Soalan
2: Apakah kandungan dan matlamat seruan kamu?
Rita
George,
16/Safar/1426
H
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب
العالمين
Kata
Isa (as): (bukanlah dengan makanan sahaja anak Adam hidup, tetapi dengan Kalimah
Allah), dan saya Abdullah (hamba Allah) mengatakan pada mu bahawa dengan
makanan matinya anak Adam dan, namun dengan Kalimah Allah. hidupnya anak Adam itu
(menjadi prinsip hidupnya).
Seruan
ku adalah seperti seruan Nuh (as) dan seruan Ibrahim (as), dan seruan Musa (as)
dan Seruan Isa (as) dan seruan Muhammad (sawas).
Tauhid
tersebar di setiap penjuru dunia ini, dan matlamat para Nabi dan Aushiak adalah
matlamatku, dan untuk menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala
perkara yang kalian perselishkan di dalamnya. Dan juga untuk memerangkan penyelewengan
Ulamak Yahudi, Ulamak Nasrani dan Ulamak Muslimin serta terkeluarnya mereka dari
Syariat Ilahiyah dan dari yang diwasiatkan kepada para nabi (as).
Keinginan
ku adalah kehendak Allah SWT dan melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya
penduduk bumi tidak inginkan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT,
iaitu agar bumi ini dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia
dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan
agar tiada orang miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi
gembira setelah kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi
keperluan hidup (kebendaan) mereka dengan maruah dan kemuliaan… dan supaya..dan
supaya..dan supaya melaksanakan kepentingan yang ada dalam syariat yang adil,
belas kasihan dan kejujuran,
.
Dan
aku berharap kamu dapat menerangkan kepercayaan kamu tentang Isa ibn Maryam
kepada ku dengan penuh kejujuran, dan dokonglah kepercayaan kamu dengan
ayat-ayat dari Injil, agar dapat aku terangkan kebenaran kepada kamu dan semua
orang yang mencarinya dan takut akan dua kebangkitan, yang kecil dan yang
besar, serta takutlah Allah SWT
Ahmad
Al-Hassan
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan