Soalan
118: Apakah Roh Kudus, adakah ia sesuatu yang besar atau kecil; seperti pada
orang yang berkata benar dan pada orang yang maksum?
Jawapan:
Roh Kudus adalah (Roh suci atau sempurna). Apabila seorang hamba mengabdikan
diri dengan niat ikhlas untuk Allah,Yang Maha Suci, Maha Kuasa, dan
ingin menghadap Allah, Allah akan mencintainya dan Allah akan
menugaskan untuknya seorang malaikat yang mendorongnya
kepada semua kebaikan dan mengeluarkannya dari semua
kejahatan, dan memimpinnya menuju Akhlak Mulia, dan Ruhul Qudus
akan menjadi perantara untuk menurunkan ilmu kepada manusia tersebut
yang mana ia [RuhulQudus] telah diamanahkan.
Dan
Ruhul Qudus itu ada banyak dan bukan [hanya] satu. Dan
yang ada pada Isa (as) dan pada para Nabi tidak sama
dengan yang ada pad Muhammad (sawas), dan Ali (as), dan
Fatimah (as), dan para Imam (as), dan [Ruhul Qudus] ini adalah
Ruhul Qudus Teragung; yang tidak diturunkan kepada siapa pun kecuali
Muhammad (sawas), dan setelah
kewafatannya ia diserahkan kepada Ali (as), dan kemudian
kepada para Imam (as), dan kemudian setelah mereka kepada dua
belas Mahdi.
[Diriwayatkan] dari Abu Bashir yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah, Maha Pemberi Barkah, Maha Tinggi:
﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا
إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا
الْأِيمَانُ﴾
{Dan Kami
wahyukan kepadamu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah
Kitab itu, dan apakah Iman itu} [Surah Al-Syura 42:52]
Maka beliau (as)
berkata, "Ini adalah ciptaan dari penciptaan Allah Azza wa Jalla, yang
lebih besar daripada Jibrail dan Mikail (as), ia
bersama Rasulullah (sawas), yang memberitahu dan
menegakkannya, dan ia bersama para Imam setelahnya.' "
[Diriwayatkan]
dari Abu Bashir yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai
perkataan Allah Azza wa Jalla:
﴿وَيَسْأَلونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ
مِنْ أَمْرِ رَبِّي﴾
{Dan
mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, "Roh itu adalah
urusan Tuhanku."} [Surah Al-Isra’ 17:85].
Maka
beliau (sawas) berkata, "Ini adalah ciptaan yang lebih besar dari Jibrail
dan Mikail (as), ia bersama Rasulullah (sawas), memberi perkhabaran dan ia
bersama para Imam dan ia dari Kerajaan Langit' (al-Malakut) " - Al-Kafi:
Jilid 1, halaman 273.
[Diriwayatkan]
dari Abi Hamzah yang berkata: "Aku bertanya Abu Abdullah (as) tentang
ilmu, adakah ia merupakan ilmu yang dipelajari oleh seorang ahli ilmu dari
mulut manusia, atau adakah ia di dalam Kitab yang bersamamu, kamu membacanya
dan kemudian mempelajari darinya? Dia (as) berkata, 'Perkara ini adalah lebih
besar dari itu, dan amat penting, tidakkah kamu mendengar Allah Azza wa Jalla berfirman,
﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا
إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا
الْأِيمَانُ﴾
{Dan
Kami wahyukan kepadamu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah
Kitab itu, dan apakah Iman itu} [Surah Al-Syura 42:52]'
Kemudian
beliau (as) berkata, 'Apa yang teman-temanmu katakan tentang ayat ini, adakah
mereka setuju bahawa beliau berada dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab
dan Iman itu?" Lalu aku berkata, "Aku tidak tahu, semoga aku menjadi
tebusanmu, apa yang mereka katakan." Maka dia (as) berkata kepadaku,
'Memang, beliau dalam keadaan tidak tahu apakah kitab dan iman itu sehinggalah
Allah Yang Maha Kuasa, mengutuskan Roh yang Dia nyatakan di dalam Kitab itu,
maka ketika Allah mewahyukannya kepadanya, beliau mengetahuinya dengan ilmu dan
kefahaman, dan itu adalah Roh yang Allah, Yang Maha Kuasa, berikan kepada siapa
yang Dia kehendaki, maka apabila Dia memberikannya kepada seorang hamba, Dia
telah mengajarnya kefahaman' " - Al-Kafi: Jilid 1, halaman 274.
Jadi
Rasulullah Muhammad (sawas) ketika beliau diturunkan ke dunia jisim (al-‘alam
al-jasmani) ini untuk memulai ujian kedua setelah ujian pertama di Alam
Zarah (Alam Zarr), beliau ditutupi dengan tubuh fizik ini, tetapi apabila
beliau mengabdikan diri kepada Allah, Yang Maha Agung, Maha Mulia, dengan
pengabdian yang tidak pernah diketahui Bumi sepertinya, Allah, Yang Maha Agung,
Maha Kuasa, mencintainya dan menugaskan untuknya Ruhul Qudus Teragung, dan
beliau merupakan pemenang dalam perlumbaan di dunia ini sepertimana beliau juga
adalah pemenang perlumbaan ini dalam ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr).
✡✡✡✡✡
Tambahan dari:
Terjemahan dari rencana What is Holy
Spirit/Ma Huwa Ruhul Qudus
Dan Ruhul Qudus Teragung ini dahulu ada bersama Rasulullah (sawas), maka apabila pembukaan [hijab] berlaku untuknya, Ruhul Qudus Teragung ini berpindah dari Rasul kepada Amirul Mukminin (as), kerana Rasulullah (sawas) sudah sempurna dalam pelunasan (al-tasdiq) yang muncul melalui pembukaan (al-fath) tadi [lebih] daripada pelunasan melalui Ruhul Qudus Teragung.
Dan
begitu juga Imam Al-Mahdi (as) sudah sempurna pelunasan daripada Ruhul Qudus
Teragung pada masa kezuhuran, kerana pembukaan [dari hijab] terjadi untuknya
pada masa keghaiban kecil, maka Ruhul Qudus Teragung ini berpindah kepada Mahdi
pertama. Jadi sepertimana "diri kami dan diri kamu" dihubungkan pada
Nabi Allah (sawas) dan Ali (as), begitu juga ia dihubungkan di sini pada Imam
Al-Mahdi (as), dan Mahdi pertama (as), dari aspek jubah yang dipakai oleh
Rasulullah sawas dan Amirul Mukminin, dan itu adalah: Ruhul Qudus Teragung.
Jika
tidak, mereka tidak sama kecuali dari aspek ini, kerana Rasulullah (sawas)
lebih utama dari Ali (as), dan begitu juga Imam Al-Mahdi (as) adalah lebih
utama daripada Mahdi pertama, dan kesetaraan [antara mereka] dalam aspek ini
adalah aspek pakaian, dan itu adalah Ruhul Qudus Teragung, yang dipakai oleh
Mahdi pertama, kerana sesungguhnya dia memerlukan pelunasan dan pembukaan belum
terjadi untuknya.
Manakala,
pembukaan telah terjadi pada Imam Al-Mahdi (as), maka pelunasannya adalah dari
pembukaan tersebut, kerana ada ketikanya di mana tidak ada apa pun yang tersisa
kecuali Allah, Yang Satu, Maha Penakluk. Adapun bagi Mahdi pertama pembukaan
belum terjadi padanya, maka oleh sebab itu dia diperkasa oleh Roh Qudus Teragung
ini, dan kita harus berdoa untuknya [dengan mengatakan]: "bahawa dia
menyembah-Mu dan tidak menyekutukan-Mu dengan sesuatu" bererti, bahawa dia
bahkan tidak melihat "aku" yang ada antara belahan tubuhnya, sehingga
dia tidak dapat melihat atau mengenali selain Allah, kerana menyembah adalah
mengenali.
Menyembah-Mu
bererti Mengenali-Mu, dan tidak menyekutukan-Mu dengan sesuatu [bererti] tidak
mengenali selain Engkau, bahkan [tidak] dirinya sendiri, bererti Pembukaan yang
Jelas (al-fathul mubin) terjadi padanya.
Begitu juga
para sahabat al-Qa'im, selain Mahdi pertama,
diperkasa oleh ruhul qudus, akan tetapi ruhul qudus
ini, bukan Roh Qudus Teragung, dan masing-masing sesuai
dengan [tahap mereka].Atas alasan tersebut mereka dijadikan
maksum: "Perjanjian-mu di telapak tangan-mu." [1],
"Allahmeletakkan tangan-Nya di kepala para penyembah, maka
fikiran mereka akan dikumpulkan bersamanya dan impian mereka akan
disempurnakan oleh-Nya…" [2]
✡✡✡✡✡
____________________
[1]
Dari Dala'il Al-Imamah oleh Al-Tabari (Al-Syi'i) halaman 467, dan
Al-Ghaibah oleh Al-Nu'mani halaman 319. [Diriwayatkan] dari Al-Baqir (as)
yang berkata: "Ketika al-Qa'im bangkit dia akan mengirimkan ke
jajahan-jajahan di Bumi, di setiap jajahan [dia akan mengirimkan] seorang lelaki
[yang mana Imam akan berkata], 'Perjanjianmu di telapak tanganmu, maka jika ada
sesuatu yang kamu tidak faham muncul atau kamu tidak tahu pengadilan di
dalamnya, maka lihatlah di telapak tanganmu dan laksanakan dengan apa yang di
dalamnya.' "
[2]
[Diriwayatkan] dari Abu Ja'afar (as) yang berkata: "Ketika al-Qa'im kami
bangkit Allah meletakkan tangan-Nya di atas kepala para penyembah, maka fikiran
mereka akan dikumpulkan bersamanya dan impian mereka akan disempurnakan
olehnya." Al-Kafi: Jilid 1, halaman 25.
Berdasarkan karya-karya
saudara saudari yang diberkati di Al-Mahdyoon:
Lihat lebih lanjut di: http://saviorofmankind.com/articles/christian/280-what-is-the-holy-spirit # sthash.RCC1eyMr.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan