Isnin, 11 Ogos 2014

Soalan 32: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya...

Saya salah seorang daripada saudara-saudara kamu dari Syiah Imamiyah dan saya bukan jenis taksub kepada mana-mana fikrah (pemikiran) yang ada dalam masyarakat. Saya mempunyai beberapa soalan untuk menyoal siasat dan mengesahkan apa yang saya dengar, dan insyaallah apa yang saya dengar akan baik ... Saya berharap dapat bersabar dengan saya dan soalan-soalan saya, dan saya fikir seseorang itu mempunyai hak untuk bertanya dan menyelidik terutamanya dalam perkara-perkara agama dan iktikad, lebih-lebih lagi, Allah yang Maha Tinggi memerintahkan untuk berbuat demikian ... terima kasih.

Pertama: Saya ingin tahu pangkal perkara ini, tujuan saudara berdakwah, dan apakah cerita Sayyid Ahmad Al-Hassan?
Menurut apa yang saudara katakan, beliau adalah washiy dan rasul (utusan) Imam Al-Mahdy [as] . Apakah dalil-dalil beliau mengenai washiyah (pemegang washiat) ini, di mana mukjizat adalah hakim dalam urusan ini. terutamanya pada zaman ini yang terdapat terlalu banyak pembohongan dan pihak yang membuat dakwaan (Semoga Allah tidak menjadikan saudara salah seorang daripada mereka).

Dan jika apa yang saudara katakan adalah benar, apakah asas-asas yang menjadi dasar dakwah saudara ini?

Saya berharap saudara tidak menganggap sebahagian soalan sebagai ketaksuban, kerana soalan saya tanya adalah untuk memahami, bukan penentangan ... dan selagi saya tidak tahu apa-apa mengenai saudara, sama ada positif atau negatif, saya dalam kedudukan berkecuali sehingga dihakimi Allah dan dia adalah sebaik-baik hakim ... saya mengucapkan terima kasih banyak

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Pencari: Abu Saleh

Jawapan: بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله على بلائه وعظيم نعمائه … اللهم صلِّ على محمد وآل محمد.

Segala puji adalah bagi Allah atas ujianNya dan nikmat yang besar dariNya.... Ya Allah selawat atas Muhammad dan Aali Muhammad

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.

Pada mulanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Abu Saleh untuk kata-kata yang baik dan keinginan mencari kebenaran, saya memohon kepada Allah Yang Maha Tinggi agar memberikan saudara taufik dalam mengenal kebenaran, meny sokonganNya dan diabsahkanNya padanya.

Asas dan dasar dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan ialah beliau diutus oleh Imam Al-Mahdi [as] untuk mentauhidkan ummah setelah perpecahan, perselisihan dan kesesatan ini, dan membimbing mereka untuk menyokong Imam Al-Mahdi [as].

Adapun kisah Sayyed Ahmad Al-Hassan, adalah panjang dan terdapat dalam laman web terkenal di bawah tajuk: (Kisah pertemuan saya dengan Imam Al-Mahdi [as]) dan ia akan menjadi terlalu panjang dalam menjawab semua soalan saudara, oleh itu sila rujuk kepada Penerbitan Ansar Al-Imam Al-Mahdi [as] di laman web yang dinyatakan di atas, terutama (Al-Balagh Al-Mubin jld.1 dan Kitab Al-Rad Al-Hasim, Al-Rad Al-Qashim) dan lain-lain kerana ianya memadai.

Adapun asas-asas yang menjadi dasar dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan, yang paling penting di antaranya adalah pelaksanaan (Hakimiyah Allah SWT), dan menolak dan menentang Hakimiyah (ketuanan) manusia (Pemikiran Demokratik Ala Barat). Syed Ahmad Al-Hassan telah membahaskan perkara ini di dalam Kitabnya (Hakimiyah Allah Bukan Hakimiyah (Ketuanan) Manusia) saudara boleh mengambil dan lihat melalui laman web yang dinyatakan di atas, dan kita bermohon kepada Allah untuk keringanan dan hidayah bagi semua yang terbaik...

 والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته… والحمد لله وحده.
dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya... dan pujian bagi Allah semata-mata.

.
Nadzim Al-3uqaili
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (a.s).
  



✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: