957, Masnad Ahmad Jilid 5 halaman 454, Jilid 6 halaman 129. Sahih Al-Bukhari Jilid 7 halaman 69, Majma3 Al-Zawaaid Jilid 7 halaman 173, 3amdah Al-Qaariy Jilid 24 halaman 134, Al-Mu3jam Al-Kabir Jilid 3 halaman 197, dan banyak sumber-sumber lain.

[29] Al-Dar Al-Mantsur Jilid 3 halaman 312, Bihar Al-Anwar Jilid 85 halaman 192, Mizaan Al-Hikmah Jilid 2 halaman 1010

Seterusnya >> Penutup Nabi-nabi

Tiada ulasan: