Soalan
23: Siapakah Roh Kudus dalam al-Quran? Dan yang ia turun? Dan apakah hubungan
antara Fatima Al-Zahraa dan Roh Kudus?
Wael
Sa3idah,
Safar
/ 1426 H
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين.
Jawapannya
adalah di dalam Kitab
Al-Mutasyabihat (Soalan 118), lebih-lebih lagi, Fatimah (as), Bapa beliau,
Suaminya, Anak-anaknya, Imam dan Mahdi-mahdi adalah Roh Kudus Terbesar.
Ahmad
al Hassan
Dan
ia adalah seperti berikut:
Roh
Kudus adalah roh yang suci atau yang maksum, apabila hamba itu beribadah dengan
setia dan niat ikhlas kepada Allah SWT, dan mahu menghadap Allah dan rahmat,
maka Allah mengasihi dia dan menyerahkan (mewakilkan) malaikat kepadanya danmemberika
kepadanya setiap yang baik, dan menjauhkannya dari setiap kejahatan dan mendorongnya
kepada berakhlak mulia, dan menjadikan Roh Kudus cara (pengantara) bagi menyampaikan
ilmu kepada manusia yang diamanahkan kepadanya.
Dan
Roh-roh Al-Kudus ada banyak dan bukan hanya satu, ada pada Jesus (as) dan pada
Nabi-nabi dengan yang lebih rendah daripada yang ada pada Muhammad (S), Ali
(as), Fatimah (as) dan Imam-imam (as) dan iaitu Roh Kudus Terbesar yang tidak
turun melainkan pada Muhammad (S), dan selepas kematian baginda Roh Kudus
Terbesar diserahkan kepada Ali (as), kemudian kepada Imam-imam (as) dan kemudian
selepas mereka kepada Dua Belas Mahdi-mahdi (as).
[Diriwayatkan]
dari Abu Bashir yang berkata: "Aku bertanya
Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah, Maha Pemberi Barkah,
Maha Tinggi:
﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ
أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ﴾
{Dan Kami
wahyukan kepadamu Roh dengan perintah Kami, kamu
tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu} [59]
Maka beliau (as)
berkata, "Ini adalah ciptaan dari penciptaan Allah Azza wa Jalla, yang
lebih besar daripada Jibrail dan Mikail (as), ia ada bersama Rasulullah
(S), yang memberitahu dan menegakkannya, dan ia ada bersama
para Imam selepasnya.' "[60]
[Diriwayatkan]
dari Abu Bashir yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai
perkataan Allah Azza wa Jalla:
﴿وَيَسْأَلونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي﴾
{Dan
mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah,
"Roh itu adalah urusan Tuhanku."} [61].
Maka
beliau (sawas) berkata, "Ini adalah ciptaan yang lebih besar dari Jibrail
dan Mikail (as), ia ada bersama Rasulullah (S), dan ia ada bersama para
Imam dan ia dari Kerajaan Langit' (al-Malakut) " [62].
[Diriwayatkan]
dari Abi Hamzah yang berkata: "Aku bertanya Aba Abdillah (as) tentang ilmu,
adakah ia merupakan ilmu yang dipelajari oleh seorang ahli ilmu dari mulut
manusia, atau adakah ia di dalam Kitab yang bersamamu, kamu membacanya dan
kemudian mempelajari darinya? Dia (as) berkata, 'Perkara ini adalah lebih besar
dari itu, dan amat penting, tidakkah kamu mendengar Allah Azza wa Jalla
berfirman,
﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ
أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ﴾
{Dan Kami
wahyukan kepadamu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab
itu, dan apakah Iman itu} [63]'
Kemudian
beliau (as) berkata, 'Apa yang teman-temanmu katakan tentang ayat ini, adakah
mereka setuju bahawa beliau berada dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab
dan Iman itu?" Lalu aku berkata, "Aku tidak tahu, semoga aku menjadi
tebusanmu, apa yang mereka katakan." Maka dia (as) berkata kepadaku,
'Memang, beliau dalam keadaan tidak tahu apakah kitab dan iman itu sehinggalah
Allah Yang Maha Kuasa, mengutuskan Roh yang Dia nyatakan di dalam Kitab itu,
maka ketika Allah mewahyukannya kepadanya, beliau mengetahuinya dengan ilmu dan
kefahaman, dan itu adalah Roh yang Allah, Yang Maha Kuasa, berikan kepada siapa
yang Dia kehendaki, maka apabila Dia memberikannya kepada seorang hamba, Dia
telah mengajarnya kefahaman' " [64].
Apabila
Rasulullah Muhammad (S) ketika beliau diturunkan ke dunia jisim (Al-Alam
Al-Jasmani) ini untuk memulai ujian kedua setelah ujian pertama di Alam
Zarah (Alam Zarr), beliau ditutupi dengan tubuh fizik ini, tetapi apabila
beliau mengabdikan diri kepada Allah, Yang Maha Agung, Maha Mulia, dengan
pengabdian yang tidak pernah diketahui Bumi sepertinya, Allah mencintainya dan
menugaskan untuknya Ruhul Qudus Teragung, dan beliau merupakan pemenang dalam
perlumbaan di dunia (alam) ini sepertimana beliau juga adalah pemenang
perlumbaan ini dalam ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr).
Ahmad
al Hassan
✡✡✡✡✡
---------------------------
[59]
- Al-Syura 42:52.
[60]
- Bashair Al-Darajaat: halaman 475, Yanabi3 Al-ma3ajaz: halaman 70.
[61]
- Al-Isra’ 17:85
[62]
- Al-Kafi: Jilid 1, halaman 273.
[63]
- Al-Syura 42:52
[64]
- Al-Kafi: Jilid 1, halaman 274.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan