Soalan
5: Boleh saya tahu, apa atau siapakah yang dimaksudkan dengan anjing Ashab Al-Kahf,
dan jika ia hanya anjing biasa, maka mengapa ia disebutkan lebih dari sekali di
dalam kisah ini, dan kadang kala dalam bentuk jamak - (....
وخامسهم كلبهم)? [2] Tolong
jelaskan?
3ala’ Razaq,
8/Rabi3
Al-Awwal/1426 H
Jawaban:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين.
Ada bersama Ashab Al-Kahf adalah anjing biasa juga, namun yang penting bukanlah
anjing tersebut, tetapi apa yang mengawal anjing tersebut; yakni jin dengan
nama Qitmir (jin memiliki keupayaan untuk mengawal haiwan lain seperti anjing
dan kucing), Qitmir mahu mendapatkan perhatian mereka melalui anjing ini, untuk membantu
mereka selepas dia beriman dengan seruan mereka, dan Qitmir mempunya keupayaan
untuk memenuhi hati dengan ketakutan dan menggoncang hati pemberani, Allah SWT berfirman:
﴿وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ
ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ
فِرَاراً وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْباً﴾
…sedang
anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu
menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan
diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.
[3]
Dan
Qitmirlah yang menenuhi hati sesiapa sahaja yang mendekati mereka dengan
ketakutan, dia menjaga mereka. Dan Qitmir juga merupakan salah seorang Ansar
Al-Qaim (as).
Ahmad
al Hassan
✡✡✡✡✡
_______________
[2] – Azza wa Jalla berfirman:
﴿سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ
رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْماً
بِالْغَيْبِ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ
بِعِدَّتِهِم مَّا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا
مِرَاء ظَاهِراً وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِم مِّنْهُمْ أَحَداً﴾
Nanti
ada orang yang mengatakan tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan mengatakan:
lima orang yang keenam adalah anjing nya", sebagai terkaan terhadap barang
yang gaib; dan ad yang mengatakan: "tujuh orang, yang ke lapan adalah
anjingnya". Katakanlah: "Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka;
tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit". Karena
itu janganlah kamu bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir
saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka kepada seorangpun di antara
mereka. (Al-Kahf 18:22).
[3] – Al-Kahf 18:18.
[4] - Subhana Allah telah disoal Yamani Aali Muhammad
(as) juga ditanya kepada datuknya Amirul Mukminin (as) mengenai anjing Ashhab Al-Kahf, telah datang Perutusan Rabbi Yahudi kepada Omar ibn Al-Khattab, mereka
berkata kepadanya: Wahai Omar kamu Waliy Al-Amr selepas Muhammad (sawas) dan
sahabatnya, Omar telah ditanya beberapa soalan lalu terdiam dan menundukkan kepalanya
dan tidak menjawab, mereka berkata:
(نشهد أن محمدا لم يكن نبياً وان الإسلام باطل)
Kami bersaksi bahawa Muhammad bukanlah
seorang nabi dan bahawa Islam adalah palsu.
Salman Parsi menerpa kepada orang-orang
Yahudi dan berkata kepada mereka: Tunggu
sekejap, kemudian dibawa kepada Abu Al-Hasan Ali bin
Abi Talib (as), mereka membawa dan bertanyakan perkara-perkara yang besar dan
mereka bertanyakan mengenai anjing Ashhab Al-Kahf.
Sheikh Al-Aminiy meriwayatkan dalam hadits Al-Ghadir
yang panjang di mana beliau berkata: maka melompat Yahudi bertanya dan berkata:
Wahai 'Ali, jika kamu seorang berilmu beritahu padaku apakah warna anjing itu dan
namanya? Dia berkata: Wahai saudara Yahudi telah diberitahu kekasihku Muhammad (sawas)
bahawa anjing itu berbintik-bintik (belang-belang) hitam; dan namanya
"Qitmir" katanya ketika melihat pemuda dengan anjing itu, Kata sebahagian
kepada yang lain: Sesungguhnya kami takut anjing ini sedar dan akan menyalak,
maka dia merayu menutupnya dengan batu-batu, dan apabila anjing itu melihat
mereka menutupnya dengan batu dan menakutkam mereka secara menggerunkan dengan
melunjurkan kakinya dan berkata dengan lidah yang fasih: Wahai kaumku, aku
tidak menjadi pelampau dan aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah keesaanNya,
tiada sekutu bagiNya, biarlah aku menjadi perisai pada musuh kamu, dan dengan berusaha
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Maka dibangunkanlah ia bagi meraikan gunung mereka
di puncak gua. Al-Ghadir:Jilid 6 halaman 152.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan